26 Tempat Menarik Di Kedah (TERBARU 2023)

  • 4 min read
  • Jan 18, 2023
Minimal Square Photo Collage Photography Instagram Post 4

Kedah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan tanaman padi oleh kerana kedudukan negerinya yang berada di tanah yang rata.

Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan tanah kira-kira 9,447 km. Kedah dianggap sebagai pusat pertanian dan juga pusat pelancongan yang terkenal.

Terdapat banyak tempat menarik di Kedah yang boleh dikunjungi dan yang paling popular dalam kalangan pelancong semestinya di Langkawi.

Haaa.. pasti ada dikalangan anda yang tidak tahu bahawa Langkawi itu sendiri terletak di Kedah. Jom! Kita terokai apa tempat best dan aktiviti menarik di yang ada Kedah ni.

Senarai Tempat Menarik Di Kedah

1. Sky Bridge

tempat menarik di kedah skybridge
Tempat Menarik Di Kedah

Skybridge yang ada di Langkawi ini telah diiktiraf sebagai ‘the longest free span and curved bridge in the world’ dengan kepanjangan kira-kira 125 meter.

Reka bentuk jambatan ini yang menjadikan ia menarik dan uni kerana ia bersifat melengkung. Anda boleh menikmati pemandangan di sini dengan ketinggian 660 meter.

Untuk sampai ke jambatan ini, anda harus menaiki kereta kabel terlebih dahulu di station Skycab. Lantai jambatan ini dibina dengan menggunakan cermin pandang telus.

Untuk sesiapa yang tidak merasa gayat, anda boleh cuba untuk menaiki jambatan gantung ini, namun saya tidak menggalakkan kepada pengunjung yang takut akan ketinggian untuk menaiki jambatan ini.

Harga tiket untuk menaiki jambatan gantung ini adalah berpatutan. Di bawah ada disertakan harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak.

KategoriHarga Tiket
DewasaRM 6.00
Kanak-kanakRM 4.00

2. Underwater World

tempat menarik di kedah underwater
Tempat Menarik Di Kedah

Tempat menarik di kedah yang seterusnya adalah Underwater World. Jadi apa yang menarik di Underwater World ni?

Tarikan utama di sini adalah penguin yang diimport dari afrika, penguin yang berambut iaitu digelar sebagai Rockhopper dan Marmoset iaitu spesies monyet terkecil di dunia.

Kalau dilihat, tempat lain cuma ada beberapa ekor penguin sahaja tapi berbeza dengan Underwater World di Langkawi ini kerana ia mempunyai sekumpulan penguin yang bergerak aktif dan berenang bersama-sama.

Tempat seperti ini sangat sesuai untuk anak-anak kecil supaya mereka boleh melihat gelagat-gelagat haiwan yang ada di sini dengan mata ke mata.

Di sini juga mereka boleh menggambarkan diri mereka berada di laut dengan disekelilingi haiwan-haiwan laut seperti ikan paus, jerung, pari dan lain-lain.

Untuk yang suka akan binatang, pasti tidak kisah untuk memegang haiwan-haiwan di sini dengan tangan mereka kerana pihak Underwater di sini ada membuka slot untuk beramah mesra dengan ular dan juga burung merpati.

Di bawah ini adalah harga tiket untuk masuk ke Underwater World.

KategoriDewasa (RM)Kanak-kanak (RM)
Warganegara3626
Pelancong asing4636

3. Air Terjun Titi Hayun

Air Terjun Titi Hayun merupakan salah satu tempat mandi manda yang paling terkenal di Kedah. Lokasinya hanya 3km dari Pekan Yan.

Jika dari bandar Alor Setar pula kira-kira 40km dan lokasi menarik ini sangat mudah diakses dengan kenderaan tanpa perlu mendaki dan meredah hutan.

Lokasi ini adalah lokasi yang mesra pengguna kerana di sini terdapat tempat penginapan dan tapak perkhemahan yang memudahkan anda untuk beraktiviti di sini.

Tempat mandi mandi ini sesuai untuk dijadikan sebagai family day, reunion, perjumpaan kelab dan pelbagai lagi.

Selaij berkhemah dan bermandi manda, anda juga boleh menyewa pelbagai jenis chalet yang berdekatan di sini.

4. Gunung Jerai

tempat menarik di kedah jerai
Tempat Menarik Di Kedah

Seterusnya, tempat menarik di Kedah adalah Gunung Jerai. Gunung jerai merupakan gunung tertinggi di Kedah dengan ketinggian 1,207 meter dari paras laut.

Gunung Jerai bukan sahaja terkenal dengan gunung untuk didaki, malah ia juga merupakan tempat pelancongan yang bersuhu dingin.

Ia ada menyediakan tempat penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Udara di sini juga sangat nyaman dan dingin dengan suhu 18 hingga 25 darjah celcius.

Jika anda ingin mengetahui lebih tentang Gunung Jerai, boleh la baca artikel Gunung Jerai kerana di situ banyak menceritakan tentang keindahan di gunung Jerai.

5. Dataran Lang

tempat menarik di kedah lang
Tempat Menarik Di Kedah

Dataran Helang merupakan mercu ikonik yang ada di Pulau Langkawi. Jika anda ke Pulau Langkawi, anda akan melihat mercu tanda ini dari jauh oleh sebab saiznya yang besar.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini sebelum pergi bersiar-siar ke tempat lain. Ia terletak di tepi laut bandar Kuah, berdiri dengan ketinggian 12 meter dan tampak gah di situ.

Nama Langkawi berasal daripada perkataan “Lang” yang membawa maksud helang, manakala “Kawi” pula bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.

Suasana di sini sangat cantik pada waktu malam kerana ia dihiasi dengan lampu-lampu yang terang serta cahaya lampu dari kapal yang berlabuh di jeti berdekatan.

6. Taman Lagenda

tempat menarik di kedah lagenda
Tempat Menarik Di Kedah

Taman Lagenda merupakan tempat menarik di Langkawi yang harus anda pergi kerana anda berpeluang untuk mengetahui pelbagai cerita lagenda dan mitos yang ada di Langkawi.

Taman ini dibina atas idea mantan Perdana Menteri negara, Tun Mahathir dan ia mula dibuka secara rasmi pada tahun 1996.

Taman yang dahulunya adalah sebuah pantai, kini ditambun seluas 50 ekar untuk dijadikan taman lagenda yang dapat menarik minat pengunjung untuk bertandang ke sini.

Taman ini dibina adalah untuk menghidupkan semula cerita-cerita lagenda yang pernah terjadi di Langkawi pada dahulu kala.

7. Seni Mural 3D

tempat menarik di kedah 3D
Tempat Menarik Di Kedah

Satu tarikan lagi yang bertempat di Alor Setar, Kedah iaitu Seni Mural 3D di tembok yang panjangnya melebihi 30 meter.

Lukisan mural 3D ini memaparkan keindahan kawasan jelapang padi yangberlatar belakangkan Gunung Jerai menjadi tarikan bary di kota Alor Setar ini.

Lukisan ini dilukis pada tembok Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar lama di Jalan Penjara kerana sebelum ini tembok di situ kelihatan agak kusam dan berlumut.

Mural 3D sepanjang tembok ini diketuai oleh Datuk Chen Teck Ming dengan bantuan 10 orang lagi pelukis lain.

8. Menara Alor Setar

tempat menarik di kedah menara
Tempat Menarik Di Kedah

Menara Alor Setar adalah sebuah mercu tanda di Kedah, sama juga seperti kewujudan Menara Taming Sari di Melaka dan Menara KLCC di Kuala Lumpur.

Menara ini merupakan menara telekomunikasi yang kedua tertinggi di Malaysia dan ke-22 tertinggi di dunia.

Jika pengunjung menaiki menara ini sehingga ke puncak atas, mereka berpeluang menikmati keindahan bandar Alor Setar dan lokasi-lokasi lain.

Menara yang berketinggian 165.5 meter ini menempatkan Restoran Berputar Seri Angkasa di aras yang berketinggian 94 meter, dan dek pemerhatian pada ketinggian 88 meter ataupun 289 kaki.

9. Pantai Merdeka

tempat menarik di kedah pantai
Tempat Menarik Di Kedah

Pantai Merdeka merupakan sebuah pantai yang terkenal di Kuala Kedah terutamanya pada hujung minggu kerana ramai pengunjung yang berkunjung ke sini melakukan pelbagai aktiviti.

10. Galeri Perdana

tempat menarik di kedah galeri
Tempat Menarik Di Kedah

11. Splash Out

tempat menarik di kedah splashout
sumber: Splash out

12. The Tree Top Walk

tempat menarik di kedah walk
Tempat Menarik Di Kedah

13. Kota Mahsuri

tempat menarik di kedah mahsuri
Tempat Menarik Di Kedah

14. Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir

tempat menarik di kedah rumah
Tempat Menarik Di Kedah

15. Muzium Diraja Kedah

tempat menarik di kedah muzium
Tempat Menarik Di Kedah

16. Langkawi Mangrove Tour @ Kilim Geopark

tempat menarik di kedah kilim
Tempat Menarik Di Kedah

17. Pantai Canang

tempat menarik di kedah chenang
Tempat Menarik Di Kedah

18. Ulu Legong Hot Spring

tempat menarik di kedah air panas
sumber: Ulu Legong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!