5 Kesan Baik Probiotik Dalam Jeruk

  • 2 min read
  • Nov 07, 2022
probiotik dalam jeruk

Beberapa hari lepas, saya ada berkongsi mengenai jeruk timun. Ada yang bertanya mengenai kandungan probiotik dalam jeruk.

Jeruk sebenarnya ada dua jenis:

1) Jeruk segera yang menggunakan cuka aka etanoik acid sebagai bahan perapan masam

2) Jeruk yang terhasil daripada proses fermentasi. Bakteria/ fungi menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula).

Glukosa ditukarkan kepada etanol dan etanol kemudiannya teroksida kepada asid etanoik. Penghasilan asid etanoik akan memberikan rasa masam.

Dari segi rasa, kedua jeruk ini setanding jika bahan campuran jeruk segera adalah seimbang. Bezanya jeruk fermentasi mungkin mengandungi populasi mikroorganisma (contoh bifodo bacterium, propioni bacterium, lacto bacillus, lacto coccus dan streptococcus thermophilus) yang boleh memberikan kesan baik kepada tubuh badan atau juga dikenali sebagai probiotik jika dibandingkan dengan jeruk segera.

Peranan Probiotik Dalam Jeruk

• Sistem penghadaman yang baik

• Memperbaiki mood

• Mengurangkan masalah alahan

• Mengurangkan jangkitan saluran pundi kencing

• Mengurangkan risiko kanser usus

Selain daripada itu, larutan jeruk sebegini juga boleh berfungsi sebagai elektrokit kerana tinggi kandungan mineral terutamanya natrium.

Maksudnya meminum air jeruk boleh membantu merawat masalah kekejangan otot, dehidrasi disebabkan demam atau muntah.

Proses fermentasi membantu dalam memecahkan nutrisi dalam makanan kepada bentuk yang lebih mudah diserap badan.

Ini menjadikan makanan terfementasi mungkin lebih kaya dengan pelbagai zat tambahan daripada bentuk asalnya seperti vitamin C, B dan K.

Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan sistem imuniti atau mengambil ubat immunosuppressant atau HIV tidak digalakkan memakan jeruk yang difermentasi.

Selain daripada jeruk yang terhasil daripada proses fermentasi, makanan lain yang mungkin mengandungi probiotik adalah tempoyak, yogurt, kefir, lassi, tempe, budu, cencalok, jeruk bambangan, bosou, kimchi, kicap, tauchu, kombucha…

Pun begitu, manfaat probiotik daripada makanan ini hanya boleh diperolehi apabila dimakan terus. Ini kerana haba memasak akan membunuh probiotik.

Nota:

1) Peralatan dan propose membuat jeruk fermentasi haruslah bersih untuk mengelakkan pencemaran kuman berbahaya contoh Clostridium botulinum.

peti
peti

2) Untuk melambatkan peningkatan populasi bakteria dan mengelakkan pertumbuhan kulat yang berbahaya, jeruk perlu disimpan di dalam peti sejuk.

sudu
sudu

3) Sudu yang digunakan untuk mengambil jeruk haruslah bersih untuk mengelakkan pencemaran silang.

fermentasi
fermentasi

4) Bahan berasid atau cuka yang berlebihan mampu membunuh populasi bakteria baik. Sebab itu kandungan probiotik dalam jeruk segera ada sangat sedikit.

cuka
cuka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *