
Tasik Kenyir, Kuala Terengganu merupakan tasik yang paling besar yang pernah dibina oleh manusia. Tasik ini dibina untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara terutamanya di Kuala Berang dengan keluasan 260km persegi.
Setelah pembinaannya, tempat ini telah mula dikenali orang ramai dari dalam atau luar negeri. Ada juga pelancong asing dari luar negara yang berkunjung ke sini.
Terdapat banyak aktiviti dan tempat menarik yang boleh dikunjungi di sini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat Tempat Menarik Di Terengganu.
Senarai Tempat & Aktiviti Menarik di Tasik Kenyir
1. Boathouse (Rumah bot)

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah menyewa boathouse. Bagi yang suka memancing, ini adalah tempat yang wajib anda pergi kerana ia merupakan lubuk ikan yang sangat mengujakan.
Terdapat pelbagai ikan yang ada seperti Toman, Kelisa, Baung, Kelah, Lempam dan banyak lagi. Tasik yang luas ini menempatkan lebih kurang 300 spesies ikan di dalamnya.
Bagi kaki pancing yang suka memancing ini adalah tempat yang tepat untuk anda meluangkan masa. Anda boleh merujuk pakej tasik kenyir yang ditawarkan untuk menyewa rumah bot ini.
Bulan Ogos adalah bulan yang paling sesuai untuk anda memancing di sini kerana paras arirnya rendah berbanding hari biasa.
Tempat yang disyorkan untuk memancing oleh Jabatan Hidupan Liar adalah di Terenggan, Pulau Cacing, Leban, Petuang dan Saok.
Anda juga boleh melakukan aktivit berkayak, berakit dan menaiki sampan di sini dengan harga sewaan yang berpatutan.
2. Air Terjun Lasir

Terdapat lebih kurang 14 air terjun di sini dan air terjun yang paling popular adalah air terjun Lasir. Air terjun Lasir terkenal disebabkan oleh air terjunnya setinggi 500 kaki dan akan membentuk kolam di setiap tingkat.
Air terjun Lasir menawarkan keindahan alam dan kesegaran air terjun dengan jeram yang sangat mempersonakan, tetapi laluan untuk ke air terjun Lasir ini agak mencabar dan jauh.
Di samping air terjun yang cantik dan air yang dingin, di sini juga ada dibina sebuah jambatan gantung di atasnya tetapi jambatan gantung itu tidaklah terlalu tinggi.
Perjalanan untuk ke air terjun Lasir ini akan mengambil masa selama lebih kurang 1 jam atau lebih dengan jarak 16km. Perjalanan jika menaiki bot akan mengambil masa selama 30-45 minit.
3. Meneroka Gua Bewah
Antara tarikan pelancong ke tasik kenyir adalah gua Bewah. Bewah atau Bewoh adalah loghat penduduk Terengganu yang bermaksud kenduri.
Gua Bewah ini dahulu dikenali sebagi Gua Tahi Kelawar. Najis kelawar menjadikan tanah sepanjang jeti hingga ke pintu masuk gua menjadi subur.
Gua Bewah juga kaya dengan tanaman seperti keladi besar dan cili padi. Jarak perjalanan dari Jeti Pengkalan Gawi ke Gua Bewah mengambil masa selama 2 jam dengan menaiki bot.
4. Perkampungan Konservasi Gajah

Perkampungan Konservasi Gajah adalah tarikan yang baru buat pelancong setelah 3 bulan ditutup kerana pandemik koronavirus (Covid-19).
Kerajaan Terengganu memberikan diskaun harga tiket kepada pengunjung yang datang ke sini setelah mengumumkan pembukaan semula tempat ini.
Perkampungan Konservasi Gajah telah dibina pada tahun 2012 dengan keluasan tanah sebesar 256 hektar.
Hanya 10 peratus kawasan yang disentuh dan 90 peratus tidak disentuh untuk mengekalkan rumah semulajadi bagi gajah-gajah di situ.
Waktu operasi untuk Perkampungan Konservasi Gajah adalah setiap hari bvermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, tetapi ditutup sementara pada jam 12.30 tengahari sehingga 2.30 petang bagi memberi ruang solat Jumaat.
5. Kenyir Water Park
Taman tema air ini adalah yang pertama dibina di tasik dengan kos binaan RM 7.5 juta. Taman tema air ini menjadi salah satu tempat yang paling dapat banyak sambutan di tasik Kenyir.
Keunikan di taman tema air ini adalah terletak pada permainanna kerana ia berada di tengah tasik yang dikenali sebagai Lake Playstation. Namun, ciri keselamatan untuk pengunjung tetap diutamakan dengan pengawasan daripada kru bertugas.
Harga untuk masuk ke taman tema ini adalah lebih murah berbanding taman tema air yang lain. Di bawah ada disertakan harga tiket untuk Kenyir Water Park.
Kategori | Harga |
Dewasa | RM25 |
Kanak-kanak | RM15 |
Warga Emas | RM15 |
6. Santuari Ikan Kelah
Aktivit bermain dan bermanja dengan ikan kelah di sini adalah aktiviti wajib yang anda mesti cuba. Terdapat kira-kira 5000 ekor ikan kelah yang akan menemani dan menggerumuni anda.
Tapi sayangnya, tempat ini hanya membenarkan kapasiti 100 orang sahaja untuk masuk ke dalam setiap hari. Jadi anda harus cepat untuk menikmati pengalaman bermanja bersama ikan-ikan kelah di sini.
Tempat ini dibuka pada setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan harga tiket yang sangat berpatutan.
7. Taman Orkid

8. Taman Burung
Aktiviti lain yang ada di Tasik Kenyir adalah pergi ke taman burung. Kenyir bukan sahaja terkenal dengan pelbagai spesies flora dan fauna malah ia juga ada menempatkan burung-burung tropika yang menetap di sini.
Terdapat 153 habitat burung dengan 17 spesies daripadanya yang terbang bebas dalam Taman Tropika burung di sini.
Taman burung ini dibina bertujuan untuk memelihara ekosistem semulajadi hutan tropika bagi mengimbangi keperluan alam sekitar flora dan fauna.
Lokasi yang mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Jeti Pengkalan Gawi ini dibina bertujuan untuk memberi ruang kepada pengunjung untuk mengenal dan melihat pelbagai spesis burung dengan lebih dekat.