Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Boleh Dikunjungi (TERBARU 2023)

  • 9 min read
  • Jun 24, 2022
menarik di kuala lumpur

Kuala Lumpur merupakan ibu negara di Malaysia dan ia juga merupakan negeri terbesar di Malaysia. Kalau dalam kalangan rakyat di Malaysia, Kuala Lumpur disebut secara ringkas sahaja iaitu KL.

Kuala Lumpur adalah pusat perdagangan dan kewangan Malaysia yang mempunyai keluasan kira-kira 243 persegi.

Oleh sebab ia merupakan ibu negara Malaysia, maka terdapat banyak tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh anda terokai bersama keluarga atau sahabat tercinta.

Kalau sebut tentang KL, pasti semua tahu tentang betapa sesaknya bandaraya tersebut. Namun, dalam kesesakan itu, banyak tempat-tempat popular di sini yang boleh dikunjungi.

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

1. Menara Berkembar Petronas

tempat menarik di kuala lumpur KLCC
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Menara PETRONAS berkembar atau lebih dikenali sebagai KLCC merupakan banggunan pencakar langit ke-9 tertinggi di dunia.

Ia juga pernah dinobatkan sebagai banggunan tertinggi di dunia pada tahun 1998 hingga 2004 sebelum berjaya diatasi oleh Burj Khalifa di Dubai.

Selain itu, ia juga antara tempat yang menjadi tarikan pelancong kerana terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukakn di sini, antaranya adalah anda berpeluang untuk melihat seluruh bandaraya Kuala Lumpur ini menggunakan peralatan yang disediakan.

Jika anda berjiwa kental dan berani, bolehlah cuba untuk berjalan di atas permukaan kaca cermin dengan ketinggian 300 meter di sini.

LokasiJalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)
Harga Tiket (Pelancong Tempatan)Dewasa: RM 71.00
Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 37.00
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM 99.00
Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 52.00

2. Batu Caves

tempat menarik di kuala lumpur Caves
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Batu Caves merupakan sebuah gua batu kapur yang dikatakan wujud sekitar 400 juta tahun dahulu. Kompleks kuil batu caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil.

Di kuil ini juga telah dibina sebuah tugu Dewa Murugan. Tugu itu dibina bagi menggambarkan kisah kemenangan Dewa Murugan ke atas Soorapadam.

Patung ini telah siap dibina pada tahun 2006 dan ia telah mengambil masa 3 tahun untuk proses pembinaannya.

Destinasi ini terkenal dengan sambutan Thaipusam iaitu sambutan perayaan untuk kaum Hindu. Bukan sahaja di Malaysia, malah ramai penganut Hindu dari negara lain yang datang ke sini untuk menyambut perayaan ini.

3. Sunway Lagoon

tempat menarik di kuala lumpur sunway
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang menjadi kegemaran pengunjung adalah di Sunway Lagoon. Sunway Lagoon merupakan taman tema air terbesar yang ada di Malaysia.

Ia juga merupakan taman tema air ke-4 yang paling best di Asia. Sunway Lagoon dibina di kawasan seluas 80 ekar.

Taman tema air di Sunway Lagoon ini mempunyai 5 bahagian aktiviti yang anda boleh explore!

Antaranya adalah Nickelodeon Lost Lagoon, Water Park, Amusement Park, Wildlife Park dan Extreme Park. Anda berpeluang melakukan aktiviti yang berbeza di setiap bahagian ini.

Anda boleh melawat laman web Sunway Lagoon untuk melihat harga untuk masuk ke tempat ini.

4. Dataran Merdeka

tempat menarik di kuala lumpur dataran
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Dataran Merdeka dulu terkenal dengan nama Padang Kelab Selangor ini terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur.

Destinasi memang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi ia merupakan tempat perarakan rasmi semasa sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap tahun.

Ia menjadi tarikan utama pelancong terutamanya pelancong asing kerana keunikan senireka bentuk dan lokasi yang mudah diakses untuk ke sini.

Tempat ini terbuka kepada sesiapa yang ingin mengambil gambar atau melawat tanpa dikenakan sebarang bayaran.

5. Akuaria KLCC

tempat menarik di kuala lumpur aquaria
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Akuaria ini terletak di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur dalam kawasan pembangunan KLCC. Kawasannya meliputi 60,000 kaki persegi dengan terowong bawah air sepanjang 90 meter.

Akuaria KLCC ini menempatkan lebih 20,000 haiwan laut dan daratan yang berbeza spesies. Ada juga haiwan-haiwan di sini yang diimport dari negara luar.

Destinasi ini sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka dapat melihat haiwan-haiwan bergerak dengan mata mereka sendiri.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti melihat tangki piranha, melihat penyelam memberi makan ikan jerung dan sebagainya.

LokasiKuala Lumpur Convention Centre Complex, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi10.00 am – 8.00 pm (Setiap hari termasuk hujung minggu & cuti umum)
Harga LawatanDewasa: RM 69 (MyKad RM 49)
Kanak-kanak: RM 59 (MyKad 39)
Warga emas: RM49 (MyKad 39)

6. Taman Burung

tempat menarik di kuala lumpur burung
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh mendekatkan diri kepada alam semulajadi dan haiwan adalah di Taman Burung.

Taman burung Kuala Lumpur terletak di Tasik Perdana Kuala Lumpur, Malaysia. Ia dibina dengan tanah seluas 20.9 ekar.

Pengunjung berpeluang melihat 3,000 ekor burung yang berlainan spesies bertebangan bebas di dalam suasana taman semula jadi.

Yang paling seronok di taman burung ini adalah anda dapat berinteraksi dengan burung-burung disini tanpa sempadan pagar atau sangkar.

Anda boleh memberi makan kepada burung-burung yang berkeliaran bebas di situ dan jika bernasib baik mereka akan mengkit anda untuk meminta makan.

Namun, anda tidak perlu bimbang kerana burung-burung yang berkeliaran bebas ini adalah burung jinak dan mereka tidak merbahaya.

Burung-burung yang ditempatkan di dalam sangkar adalah seperti burung unta dan helang kerana mereka tergolong daripada burung yang boleh bertindak agresif.

LokasiKL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi9 am – 6 pm (dibuka pada setiap hari)
Waktu Lawatan Untuk Non-MuslimSabtu-Khamis
9.00 am – 12.00 pm
3.00 pm – 4.00 pm
5.30 pm – 6.30 pm
Jumaat
3.00 pm – 4.00 pm
5.30 pm – 6.30 om
Harga Lawatan (Pemegang MyKad)Dewasa: RM 25.00
Kanak-kanak (3-11 tahun): RM 12.00
Harga Lawatan (Pelancong asing)Dewasa: RM 63.00
Kanak-kanak (3-11 tahun): RM 42.00

7. Masjid Negara

menarik di kuala lumpur masjid
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Masjid negara merupakan masjid terbesar yang ada di Malaysia dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Masjid ini dibina pada tahun 1965 dengan berkeluasan 3 ekar dan boleh memuatkan seramai 15,000 orang jemaah pada satu masa.

Masjid ini dibina dengan senibina yang unik yang dipengaruhi dengan motif tempatan, kesenian Andalusia, senibina timur tengah dan sebagainya.

AlamatMasjid Wilayah, Jalan Duta, 50480 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka dari subuh – isyak

8. Muzium Negara

tempat menarik di kuala lumpur muziumjpg
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang seterusnya adalah Muzium Negara. Muzium negara merupakan muzium terawal yang dibina di Malaysia selepas muzium di Taiping, Perak.

Muzium ini telah siap dibina pada tahun 1961 iaitu selepas negara kita menyambut kemerdekaan. Muzium dua tingkat ini mempunyai 4 galeri utama iaitu Galeri A, Galeri B, Galeri C dan Galeri D.

Galeri A mempamerkan tentang bagaimana pembentukan muka bumi, kehidupan manusia zaman batu dengan artifak-artifak yang menarik.

Galeri B pula memaparkan tentang sejarah-sejarah kerajaan melayu zaman dahulu pada era kegemilangannya.

Galeri C menceritakan sejarah tentang pahit manis Malaysia untuk mencapai kemerdekaan semasa dijajah oleh negara lain dahulu.

Manakala Galeri D pula mempamerkan tentang pencapaian Malaysia selepas Malaysia berjaya mendapatkan kemerdekaan.

AlamatJalan Damansara, 50566 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Harga Tiket (Pemegang MyKad)Warganegara (Dewasa): RM 2.00
Warganegara (Kanak-kanak): RM 1.00
Harga Tiket (Pelancong asing)Dewasa: RM 5.00
Kanak-kanak: RM 2.00

9. KL Forest Eco Park

tempat menarik di kuala lumpur forest
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Kl Forest Eco Park atau dahulunya dikenali sebagai Bukit Nanas merupakan pusat riadah yang berada betul-betul di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Hutan di sini merupakan hutan semulajadi walaupun disekelilingnya penuh dengan banggunan-banggunan moden.

Pelbagai aktivit menarik yang anda boleh lakukan di sini seperti menaiki jambatan gantung KL Forest Eco Park dan juga ke Denai Jungle Trekking.

LokasiLot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu OperasiSetiap Hari (8.00 am – 5.00 pm)
Harga Tiket (Pemegang MyKad)Dewasa: RM 10.00
Kanak-kanak (6 – 12 tahun): RM 1.00
Warga Emas (60 keatas): RM 1.00
Kanak-kanak (6 tahun kebawah): Percuma
Orang Kurang Upaya: Percuma
Harga Tiket (Pelancong asing)Dewasa: RM 40.00
Kanak-kanak (6 – 12 tahun): RM5.00
Warga Emas (60 keatas): RM 40.00
Kanak-kanak (6 tahun kebawah): Percuma
Orang Kurang Upaya: Percuma

10. I-City

menarik di kuala lumpur icity
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang menarik adalah I-CIty di Shah Alam. Tempat ini sememangnya menjadi kegemaran untuk anak-anak dan mereka yang sudah berkeluarga.

Dahulu I-City ini terkenal dengan lampu-lampu LED berwarna warni yang dililit ke pokok-pokok, namun kini pelbagai tarikan mula diperkenalkan di sini.

Antaranya ialah SnoWalk dimana ia adalah tempat yang wajib dimasuki jika sampai ke sini. Anda boleh mengalami musim salju seperti di luar negara ketika berada di sini.

Berikutnya adalah Water World di mana ia adalah sebuah taman tema air i-City. The Ultimate Tornado merupakan gelongsor yang menjadi tarikan istimewa di sini.

Tarikan lain di i-city adalah Fun World yang merupakan taman interaktif yang direka khas untuk anda semua. Tarikan lain seperti Red Carpet dan juga Trick Art Museum juga menjadi tempat orang ramai kunjungi.

AlamatJalan Multimedia, 40000 i-City, Malaysia
Waktu OperasiMengikut waktu tempat yang ingin dimasuki
Harga TiketMengikut harga tempat yang ingin dimasuki

11. Masjid Jamek

tempat menarik di kuala lumpur jamek
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Masjid Jamek Sultan Abdul Samad merupakan masjid tertua yang ada di Kuala Lumpur dan telah siap dibina pada tahun 1990.

Masjid ini asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang datang dari India. Reka bentuk dan pembinaannya diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur iaitu Arthur Benison Hubback.

Masjid ini menjadi mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam dan ianya terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Pelawat yang tifak beragama Islam juga dibenarkan untuk melawat masjid ini dengan syarat perlu menutup aurat dengan memakai tudung dan jubah bagi pelawat wanita.

12. Zoo Negara

tempat menarik di kuala lumpur zoo
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Terdapat pelbagai tarikan menarik di Zoo Negara dengan lebih daripada 15 kawasan pameran haiwan dan lebih dari 400 spesies haiwan yang ditempatkan di sini.

Zoo Negara merupakan zoo terbesar yang ada di Malaysia dengan keluasan sebesar 110 ekar dan zoo ini terletak di Ulu Klang, Selangor.

Zoo Negara ini telah dibuka dan mula beroperasi pada 14 November 1963 dan ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama ketika itu iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.

Terdapat pelbagai ruang pameran yang menarik di zoo ini. Antaranya adalah Rimba reptilia yang menempatkan buaya, ular, kura-kura dan penyu.

Ruang pameran Dunia mamalia pula ada menempatkan pelbagai spesies kucing, rakun, harimau belang, memerang, landak dan puma.

Ruang pameran Savannah pula adalah pameran terbuka yang menempatkan zirafah, burung unta, kuda belang, kijang, badak sumbu dan juga oryx.

AlamatJalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)
Harga Tiket (Pemegang MyKad)Dewasa: RM 45.00
Kanak-kanak: RM 18.00
Warga Emas: RM 23.00
Harga Tiket Pelancong ASEAN (Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, Myanmar, Kemboja, Laos dan Brunei)Dewasa: RM 61.00
Kanak-kanak: RM 33.00
Warga Emas: RM 61.00
Harga Tiket (Pelancong asing)Dewasa: RM 82.00
Kanak-kanak: RM 43.00
Warga Emas: RM 82.00

13. Taman Rama-rama

tempat menarik di kuala lumpur rama
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Taman rama-rama di Kuala Lumpur ini merupakan yang terbesar di Malaysia dengan menempatkan 6000 ekor rama-rama hidup dari lebih 120 spesies.

Saiz taman rama-rama ini adalah berkeluasan sebesar 8,000 kaki persegi dan sekaligus menjadikan ia yang paling besar di dunia, bukan hanya di Malaysia.

Taman ini juga bukan hanya mennempatkan rama-rama semata tetapi ia juga ada menempatkan muzium serangga, penyu, ikan koi Jepun dan banyak lagi.

Walaupun bermacam-macam haiwan yang ada di sini dengan keluasan yang agak besar, namun harga tiket untuk masuk ke sini adalah murah berbanding di taman rama-rama lain.

AlamatJalan Cendarasari. Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu OperasiSetiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga Tiket (Pemegang MyKad)Dewasa: RM 13.00
Kanak-kanak: RM6.00
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM25.00
Kanak-kanak: RM 13.00

14. Tugu Negara

tempat menarik di kuala lumpur tugu
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tugu Negara yang asal telah dibina oleh penjajah British yang terletak di Jalan Tugu berhampiran dengan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur.

Tetapi ia kemudiannya digantikan sebagai monumen oleh kerajaan yang diletak di kawasan Taman Tasik Perdana berhampiran dengan banggunan parlimen.

Pada tahun 1975, tugu negara yang dibina sebagai penghormatan kepada perajurit yang gugur telah dibom dan dipercayai kemalangan itu dilakukakan oleh komunis Malaya.

Destinasi ini sesuai untuk dikunjungi untuk menunjukkan tanda penghormatan dan memperingati jasa perajurit yang telah banyak berkorban untuk negara kita dahulu.

Anda boleh melawat laman web Tugu Negara untuk mengetahui lebih banyak sejarah dan cerita tentang monumen ini.

AlamatJalan Parlimen, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur
Harga TiketPercuma

15. Petrosains

tempat menarik di kuala lumpur petrosains
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama anak-anak adalah di Petrosains. Destinasi ini sangat sesuai dilakukan oleh kanak-kanak supaya mereka dapat merasai pengalaman baru tentang dunia sains.

Petrosains berada di banggunan KLCC dengan keluasan pamerannya sebesar 70,000 kaki persegi. Petrosains KLCC ini merupakan tempat yang canggih dan paling hebat di negara kita.

Terdapat empat buah pameran interaktif utama Petrosains KLCC iaitu Informasi Petroleum, Exploration Section, Dark Ride dan Petrojaya.

AlamatSuria KLCC Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Waktu OperasiSetiap Hari kecuali Isnin (9.30 am – 5.30 pm)
Harga Tiket (Pemegang MyKad)Dewasa: RM 18.50
Kanak-kanak: RM 7.50
Warga Emas: RM 9.00
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM 28.00
Kanak-kanak: RM 16.50
Warga Emas: RM 14.00

16. Kidzania

tempat menarik di kuala lumpur kidzania
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat menarik di Kuala Lumpur khas untuk kanak-kanak bersuka ria adalah di KidZania kerana di sini terdapat pelbagai “pekerjaan” yang boleh dilakukan oleh anak-anak anda.

Tempat ini umpama bandar kecil yang dilengkapi dnegan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater.

Mereka akan merasai pengalaman baru dengan mencuba pelbagai pekerjaan yang ada di sini. Di samping itu juga mereka boleh mengeratkan hubungan dengan kanak-kanak lain di situ.

Meraka akan diajar bagaiman untuk bekerja sehingga membolehkan mereka memegang wang iaitu dipanggil sebagai kidZos.

Wang tersebut akan disimpan ke dalam bank KidZania dan mereka boleh membelanjakan wang tersebut di mana-mana kedai yang ada di dalam KidZania.

AlamatCurve NX, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Waktu OperasiSetiap Hari (10.00 am – 6.00 pm)
Harga Tiket2 – 3 tahun: RM 48.00
4 – 7 tahun: RM 100.00
18 – 59 tahun: RM 61.00

17. Masjid Wilayah

tempat menarik di kuala lumpur masjid2
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Masjid Wilayah merupakan masjid yang paling cantik dan unik di Malaysia. Masjid ini dibina dengan menggunaan senibina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu.

Masji Jamek dibina diantara tahun 1997 dan 2001 dengan tanah berukuran 33 ekar bersebelahan dengan Kompleks Pejabat Kerajaan.

Masjid ini boleh memuatkan seramai 17,000 orang di dalamnya dalam satu waktu. Masjid ini dilengkapi dengan dewan, kelas bimbingan kursus kahwin sehinggalah bilik penginapan.

AlamatMasjid Wilayah, Jalan Duta, 50480 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Waktu OperasiDibuka dari subuh – isyak

18. Pintasan Saloma

tempat menarik di kuala lumpur
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang lain adalah Pintasan Saloma. Ia kini menjadi tempat tarikan pelancong lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana pintasan itu dihiasi dengan lampu berwarna-warni.

Destinasi ini sering menjadi pilihan lokasi pengambaran dan juga “port” bergambar kepada sesiapa yang datang berkunjung ke sini.

Pintasan Saloma tidak dibuka selama 24 jam kerana ingin mengelakkan daripada berlaku vandalisma. Jadi, anda harus datang lebih awal untuk melihat keindahan lampu LED ini.

AlamatJambatan Saloma Link, Kampung Baru – Jalan Saloma, Kuala Lumpur
Waktu OperasiIsnin – Sabtu (5.00 am – 1.00 am)
Ahad / Cuti Umum (5.00 am – 12.30 am)
Harga TiketPercuma

19. Taman Tema Berjaya Times Square

tempat menarik di kuala lumpur berjaya
Tempat Menarik di Kuala Lumpur

Taman Tema Berjaya Times Square ini dibina di dalam banggunan terbesar di Malaysia dan ia juga berada dalam pusat membeli-belah.

Ini adalah peluang emas kepada para wanita yang bergelar ibu kerana anda boleh membiarkan anak-anak anda bermain di sini bersama penjaga mereka manakala para ibu ini boleh membeli belah dengan senang.

Di sini juga ada roller coaster terbalik yang terpanjang di Asia Pasifik yang terletak di tingkat 5 & 7 baggunan Berjaya Times Square.

Tempat ini kebiasaannya sibuk pada hujung minggu. Jadi, jika ingin ke sini anda haruslah merancang perjalanan dengan lebih awal.

AlamatBerjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Waktu OperasiSetiap Hari: (12.00 pm – 8.00 pm)
Harga Tiket (Pemegang MyKad)Dewasa: RM 55.00
Kanak-kanak: RM 45.00
Harga Tiket (Pelancong Asing)Dewasa: RM 70.00
Kanak-kanak: RM 65.00

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *