
Cameron Highlands atau dikenali sebagai Tanah Tinggi Cameron Highlands merupakan sebuah pusat peranginan yang terkenal di Malaysia.
Cameron Highlands terletak di barat daya negeri Pahang yang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semulajadi.
Suhu iklim di sini menjadikan Cameron Highlands terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi yang jarang ada di tempat lain.
Cameron Highlands juga merupakan pusat peranginan yang paling dikenali oleh rakyat-rakyat di Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh dikunjungi bersama-sama keluarga dan sahabat.
Senarai Tempat Menarik Di Cameron Highlands
1. Ladang Teh Boh

Lokasi yang paling popular dalam kalangan pelancong adalah di ladang teh boh. Terdapat bebearap tempat yang mempunyai ladah teh di sini seperti Brinchang dan Sungai Palas.
Aktiviti menarik di sini adalah menikmati hidangan teh atau pencuci mulut di kafe sambil melihat pemandangan ladang teh dengan udara yang segar dan nyaman.
Anda juga boleh melawat kilang teh, membeli teh BOH dan barangan lain di situ untuk dijadikan sebagai buah tangan.
2. Taman Bunga Rose

Cameron Highlands terkenal dengan flora nya yang segar dan cantik. Di samping teh dan strawberi, anda juga akan jumpa pelbagai jenis rose di sini.
Jika anda sukakan bunga rose, di sini adalah tempat yang paling tepat untuk anda kunjungi kerana terdapat pelbagai bunga rose dengan jenis dan warna yang jarang ditemui.
Untuk penggemar bunga khususnya kepada mereka yang bergelar ibu pasti akan rambang mata melihat bunga-bunga rose yang cantik d sini.
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini dengan berlatar belakangkan salah satu bunga yang tercantik di dunia ini.
Bukan sahaja bunga rose, malah ada juga tanaman lain yang ditanam di sini seperti lada banggala, salad, tomato dan sebagainya.
3. Pasar Kea Farm di Brinchang

Pasar Kea Farm adalah tempat WAJIB yang anda harus kunjungi kerana di pasar ini terdapat pelbagai jenis jualan yang dijual.
Contohnya, sayuran dan buahan yang segar-segar seperti strawberi, jagung mutiara, kubis, homemade strawberry jam dan sebagainya.
Jagung di sini berbeza dengan jagung yang dijual di tempat lain kerana jagung di sini jauh lebih manis jika dibandingkan dengan jagung di negeri lain.
Barangan lain seperti cenderamata juga boleh didapati di sini. Pelbagai barangan yang boleh dijadikan kenangan boleh dibeli di sini dengan harga yang berpatutan.
Namun, kesesakan di sini agak ketara terutamnya pada hari minggu dan cuti sekolah. Jika anda ingin mengelak dari kesesakan anda harus bergerak awal pagi.
4. Ladang Strawberi

Ladang stratwberi adalah tempat yang sesuai bagi anda yang ingin merasai pengalaman memetik buah strawberi sendiri.
Anda boleh mengutip sebanyak mana strawberi yang anda inginkan dan setelah itu membawa bakul yang dipenuhi strawberi yang dipetik tadi ke kaunter.
Di sini bukan sahaja ada aktiviti memetik buah strawberi, malah ada juga makanan berat yang dijual seperti nasi lemak, waffle, strawberry shake dan banyak lagi.
Pengalaman memetik buah ini pasti menjadi kegemaran untuk anak-anak kerana mereka dapat memetik buah dengan sendiri.
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini tetapi cuma perlu membayar buah yang dipetik dan juga makanan yang dijual di situ.
5. Muzium Time Tunnel

Muzium Time Tunnel ini adalah tempat yang banyak menyimpan koleksi barang-barang lama dan nostalgia.
Muzium ini dibina untuk mengekalkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highlands sendiri.
Konsep yang ada di muzium ini berbeza dengan muzium lain kerana ia memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu penduduk setempat di Cameron Highlands.
See Kok Chan gemar menyimpan barang-barang lama antik yang komersial pada tahun 60-80 an seperti Coca Cola, Colgate, Milo dan sebagainya.
Harga tiket ke muzium ini adalah RM6.00 bagi dewasa dan RM4.00 bagi kanak-kanak. Muzium ini dibuka pada setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
6. Ladang Lebah

Destinasi yang ideal untuk membawa anak-anak ke sini bagi mereka mengenali lebih tentang habitat lebah dan proses madu dibuat.
Mungkin ada juga orang dewasa selain kanak-kanak yang tidak tahu bagaimana lebah boleh menghasilkan madu kan?
Tempat ini akan mempamerkan kepada anda bagaiman madu dihasilkan dan mereka akan menunjukkan proses membuat madu itu sendiri.
Selain madu, ada juga produk-produk lain yang berasaskan madu dijual di sini. Contohnya seperti, sabun madu organik, pencuci muka, sabun, losyen dan sebagainya.
Anda tidak perlu membayar untuk masuk ke sini kerana ianya adalah percuma kepada sesiapa yang ingin datang melawat.
7. Taman Lavender

Satu lagi daya tarikan semulajadi di Cameron Highlands adalah taman Lavendar yang cantik mekar berwarna ungu.
Taman Lavendar ini menjadi satu tarikanan pelancongan yang mula dibuka pada tahun 2013.
Pasti ada yang berasa excited apabila sampai ke sini kerana tidak menyangka anda akan menjumpai bunga lavendar di Malaysia.
Jangan lepaskan peluang bagi sesiapa yang sudah sampai ke sini untuk mengambil banyak gambar dengan berlatar belakangkan bunga ini.
Bukan sahaja lavendar yang ada di sini, malah ada juga bunga-bunga lain yang ditanam di sini yang tidak kurang menariknya juga seperti bunga kamelia, bunga mawar, bunga daisy dan sebagainya.
Harga tiket untuk masuk ke taman lavendar ini adalah RM 10.00 bagi dewasa dan RM 7.00 bagi kanak-kanak.
8. Taman Rama-Rama

Tempat menarik di Cameron Highlands yang boleh dikunjungi lagi adalah taman rama-rama. Tarikan di sini bukan sahaja kepada rama-rama tetapi ada juga haiwan lain.
Selain haiwan, terdapat juga hiasan pokok-pokok bunga yang cantik berwarna-warni di sini. Tempat ini sesuai dikunjungi oleh pasangan yang ingin berbulan madu.
Selain rama-rama, terdapat haiwan eksotik lain yang dijaga di taman ini seperti kala jengking, iguana, tarantula, angsa, ular, tupai, anak kanggaru dan sebagainya.
Harga tiket masuk untuk ke taman rama-rama ini adalah RM7.00 bagi orang dewasa dan RM4.00 bagi kanak-kanak.
9. Taman Kaktus

Tempat menarik di Cameron Highlands yang seterusnya adalah taman kaktus. Destinasi ini adalah syurga buat mereka yang sukakan pokok kaktus.
Ada juga pokok kaktus yang berumur lebih dari 60 tahun yang masih ada di sini. Taman kaktus ini adalah salah satu tempat terbesar untuk melihat dan membeli pokok kaktus.
Terdapat pelbagai pokok kaktus yang ada di sini dengan warna, bentuk dan saiz yang berbeza. Selain dari pokok kaktus, ada juga pokok lain yang ditanam di sini.
Contohnya seperti pokok buah epal, pelbagai pokok bunga, sayuran dan sebagainya. Lokasi taman kaktus ini bersebelahan dengan ladang strawberi.
Jadi jika sudah berkunjung ke sini, nanti boleh pula meluaskan pemandangan di taman strawberi yang penuh dengan strawberi pelbagai saiz.
Harga tiket untuk masuk ke taman kaktus ini adalah berbeza mengikut tahap umur iaitu RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.
10. Mossy Forest

Mossy Forest atau hutan lumut menjadi tarikan pelancong dari luar negara kerana keunikannya. Ia merupakan salah satu hutan tercantik di dunia.
Selain melawat kebun teh, taman lavendar, ladang strawberi dan sebagainya, jangan lepaskan peluang untuk melawat mossy forest yang kini menjadi perhatian netizen sejak kebelakangan ini.
Mossy Forest yang berada di Brinchang ini dikatakan berusia sekitar 200 juta tahun dan merupakan salah satu hutan paling tua di negara kita.
Kemasukan ke Mossy Forest ini tidak dikenakan sebarang caj namun, jika anda ingin mendaki Gunung Miri Irau atau Gunung Irau perlulah membuat bayaran sebanyak RM10.00 untuk bayaran permit.
11. Pasar Malam

Pasar malam ni Cameron Highlands ini adalah aktiviti wajib yang perlu dilakukan jika anda berkunjung ke sini.
Pasar malam ini mula beroperasi pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari lewat petang sampailah ke malam.
Barangan yang dijual di sini adalah 100% hasil dari produk Cameron Highlands sendiri seperti sayur-sayura, buah-buahan, serbuk teh, jagung, cenderahati dan sebagainya.
Pasar malam inu juga merupakan destinasi yang mudah untuk mencari makanan-makanan yang santai namun makanan berat di sini sangat terhad.
12. Fragrance Nursery
Fragrance Nursery adalah destinasi jika anda ingin membeli cenderahati untuk bawa pulang ke rumah.
Kebanyakan yang ada di sini adalah terdiri daripada pokok-pokok bunga, pokok kaktus dan sebgainya. Kebun bunga ini memang besar dan mempunyai susunan pokok yang sistematik.
Namun, parkir di sini tidaklah terlalu besar dan sangat terhad. Berhadapan dengan nursery ini juga ada kedai yang menjual sayuran dan tanaman yang popular di Cameron Highlands.
Contohnya seperti salad, kubis, jagung mutiara, ubi kayu dan sebaginya. Bolehlah anda singgah sebentar ke sini sebelum pulang balik ke destinasi asal untuk membeli cenderamata dan sebagainya.
Untuk masuk ke Fragrance Nursery ini tidak perlu dikenakan bayaran kerana ia merupakan destinasi untuk membeli belah.
13. Ladang Anggur Bertam

Tarikan pelancong di Cameron Highlands ini bukan sahaja di ladang strawberi, malah ada juga tanaman anggur yang ditanam di sini.
Ladang ini tidaklah terlalu besar seperti di ladang strawberi, namun anda boleh mendapatkan anggur yang segar dari taman ladang anggur di sini.
Ladang anggur ini terletak di belakang Joo Huat Nursery dengan berjalan selama 3-4 minit menerusi jalan kecil anda akan menjumpai papn tanda kecil Grape dan bangsal berwarna biru.
Selain bergambar, pengunjung juga berpeluang untuk memetik dan membeli anggur di sini secara jualan kecilan untuk dimakan.
14. Bunga Rafflesia

Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terkenal di Malaysia malahan ia merupakan bunga terbesar yang ada di dunia.
Bunga ini tumbuh di Blue Valley di mana ia hanya berjarak sekitar satu jam sahaja dari bandar utama d Cameron Highlands.
Walaupun ia agak jauh dari bandar, namun ia sangat berbaloi dengan perjalan satu jam itu untuk melihat bunga-bunga ini kembang mekar sepenuhnya.
15. The Sheep Sanctuary

Salah satu tarikan yang menarik di Cameron Highlands selain taman bunga Lavendar adalah ladang biri-biri.
Kalau di Sabah anda boleh lihat lembu yang diimport khas dari New Zealand, tetapi kali ini anda boleh melihat sendiri biri-biri yang diimport khas dari Australia.
Kalau ada angan-angan untuk ke oversea sebab nak rasa gebunya biri-biri di sana, sekarang anda tak perlu risau lagi sebab dalam negara kita sendiri pun ada biri-biri gebu dari New Zealand.
Terdapat lebih 20 ekor biri-biri yang ada di sini dan anda juga berpeluang untuk memberi makan dan memeluk haiwan gebu tersebut.
Bukan sahaja ladang biri-biri, malah anda juga boleh ke kafe berdekatan untuk mengisi perut seperti teh, kopi dan makanan lain sambil melihat gelagat haiwan di sini.