15 Tempat Menarik Di Ipoh (TERBARU 2023)

  • 5 min read
  • Sep 28, 2022
menarik di ipoh
tempat menarik di ipoh
Tempat menarik di Ipoh

Ipoh ialah sebuah bandaraya bukit yang terletak dalam daerah Kinta dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbirana Perak Darul Ridzuan.

Nama Ipoh berasal dari nama sepohon pokok. Bandar ini dipenuhi dengan bukit-bukit batu kapur sehingga menjadikan ia sebuah bandar yang unik yang berbeza dengan bandar-bandar lain.

Ciri rekaan dan senibina di Ipoh yang didirikan dahulu pada zaman penjajahan masih utuh sebagai mercu tanda.

Anda boleh ke Ipoh untuk melihat sendiri keunikan yang ada di bandar ini dan terdapat banyak tempat menarik di Ipoh yang boleh dikunjungi.

Senarai Tempat Menarik Di Ipoh

1. Gua Kok Lok Tong

Gua Kok Lok Tong merupakan salah satu permata yang ada di Ipoh dengan keluasan tanah sebesar 12 hektar.

Destinasi menarik di Ipoh ini telah diwujudkan selama lebih kurang 100 tahun di mana ia digunakan sebagai tempat ibadat yang penting di Ipoh.

Terdapat altar yang menarik di dalam kuil tersebut dimana ia dikelilingi oleh dewa-dewa Buddha dan China.

Di gua ini juga terdapat Taman Zen dimana anda boleh berehat dengan tenang dan bersiar-siar di situ sambil menikmati keindahan di taman tersebut.

2. Lost World of Tambun

tempat menarik di ipoh tambun
Tempat menarik di Ipoh

Tempat menarik di Ipoh yang wajib anda singgah adalah Lost World of Tambun. Ia adalah tempat menarik dan hebat yang boleh dikunjungi bersama-sama keluarga.

Lost World of Tambun dikenali sebagai taman tema air terbesar dan menjadi tempat paling menarik yang ada di Ipoh.

Tarikan terbesar dan terbaik di sini adalah terdapat kompleks yang luas dan mempunyai pelbagai bahagian menarik.

Antaranya adalah lembah harimau serta taman tema air dan bagi anda yang suka akan binatang, di sini juga terdapat zoo Lost World Petting atau Lost World Hot Springs.

Di sini juga ada disediakan resort untuk sesiapa yang ingin menetap dan menghabiskan masa lebih lama di taman tema air ini.

Anda boleh melihat dan survey terlebih dahulu tiket untuk masuk ke taman tema air ini di harga tiket Lost World of Tambun.

3. Menara Jam Birch

tempat menarik di ipoh birch 1
Tempat menarik di Ipoh

Menara Jam Birch adalah sebuah banggunan hitam dan putih yang telah berada di situ sejak tahun 1909. Ia telah dibina sebagai penghormatan kepada J.W.W Birch, iaitu Residen Inggeris yang pertama di Perak.

Keistimewaan menara ini adalah ukiran pada patung J.W.W Birch yang diperbuat daripada gangsa. Dia atas menara ini terdapat sebuah jam loceng yang dihiasi dengan patung pada setiap penjurunya.

Senibina ini dibina dengan bercirikan Itali pada abad ke 18 dan setiap patung yang ada di penjuru mempunyai maksud-maksud tertentu.

Untuk masuk ke sini tidak memerlukan anda mengekuarkan duit kerana ianya free of charge. Menara ini akan kekal di sini sebagai sebuah mercu tanda bagi bandar Ipoh.

4. Gaharu Tea Valley

tempat menarik di ipoh gaharu
Tempat menarik di Ipoh

Gaharu Tea Valley terletak di Gopeng iaitu berada di luar Ipoh yang menjadi tarikan orang ramai selain ladang teh di Cameron Highlands.

Gaharu Tea Valley adalah sebuah kawasan perladangan organik pokok gaharu yang ditanam di kawasan sekuas 300 ekar yang telah diusahakan sejak tahun 1992.

Bukan sahaja ada kawasan perladangan teh gaharu di sini, malah anda juga boleh berkunjung ke time tunnel dan melihat perbagai barang lama yang menarik di situ.

Jika sudah berada di sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat pokok yang paling menarik di situ yang sudah teguh berdiri selama 20 tahun dengan sejarah lagendanya sendiri.

5. Kuil Ling Sen Tong

tempat menarik di ipoh kuil
Tempat menarik di Ipoh

Apa yang menarik di kuil Ling Sen Tong ia berada di dalam gua batu kapur. Jika anda sukakan seni bina keagamaan, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi kuil di sini.

Di sini anda akan menjumpai beberapa patung-patung dewa kepunyaan Lagenda Cina dan anda juga melihat stalagmit dan stalaktit yang menghiasi seluruh kuil.

Anda juga boleh meluangkan masa untuk melihat kompleks kuil yang lain kerana terdapat sebuah taman di situ yang dijaga rapi serta kolam yang cantik.

Udara yang segar dan suasana tenang di situ sangat sesuai untuk dijadikan tempat rehat dengan aman dan tenteram.

6. Rafflesia Ulu Geroh

tempat menarik di ipoh rafflesia
Tempat menarik di Ipoh

Ulu Geroh Rafflesia terletak di luar sedikit dari kawasan Ipoh iaitu di Kampung Ulu Geroh Gopeng.

Jika anda ingin merasai suasan berada di kampung, ini adalah tempat yang sesuai kerana tedapat ladang getah, kebun durian dan suasana kampung yang nyaman.

Rafflesia terkenal dengan bunga paling besar di dunia dan tumbuh subur dalam iklim panas dan lembab di Malaysia.

Anda boleh mneikmati pemandangan bunga terbesar dunia ini di sini walaupun ia digelar sebagai tumbuhan mayat oleh kerana baunya yang menyengat.

7. Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

tempat menarik di ipoh village
Tempat menarik di Ipoh

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village terletak di Taman Sakai dengan kira-kira 5 hingga 6 kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Apa yang menarik di sini adalah landskapnya yang dikelilingi keindahan alam semulajadi seperti tasik, bukit batu kapur dan hiasan pokok bunga.

Bagi anda yang suka akan fotografi, bolehlah singgah ke sini untuk mengambil ganbar-gambar antik barangan di gua yang telah dikumpulkan pada era 60-70 tahun dahulu.

Anda juga boleh bersiar-siar menggunakan basikal yang telah disediakan. Harga untuk masuk ke sini adalah RM10 tapi tiada caj dikenakan untuk menunggang basikal.

8. Ipoh World

tempat menarik di ipoh muzium
Tempat menarik di Ipoh

Ipoh World merupakan sebuah muzium yang menempatkan banyak barangan dahulu dengan sejarah dan budaya yang pernah diguna dahulu.

Muzium ini adalah berada di bawah NGO di mana telah ditubuhkan pada tahun 2004.

Sejarah Lembah Kinta yang terletak di Ipoh juga ada dicatatkan di muzium ini dan terdapat beberapa pameran statik berputar di sini yang boleh dilihat.

9. Muzium Han Chin Pet Soo

Muzium ini dahulu merupakan sebuah rumah agam untuk pelombong berbangsa Hakka. Di muzium ini banak menceritakan tentang sejarah bijih timah yang dijalankan pelombong dahulu.

Muzium ini memaparkan informasi dan bahan abstrak yang pernah digunakan pelombong dahulu untuk mencari bijih timah.

Sebaik masuk ke dalam, anda akan ditemani oleh staff di situ dimana dia akan menerangkan kepada anda tentang sejarah-sejarah yang ada di situ dengan lebih terperinci.

Anda juga akan disajikan dengan satu video dokumentari tentang perang dunia kedua tentang permulaan dan perkembangan perlombongan bijih timah.

Kemasukan ke muzium ini adalah tidak dikenakan bayaran tetapi anda digalakkan untuk memberi sumbangan pada akhir lawatan sebagai sumber kewangan untuk muzium tersebut.

10. Kellie’s Castle

tempat menarik di ipoh castle
Tempat menarik di Ipoh

Istana Kellie merupakan istana yang telah dibina oleh Kellie iaitu seorang warga Scotland. Ia dibina untuk didedikasikan kepada isterinya sebagai tanda kasih sayangnya.

Struktur istana lama yang bercirikan senibina inggeris ini yang sebenarnya menjadikan ia lebih unik. Pengunjung yang datang tidak boleh melepaskan peluang untuk menikmati sendiri keunikan banggunan ini.

Tempat ini dibuka setiap hari pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran untuk berbeza mengikut had umur dan warganegara.

DewasaRM5.00
Kanak-kanakRM3.00
Pelancong asingRM10.00

11. Ipoh Heritage Trail

tempat menarik di ipoh heritage
sumber: Heritage Trail Map

Ipoh Heritage Trail adalah kawasan pekan lama yang padat dengan sejarah. Ipoh telah mengubah pekan lama yang lengang tersebut kepada bandar yang sibuk seperti sekarang.

Anda akan mengambil masa selama dua ke tiga jam untuk melihat sekitar Ipoh heritage ini. Anda akan melepasi pelbagai banggunan bersejarah serta rumah kedai semasa Perang Dunia Kedua dulu.

12. Muzium Geologi

Muzium Geologi ini amatlah sesuai untuk pelajar yang ingin menyertai lawatan sambil belajar. Di sini banyak menempatkan bahan arkeologi yang berharga.

Antaranya seperti batuan permata, mineral, fosil dan sebagainya. Cara penceritaan tentang sejarah di sini bukan sahaja dalam bentuk tulisan dan lukisan, malahan ada juga yang diorama.

Mereka menceritakan tentang cara-cara lama dan baru berkaitan dengan kaedah melombong bijih timah yang pernah digali dahulu.

Tiket masuk ke muzium ini adalah percuma dan ia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat dan cuti pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

13. Stesen Keretapi Ipoh

tempat menarik di ipoh keretapi
Tempat menarik di Ipoh

Jika anda ingin melihat sendiri senibina kolonikal yang menarik dan hebat di Ipoh, maka datang lah ke stesen keretapi Ipoh ini.

Ia merupakan salah satu mercu tanda di Ipoh dan menjadi tempat menarik pelancong untuk dikunjungi. Senibina Inggeris banggunan yang telah berusia selama berpuluh tahun ini menjadikan ia lebih bersejarah.

Taj Mahal adalah nama gelaran yang diberi dari orang di Ipoh kerana struktur binaan, warna dan lanskap yang dibina seakan sama dengan Taj Mahal yang betul.

Banggunan tersebut telah dibina pada tahun 1935 dan direka bentuk oleh Arthur Hubback. Tempat ini bibuka pada setiap hari tanpa sebarang caj yang dikenakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *