Memilih makanan yang mengenyangkan waktu sahur adalah sangat penting untuk badan kerana pada siangnya kita perlu bekerja dan itu memerlukan tenaga yang cukup banyak supaya kita tidak berasa lemau atau letih.
ISI KANDUNGAN (Klik untuk terus kepada tajuk).
Oat
Makanan yang berasaskan oat sangat digalakkan untuk bersahur. Oat merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran oat dan susu.
Oat bukan sahaja makanan yang mengenyangkan, malah ia juga boleh membantu mengawal kadar gula dan kolestrol dalam badan.
Terdapat pelbagai jenis oat yang ada di pasaran, jadi jika anda ingin mengekalkan kadar gula dan kolestrol yang rendah anda perlu mencari oat yang tidak atau kurang mengandungi gula.
Anda boleh mempelbagaikan resepi oat ini bersama madu atau buahan-buahan. Anda juga boleh buat oat overnight untuk makan keesokan harinya.
Pasta
Pasta merupakan makanan yang tinggi protein dan sifat kaborhidrat yang memberikan kesan rasa kenyang yang lebih lama dengan kandungan serat dan protein yang melambatkan rasa lapar.
Namun berbanding dengan nasi, pasta mempunyai kandungan kalori 20% lebih tinggi dari nasi, tetapi ia mempunyai protein yang lebih tinggi daripada nasi iaitu 67%.
Pasta terkenal dalam kalangan individu yang sedang menurunkan berat badan oleh sebab kalori yang ada dalam pasta lebih sikit berbanding pengambilan nasi.
Tambahan pula, pasta ini lebih digemari oleh kanak-kanak, contohnya seperti spageti bolognese, spageti carbonara, aglio olio dan banyak lagi.
Cara memasak juga lebih mudah kerana anda boleh menggunakan sos yang sudah sedia ada di pasaraya, hanya perlu dipanaskan dan tambah sedikit bahan perasa sebelum dihidangkan.
Nasi
Nasi merupakan makanan “wajib” untuk rakyat di negara kita kerana rakyat Malaysia dan nasi tidak boleh berpisah, lebih-lebih lagi untuk kaum melayu.
Ketika bulan puasa, rata-rata individu yang beragama Islam bersahur dengan makan nasi kerana itu memberikan tenaga yang lebih dan ia juga mengenyangkan.
Nasi merupakan makanan harian utama bagi setiap orang lebih-lebih lagi untuk orang Melayu, namun kandungan kalorinya hanya 129 sahaja untuk setiap 100g nasi serta protein dan lemak yang terkandung dalam nasi juga sedikit.
Tidak salah buat anda di luar sana untuk mengambil nasi sebagai makanan sahur, lagipun ia juga sedap dan ia juga makanan yang mengenyangkan.
Kurma
Kurma merupakan makanan sunnah yang sering dimakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W dan ia juga mempunyai pelbagai kebaikan tersendiri.
Kurma bukan sahaja menjadi juadah wajib untuk berbuka puasa, malah boleh juga dimakana pada bila-bila masa seperti pada waktu sahur juga digalakkan.
Makan kurma dalam bilangan ganjil adalah sunnah terutamanya bilangan 7 biji kurma. Ia juga ada perbezaan jika makan dalam bilangan yang ganjil dan juga genap.
Antara sunnah Nabi S.A.W apabila baginda usai makan kurma, Baginda akan meletakkan biji kurma di antara jari telunjuk dan jari tengah di bahagian luar tangan terus dari mulut Baginda, kemudian barulah Baginda akan membuang biji tersebut.