5 Aktiviti Menarik Di Sunway Lagoon Selangor

  • 2 min read
  • Jul 07, 2023
sunway lagoon

Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema utama terbesar di Malaysia dan menjadi Tarikan Terbaik di Asia oleh pelancong yang datang ke sini.

Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema air yang terbesar di Malaysia yang telah mula berpoerasi pada tahun 1992. Taman tema ini telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Mahadhir bin Mohamad pada 29 April 1993.

Sunway Lagoon terletak berjiran dengan pusat beli-belah Sunway Pyramid di utara, tempat penginapan Indah Villa di barat laut dan Sunway Hotel di timur laut.

Pada mulanya, ia terdiri daripada taman air, taman ria dan taman haiwan, tetapi kemudian ditambah pula dengan taman seram dan taman aksi lasak.

Ia juga membuktikan bahawa Sunway Lagoon adalah destinasi pelancongan hebat yang harus dikunjungi semua orang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Bagi menggambarkan apa yang menarik di Sunway Lagoon, Percutian Bajet telah menyediakan artikel ini untuk pengunjung melihat terlebih dahulu apa yang hebat yang ditawarkan disana.

Aktiviti Menarik Di Sunway Lagoon Yang Wajib Anda Cuba

ISI KANDUNGAN (Klik untuk terus kepada tajuk).

1. Water Park

Atasi kehangatan tropikal umpama dalam air di Afrika di Sunway Lagoon Water Park. Anda boleh menaiki pusingan berpusing Sawa Afrika, berlumba dengan rakan di Congo Challenge.

Difahamkan Surf Beach adalah sebuah pantai luncur buatan manusia yang yang terbesar di dunia dan mampu menghasilkan gelombang ombak setinggi 8 kaki.

Manakala di Water of Africa pula  terdapat beberapa permainan yang menarik. Water Park di sini merangkumi Waters of Africa, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park dan Wildlife Park.

2. Amusement Park

Kawasan taman ria tertumpu di bahagian barat laut Sunway Lagoon, dan terbahagi kepada Wild Wild West dan World of Adventure.

Wild Wild West bermotif zaman kegemilangan Amerika Syarikat selatan abad ke-19, menampilkan tunggangan kering seperti “Buffalo Bill Coaster”, “Chief Crazy Horse Carousel” dan “Butch Cassidy’s Trail”, ditambah lagi dengan tunggangan berair iaitu “Niagara Falls Flume Ride”, “Colorado Splash”, dan “Grand Canyon River Rapids”.

World of Adventure pula hanya terdiri daripada tunggangan kering, seperti roda ferris “Wagon Wheel”, roller-coaster “Lost City of Gold”, karusel “Apache Pots” dan dua buah buaian gergasi 360 darjah “Tomahawk” dan “Pirate’s Revenge”, tidak lupa juga kawasan pameran “The Cave” yang terletaknya kawasan simpanan harimau iaitu “Tiger Adventure”.

Di situ juga adanya satu hujung jambatan gantung berukuran 428 meter  yang menyeberangi seluruh tasik dari World of Adventure, melalui gunung berapi Surf Beach hingga kawasan Extreme Park di bahagian tenggara Sunway Lagoon.

3. Wildlife Park

Di sepanjang tepi barat Sunway Lagoon ada sebuah taman haiwan mini (Wildlife Park) yang menempatkan pelbagai spesies burung dan mergastua untuk tatapan pengunjung.

Taman Hidupan Liar adalah zoo kecil yang hebat yang mengkhususkan memelihara haiwan yang comel, cuddly, ramah dan beberapa jenis haiwan liar seperti burung helang, python dan harimau.

Terdapat banyak burung di dalam kandang burung seperti layang-layang, burung hantu, burung merak, nuri dan kakak tua.

Tidak juga lupa jika berkunjung ke sini untuk melawat The World of Adventure di mana anda boleh bermain permainan bersama dengan sekumpulan harimau Bengal ataupun ke The Lost City of Gold.

4. Extreme Park

Extreme Park telah diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana ia terletak di tenggara Sunway Lagoon. Terdapat pelbagai aktiviti lasak yang ada di sini seperti Wall Climb, Flying Folk, Jump Bungee Trampoline dan banyak lagi.

5. Scream Park

Tarikan terbaru Sunway Lagoon khusus buat penggemar cerita-cerita seram dan mistik, bolehlah berkunjung untuk merasai sendiri pengalaman menakutkan di Lynton V.Harris’s Scream Park.

Sering menjadi tempat pilihan utama kerana thrill seram yang dibangkitkan cukup nyata dan ini mengujakan pengunjung.

Scream Park ini terbahagi kepada beberapa zon seram seperti Pontianak Theartre of Fear, Rumah Hantu 3D dan ada juga sudut yang mempamerkan zombie dan juga watak monster di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *