5 Tips Untuk Kuruskan Badan (Diet)

  • 3 min read
  • Jul 27, 2023
tips kuruskan badan
TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN
Tips Untuk Kuruskan Badan

Pilihan cara untuk kuruskan badan adalah amat penting bagi memastikan proses untuk turunkan berat badan berjalan dengan berkesan.

Ada pelbagai jenis diet sekarang yang anda boleh amalkan seperti diet atkins, diet pisang, diet telur, diet nasi dan banyak lagi.

Namun, untuk kurus tidak perlulah anda bertahan lapar sehingga mengakibatkan sakit. Amalkan diet mengikut kemampuan tubuh badan anda sendiri kerana kita perlu mengamalkan diet yang sihat tanpa perlu dapat penyakit.

Walau apa cara diet sekalipun yang anda amalkan, jangan lupa untuk memeriksa terlebih dahulu tahap kesihatan anda dengan doktor supaya diet yang anda amalkan itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada anda.

Baik! Berbalik kepada topik kita tadi, mari sama-sama baca tentang apa yang saya akan kongsikan bersama anda di bawah ini.

Tips Berkesan Untuk Kuruskan Badan Tanpa Berlapar

Jaga Pemakanan Harian

Penjagaan makanan adalah perkara paling penting dalam proses untuk menurunkan berat badan kerana daripada makanan, kita dapat menaikkan atau menurunkan berat badan kita.

Jaga pemakanan harian adalah anda perlu mengawal kalori dalam setiap pemakanan anda. Semakin rendah kalori yang anda ambil, semakin mudah untuk anda turunkan berat badan.

Jangan Skip Sarapan

Sarapan adalah hidangan yang paling penting untuk urusan harian kita. Tapi sarapan lah yang paling ramai tinggalkan, betul tak?

Sarapan ni penting sebabnya sarapan berperanan sebagai pembekal tenaga selepas kita kekurangan tenaga apabila bangun dari tidur.

Lagi satu, kalau korang tak makan sarapan, korang lagi cenderung untuk makan lagi banyak makanan pada waktu makan yang seterusnya. Disebabkan korang makan banyak, pengambilan kalori harian korang akan bertambah.

Banyakkan Minum Air Kosong

Pengambilan air kosong yang banyak adalah wajib bagi yang sedang berjinak-jinak untuk menguruskan badan.

Kalau boleh, kurangkan minum air yang manis dan tinggi gula lebih-lebih lagi untuk air bikarbonat kerana air seperti itu mempunyai kadar gula yang sangat tinggi.

Untuk jadikan diet anda lebih berkesan, saya sarankan supaya anda perlu cut terus air bikarbonat dan cuba perlahan-lahan untuk cut sugar juga.

7 kelebihan jika anda cut sugar dalam masa 2 minggu:

  • hilang keinginan untuk makan gula
  • tidak cepat lapar
  • kurang rasa lelah setelah makan
  • dapat memperbaiki mood
  • kurangkan kekakuan sendi
  • kulit akan lebih cerah
  • lemak di tubuh akan berkurang
kuruskan badan

Lebihkan Makan Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

Pendiet sekarang gemar mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan pil cepat kurus. Mereka menganggap bahawa pil cepat kurus ituadalah cara terpantas untuk mereka kuruskan badan.

Itu adalah salah sama sekali ya kerana kita tidak tahu apa bahan yang ada dalam pil tersebut, begitu juga dengan suplemen dan kopi atau teh cepat kurus.

Mereka beranggapan bahawa pil tersebut lebih mudah untuk makan dan pada masa yang sama mereka inginkan tubuh badan yang sihat.

Namun, sebenarnya buah-buahan dan sayur-sayuran lah yang lebih selamat keran ia tinggi dengan khasiat selain harganya yang lebih murah dan mudah didapati.

Antara jenis buah dan sayuran yang rendah kalori adalah epal, tembikai, bunga kobis, brokoli dan juga asparagus. Anda boleh mempelbagaikan hidangan buah dan sayur ini dalam setiap hidangan anda.

Contohnya, anda boleh buat sup sayur menggunakan sayur yang sesuai atau boleh buat salad juga. Sertakan sekali buah pada waktu makan tengahari anda.

Lakukan Aktiviti Fizikal

Siapa yang kata jika nak kuruskan badan tak perlu untuk bersenam? Diet dan bersenam perlulah seiring supaya anda boleh kurus dengan sihat.

Bersenam bukan sahaja sebagai sebab untuk kuruskan badan, namun ia juga dapat membantu meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

Melakukan aktiviti kecergasan untuk menurunkan berat badan adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa yang boleh mengeluarkan peluh anda.

Senaman ini tidak semestinya anda perlu ke gym atau berlari 10 round setiap hari, malah ia juga boleh dilakukan dengan mudah di rumah. Apakah senaman yang anda boleh lakukan di rumah?

6 senaman di rumah yang boleh dilakukan:

0 thoughts on “5 Tips Untuk Kuruskan Badan (Diet)

  1. Regardless of the diet method that you practice, do not forget to first check your health level with a doctor so that the diet that you practice does not cause harm to you.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *