14 Lokasi Menarik di Genting Highlands (2022)

  • 6 min read
  • Aug 11, 2022
menarik di genting highlands
menarik-di-genting-highlands

Genting Highlands merupakan pusat peranginan yang terkenal di Malaysia selain Cameron Highlands dan ia juga merupakan salah satu tempat pelancongan popular di negara ini.

Dengan pemandangan yang menarik dan suhu yang nyaman menjadikan banyak tempat menarik di Genting Highlands yang boleh dikunjungi bukan sahaja bagi penduduk Malaysia, malah juga dari luar negara.

Tidak perlu ke luar negara untuk merasai persekitaran yang dingin kerana di sini juga sudah mencapai suhu serendah 14 hingga 16 darjah Celcius.

Di bawah ini kami sudah menyenaraikan beberapa tempat menarik di Genting Highlands untuk dikunjungi.

Senarai Tempat Menarik Di Genting Highlands Untuk Dikunjungi

1. Skytropolis

Genting Highlands memang sinonim dengan taman tema dan pusat hiburan. Satu lagi taman tema yang disediakan di sini ialah Skytropolis yang merupakan sebuah taman tema indoor.

Lampu LED yang dihiasi di taman tema ini membuatkan ia tampak lebih ceria dan menarik. Bermacam permainan yang boleh dicuba tanpa mengira peringkat umur di taman tema ini.

Apa yang boleh anda jangkakan dari Skytropolis yang berkeluasan 400,000 kaki persegi ini? Lebih 20 rides, aktiviti dan mainan yang boleh anda nikmati bersama keluarga.

Anda boleh membawa anak-anak anda untuk mencuba 20 jenis rides yang ada di sini. Namun dalam bersuka ria pastikan anda mengawasi anak-anak anda walaupun di sini mempunyai CCTV.

AlamatLevel 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu OperasiSetiap Hari (2.00 pm – 9.00 pm)
Harga TiketBermula dari RM 62.00

2. Zombie Outbreak

Pernahkah anda merasai pengalaman berada dalam zon zombie? Adakah anda peminat filem zombie? Jika ya, anda wajib untuk berkunjung ke salah satu tempat menarik di Genting Highlands ini iaitu di Zombie Outbreak.

Sebelum masuk ke sini pastikan anda sudah bersedia untuk menghadapi segala zombie dan jumpscare yang mungkin akan mengejutkan anda.

Dinasihatkan supaya ibu mengandung, sesiapa yang mempunyai sakit jantung dan juga yang lemah semangat untuk tidak masuk agar tidak terjadi perkara yang tak diingini.

AlamatLot SA – T2C – B16, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
Harga TiketDewasa: RM30.00
Kanak-kanak: RM20.00

3. Snow World

Sudah puas menghirup udara di luar yang belum cukup sejuk bagi anda. Jika ingin rasa kesejukan yang luar biasa seperti berada di luar negara, anda boleh berkunjung ke Snow World.

Tempat menarik di Genting Highlands ini menjadi port wajib bagi sesiapa yang berkunjung ke lokasi pelancongan yang terkenal ini.

Jika masuk ke sini, anda harus memakai baju tebal yang berlapis-lapis kerana suhu di sini boleh mencecah sehingga -6 darjah Celcius.

Namun, apa yang tidak sedap didengar adalah Snow World ini ditutup buat sementara waktu dan sehingga ke hari ini masih belum ada ura-ura untuk dibuka semula.

AlamatLevel T2A, First World Plaza, 69000 Genting Highland Resort
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00 am – 10.00 pm)
Harga TiketDewasa (12-59 tahun): RM40.00
Kanak-kanak (3-11 tahun): RM 30.00
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM 30.00

4. Strawberry Leisure Farm

Nak makan strawberi sepuas hati di Genting Highlands? Anda boleh berkunjung ke Strawberry Leisure Farm untuk merasai strawberi yang segar.

Apa yang menarik adalah benih strawberi yang ditanam di sini didatangkan dari negara luar iaitu California.

Dengan bayaran serendah RM8.00 dan RM5.00, anda boleh menikmati strawberi yang dipetik sendiri dari ladang ini dengan sepuasnya.

Selain strawberi, ada juga tanaman lain yang ditanam seperti cendawan, sayur-sayuran, herba dan bunga-bunga yang tumbuh subur berwarna-warni di sini.

AlamatNo.6, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya, 69000 Genting Highlands
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00am – 5.30pm)
Harga TiketDewasa: RM8.00
Kanak-kanak: RM5.00

5. Awana Skyway

Awana Skyway merupakan salah satu tarikan utama yang menarik di Genting Highlands dan ia juga merupakan tempat wajib para pengunjung jika berkunjung ke sini.

Anda mesti cuba untuk menaiki kereta kabel ini kerana bayaran yang ditawarkan lebih murah berbanding di tempat lain.

Anda harus memiliki sedikit kesabaran kerana anda perlu beratur terlebih dahulu sebelum naik kereta kabel, namun kesabaran anda akan berbaloi selepas anda naik ke dalam kereta kabel ini.

Dalam ketinggian ketika menaiki kereta kabel, anda akan disajikan dengan pemandangan menarik sekitar Genting Highlands sehingga anda lupa akan kelelahan yang dihadapi.

Kereta kabel ini mampu menampung seramai 3000 penumpang untuk pergerakan sehala dalam masa satu jam dengan kelajuan 6 meter/saat.

AlamatLevel 2, Awana SkyWay building, Genting Highlands
Waktu OperasiSetiap Hari (7.00am – 12.00am)
Harga TiketStandard Gondola RM8.00
Glass Floor Gondola RM50.00

6. Happy Bee Farm

Happy Bee Farm merupakan sebuah ladang lebah yang menghasilkan madu dan jangan ketinggalan untuk melawat tempat menarik di Genting Highlands ini.

Seperti yang diketahui umum, madu merupakan makanan sunnah yang banyak khasiatnya sendiri malah di sini juga ada menceritakan tentang khasiat madu untuk dibaca oleh pengunjung.

Dalam ladang lebah ini anda akan dipamerkan tentang bagaiman proses madu dihasilkan dan diceritakan tentang pelbagai resepi masakan yang boleh digunakan menggunkan madu.

Selain ladang lebah, terdapat tarikan lain yang dipanggil Insect World yang merupakan sebuah spesimen kumbang yang datang dalam pelbagai saiz dan warna.

Alamat6452, Genting View Resorts, KM 11-3, Genting Highlands
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00am – 9.00pm)
Harga TiketDewasa: RM16.00
Kanak-kanak & Warga Emas: RM12.00

7. Butterfly Wonderland

Tempa menarik di Genting Highlands yang harus dikunjungi ketika bercuti di tempat peranginan ini adalah Butterfly Wonderland.

Jika di Happy Bee anda boleh merasai madu asli dengan melihat bagaimana pemprosesan madu dibuat tetapi jika di sini anda akan dihidangkan dengan keindahan rama-rama yang beraneka warna.

Dalam taman yang indah ini juga terdapat air terjun, kolam ikan koi dan kolam kura-kura yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk meluaskan pemandangan mereka.

Berjalan-jalan dalam taman yang indah ini sambil menikmati udara segar di Genting Highlands dapat melepaskan sedikit tekanan yang dihadapi.

Alamat6452, Genting View Resorts, KM 11-3, Genting Highlands
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00am – 9.00pm)
Harga TiketDewasa: RM16.00
Kanak-kanak (3-12 tahun) & Warga Emas: RM12.00

8. Sky Avenue

Sky Avenue merupakan sebuah pusat beli belah yang popular di Malaysia kerana ia berada di ketinggian 6000 kaki dari paras laut dengan pemandangan yang menarik.

Terdapat lebih 100 buah kedai yang menawarkan pelbagai barang seperti pakaian, barangan mainan, barangan kemas, barang keperluan harian dan macam-macam.

Bukan sahaja barangan yang banyak di sini tetapi di sini juga turut menyediakan pilihan restoren yang sesuai dengan bajet anda.

AlamatGenting Highlands Resort, Genting Highlands, 69000
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00am – 10.00pm)
Harga TiketHarga berdasarkan atas pembelian

9. Vision City Video Games Park

Lokasi menarik di Genting Highlands yang anda wajib cuba adaalah di Vision City Video Games Park kerana di sini terdapat lebih daripada 400 buah permainan.

Pelbagai jenis permainan yang ada di sini seperti wheel-of-fortune, whack-a-mole, basketball hoops dan sebagainya yang dapat mengisi masa lapang anda saat berada di Genting.

Jika datang ke sini, anda harus sentiasa melihat jam kerana keseronokan bermain di sini kadang-kadang boleh menyebabkan anda leka dengan waktu dan keadaan semasa.

Lokasi menarik di Genting Highlands ini juga bukan sahaja memberi anda untuk bermain sepuasnya, namun ada juga hadiah yang disediakan apabila anda berjaya memenangi permainan tersebut.

AlamatVision City Video Games Park, Genting Grand
Waktu Operasi Isnin – Khamis (10.00am – 12.00am)
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah (9.00am – 1.00am)

10. SkySymphony Genting

SkySymphony Genting merupakan satu pameran LED yang dihiasi dengan 10001 bebola yang bercahaya dalam pelbagai warna.

Ia terletak dalam sebuah pusat membeli belah terkenal di Genting iaitu SkyAvenue. Sambil berjalan di dalam mall ini bolehlah anda mencuci mata dengan melihat pameran menarik ini.

Pertunjukan menarik di Genting Highlands ini diirigi dengan latar belakang muzik yang mampu membuatkan anda tenang apabila mendengarnya.

Apa yang lebih menarik adalah SkySymphony di Genting ini adalah yang terbesar di Asia serta pertunjukan menarik ini tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan sekeping duit pun.

AlamatLevel 1, SkyAvenue
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00 am – 12.00 am)
Harga TiketPercuma

11. SeniKome Péng Hēng East Coast Arts & Cultural Centre

SeniKome Peng Heng East Coast Arts & Cultural Centremerupakan sebuah pusat kesenian yang menarik di Genting Highlands.

Macam pelik sahaja nama yang diberi bukan? ‘SeniKome’ merujuk kepada seni kita dalam loghat pahang dan ‘Péng Hēng’ pula diambil dari bahasa mandarin yang bermaksud Pahang.

Dalam galeri ini anda dapat menyaksikan pelbagai budaya dan mempelajari serba sedikit tentang budaya-budaya yang ada ni negeri Pantai Timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Lokasi yang berada jauh dari kesibukan ibu kota menjadikan ia suatu tempat yang mendamaikan dan santai untuk berjalan-jalan.

Anda juga berkesempatan untuk menyaksikan persembahan kebudayaan dan program-program seperti wayang kulit, pembuatan batik, wau dan lain-lain.

AlamatLevel 4, First World Plaza
Waktu OperasiSetiap Hari (12.00 pm – 10.00 pm)

12. Genting Highlands Premium Outlets

Genting Highlands Premium Outlets adalah tempat popular yang wajib ada singgah jika berkunjung ke pusat peranginan ini.

Apa yang menarik di sini adalah anda berpeluang untuk shopping barangan branded seperti Adidas, Polo Ralph, Coach dan banyak lagi dengan harga yang murah.

Apa yang lebih menarik di sini adalah seni bina banggunan di sini yang moden dan elegant membuatkan anda seperti berada di luar negara.

Jika sudah puas membeli belah, anda boleh ber’ootd‘ di sini kerana terdapat banyak kawasan yang cantik dan menarik untuk mengambil gambar.

AlamatKM13, Genting Highlands Resort, Genting Highlands
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00am – 10.00pm)
Harga TiketHarga berdasarkan atas pembelian

13. Kuil Chin Swee

Kuil Chin Swee merupakan salah satu tarikan yang menarik di Genting Highlands dan ia juga merupakan tempat popular di sini.

Berada di Kuil Chin Swee ini akan menjanjikan pemandangan menarik yang anda dapat lihat dari sini dan anda berpeluang untuk melihat seluruh genting dengan berada di ketinggian ini.

Kuil Chin Swee terletak 4600 kaki di atas paras laut, yang mengambil masa kira-kira 5-10 minit turun dari puncak gunung.

Kuil yang menjadi tempat beribadat penganut tempatan dan asing yang datang dari Singapura, Taiwan, Indonesia, China dan Thailand.

Oleh sebab itu, pihak di sini ada menyediakan kemudahan untuk beribadat seperti mneyediakan penginapan dan juga dewan serbaguna kepada pelancong yang datang dari jauh.

AlamatExit 68, Genting Sempah, Pahang, 28750 Bentong
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
Harga TiketPercuma

14. Mini Cameron Highlands

Mini Cameron Highlands merupakan sebuah pusat pertanian dan arked membeli belah yang terletak di Gahtong Jaya, Genting Highlands.

Bukan sahaja di Cameron Highlands tetapi di Genting juga anda boleh membeli sayur-sayuran yang segar seakan anda membeli belah di Cameron Highlands.

Sambil berjalan-jalan dalam taman mini ini, anda juga boleh membeli barangan yang diperbuat daripada tumbuhan yang telah diproses.

Jika anda seorang yang suka untuk bercucuk tanam, di sini juga ada menjual pelbagai biji benih sayuran dan juga tumbuhan yang boleh anda semai sendiri di rumah.

Alamat69000 Genting Highlands, Pahang
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)
Harga TiketPercuma

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.