10 Tempat & Aktiviti Menarik Di Port Dickson (2022)

  • 5 min read
  • Sep 26, 2022
port dickson
menarik di port dickson
menarik di port dickson

Port Dickson adalah sebuah tempat pelancongan yang popular dan menarik di Negeri Sembilan. Port Dickson terkenal dengan kawasan pantainya yang banyak menarik pelancong untuk ke sini.

Port Dickson merupakan salah satu pantai peranginan yang paling terkenal di Malaysia dan ia juga sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan keluarga dan tempat berbulan madu.

Terdapat banyak tempat dan aktiviti menarik di Port Dickson yang ditawarkan dari tempat penginapan sehinggalah kepada makanan.

Jika anda bercadang untuk merancang percutian ke pusat peranginan menarik ini, di bawah ada disenaraikan tempat dan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang di Port Dickson.

Senarai Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Port Dickson

1. Aurora Park Port Dickson

Aurora Park adalah sebuah tarikan baru yang baru dibuka di Port Dickson pada Januari tahun ini. Ia merupakan taman hiburan yang menarik di Port Dickson buat anda seisi sekeluarga.

Tempat ini sangat terkenal dengan pesta lampu berwarna warni yang pastinya akan memberi keterujaan kepada sesiapa yang datang ke sini.

Pelbagai bentuk replika berwarna warni ada di sini seperti replika KLCC, burung merak, bunga-bunga dan banyak lagi.

Lokasi menarik di Port Diskcon ini sangat sesuai untuk anda bergambar dan ia juga boleh menjadi tempat ber’ootd’ untuk anda yang suka akan kamera.

Taman ini bukan sahaja dibuka untuk pameran lampu berwarna warni malah di sini juga ada taman haiwan yang boleh dikunjungi pada waktu siang.

AlamatLot 3636, Batu 9, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala,71050,Port Dickson
Waktu OperasiPengembaraan Haiwan: 10.00 am – 6.00 pm
Pameran Lampu LED + Pengembaraan Haiwan: 7.00 pm – 12.00 am
Harga Tiket Aurora Park (10.00 am – 4.30 pm)Dewasa: RM18.00
Kanak-kanak (3-12 tahun): RM12.00
Percuma bagi pemegang kad OKU
Harga Tiket Pameran Lampu (5.00 pm – 11.00 pm)Dewasa: RM25.00
Kanak-kanak (3-12 tahun): RM18.00
Percuma bagi pemegang kad OKU
menarik di port dickson

2. Masjid Sri Sendayan

Masjid Sri Sendayan merupakan masjid yang baru siap dibina pada tahun 2015 dan ia mula beroperasi pada 20 September 2019.

Penduduk di sini menggelarkan Masjid Sedayan ini sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah kerana senibinanya kelihatan seakan sama seperti masjid-masjid tersebut.

Masjid yang menarik di Port Dickson ini mampu memuatkan sehingga 5000 jemaah dalam satu masa dan masjid besar ini dibina di atas tanah seluas sekitar 4.5 hektar.

Masjid Sendayan merupakan masjid yang tercantik ada di Malaysia dan untuk pengetahuan awam kos untuk membina masjid ini adalah sebanyak RM100 juta.

Masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat malah turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bangunan pentadbiran, dewan makan dan enam unit rumah untuk kediaman petugas masjid.

AlamatMasjid Sri Sendayan, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSubuh – Isyak
menarik di port dickson

3. Pantai Cahaya Negeri

Pantai Cahaya Negeri merupakan pantai yang terkenal di Port Dickson selain Pantai Teluk Kemang. Pemandangan dan landskap yang menarik di sini sering menjadi tumpuan pengantin untuk bergambar.

Selepas aktiviti kerja pembangunan dilakukan di sini, kini pantai ini sudah ada kemudahan seperti dataran, pondok rehat dan parking kereta yang lebih luas.

Pada waktu malam juga pantai ini meriah dengan kunjungan orang luar untuk melihat keindahan pantai dan juga bersuka ria bersama keluarga.

Apa yang lebih menarik di Pantai Cahaya Negeri ini adalah dengan adanya platform kayu yang menghubungkan pantai ke Pulau Burung.

AlamatPantai Cahaya Negeri, Port Dickson
Waktu Operasi24 Jam
Harga TiketTidak dikenakan caj bayaran
menarik di port dickson

4. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Pada masa dahulu, Pengkalan Kempas merupakan sebuah pelabuhan kecil yang menjadi tempat perhentian kapal-kapal dan perahu.

Kepada mereka yang suka akan sejarah harus berkunjung ke sini kerana di sini menyimpan tinggalan sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang menarik.

Terdapat sebuah makam tua serta sebatang batu bersurat dengan beberapa kepingan batu tua yang diukir bekas peninggalan orang zaman dahulu di dalam kompleks ini.

AlamatJalan Port Dickson, Pengkalan Kempas, 71150 Linggi, Negeri Sembilan
Waktu OperasiSetiap Hari Kecuali Hari Isnin: 10.00 am – 4.30 pm
menarik di port dickson

5. Port Dickson Sunset Cruise

Terdapat banyak lagi tempat menarik di Port Dickson yang disyorkan untuk anda lawati bersama keluarga atau rakan-rakan.

Harga yang dikenakan untuk menaiki cruise ini sangat berbaloi dengan pemandangan dan fasilitas yang disediakan di kapal layar ini.

Semasa berada di atas kapal layar, anda boleh berendam badan di dalam jakuzi yang disediakan atau menikmati bbq yang sungguh menyelerakan.

Sambil-sambil itu anda berpeluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang memukau jiwa. Apa-apa pun, jangan lupa untuk sentiasa bersedia dengan kamera!

AlamatKampung Baharu, Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu OperasiWaktu Pick-Up Adalah Dari 4.30 pm – 5.00 pm | Berdurasi 3 Jam
Harga TiketDewasa: RM199.00
Kanak-kanak: RM149.00
menarik di port dickson

6. Extreme Park Port Dickson

Extreme Park PD adalah lokasi yang perlu anda jejaki sekiranya ingin mencuba pelbagai aktiviti outdoor yang best untuk dilakukan bersama keluarga.

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah ATV fun ride, paintball war game, memanah, go-kart dan bermacam-macam lagi.

Lapangan paint ball di sini juga sangat menarik kerana dikelilingi kehijauan pokok-pokok yang membuatkan pengalaman ketika menyertai paint ball war game lebih terasa adventure.

Aktiviti berkumpulan yang sebegini sangat bagus untuk dilakukan sekiranya anda anjurkan team building kerana dapat memupuk semangat kerjasama & setia kawan di samping dapat mengeratkan talian silaturahim dengan rakan sepejabat.

AlamatTaman Pantai Port Dickson, 71250 Port Dickson
Waktu OperasiIsnin – Khamis (10.00 am – 6.00 pm)
Jumaat (10.00 am – 7.00 pm)
Sabtu & Ahad (10.00 am – 10.00 pm)
Harga TiketSila berhubung dengan Extreme Park Port Dickson
menarik di port dickson

7. PD Ostrich & Pets Show Farm

Membawa anak-anak melihat burung unta di destinasi ini sememangnya satu aktiviti yang ‘mesti buat’ kalau sudah bercuti di Port Dickson.

Di PD Ostrich Show Farm ini, anak-anak boleh melihat dengan lebih dekat betapa besarnya burung unta & yang paling mengujakan juga adalah ketika melihat saiz telur burung unta ini yang sangat besar berbanding telur lain yang biasa kita lihat.

Bukan sahaja burung unta, tetapi ada juga haiwan lain yang dipelihara di sini adalah keldai, kambing, arnab dan angsa.

Untuk aktiviti pula, dengan hanya berbekalkan bayaran yang kecil, tetamu berpeluang menaiki ATV, menunggang burung unta atau bermain paintball.

AlamatLot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
Waktu OperasiSetiap Hari (9.30 am – 6.00 pm)
Harga TiketDewasa: 15.00
Kanak-kanak: 10.00
menarik di port dickson

8. Taman Tema Wild West Cowboy

Taman Tema Wild Wesr Cowboy adalah antara tarikan yang baru sahaja dibina. Terdapat 4 tayangan 5D berbeza dan 7 minit masa yang diambil setiap satunya untuk habis.

Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.

Tarikan di sini lebih kepada taman permainan mini indoor untuk kanak-kanak seperti Rider Boat, Wild West Desert Explorer dan Cowboy-Go-Round dengan harga tiket RM 5 untuk satu permainan.

Walaubagaimanapun, tarikan utama di sini iaitu 5D Motion Adventure & 7D Interactive Movie pasti memberikan satu pengalaman berbeza di taman indoor di shopping mall.

5D Motion Adventure lebih kepada tayangan movie seperti di Universal Studio Singapore di mana pengunjung akan merasai kesan khas daripada gerakan kerusi duduk, bunyi, angin, wap air & sebagainya.

Alamat59-64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson
Waktu OperasiSetiap Hari (11.00 am – 10.00 pm)
Harga TiketSila berhubung dengan Taman Tema Wild West Cowboy
menarik di port dickson

9. Alive 3D Art Gallery

Galeri Seni 3D merupakan sebuah lokasi yang menempatkan pelbagai jenis lukisan yang menggunakan kaedah lukisan hidup 3D.

Lokasi menarik di Port Dickson ini tidak asing bagi pengunjung kerana di negeri lain juga terdapat Galeri Seni 3D ini.

Destinasi menarik ini dibuka pada setiap hari terbahagi kepada 5 zon iaitu Zon Cabaran, Zon Akuarium, Zon Animasi, Zon Eksotik dan Zon Gelap.

Anda boleh bergambar dengan mengikut arahan gaya posing yang disediakan pada setiap karya untuk mendapatkan efek foto yang gempak.

AlamatNo 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson
Waktu Operasi Isnin-Jumaat (11.00 am – 11.00 pm
Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah: 10.00 am – 11.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM 20.00
Kanak-kanak: RM 15.00
menarik di port dickson

10. Pantai Blue Lagoon

Pantai Blue Lagoon merupakan pantai yang terletak di dalam teluk kecil berhampiran dengan Cape Rachado, hanya 18 Kilometer dari Bandar Port Dickson.

Air laut di sini cetek dan tenang kerana pantai ini dilindungi oleh teluk, seterusnya membuatkan tempat ini sesuai untuk kanak-kanak bermandi laut.

Selain itu, terdapat juga kemudahan awam yang cukup lengkap seperti penginapan, tandas awam, kawasan letak kereta, taman permainan kanak-kanak, kawasan jalan kaki berbata & sebagainya.

AlamatBatu 10, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Waktu Operasi24 Jam
Harga TiketTidak dikenakan caj bayaran
menarik di port dickson

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *