
Bukit Bendera merupakan satu tempat pelancongan yang paling menarik jika berkunjung ke Pulau Pinang dan ia juga merupakan destinasi tumpuan pelancong asing jika ke sini.
Bukit Bendera terletak di Air Hitam iaitu 6 kilometer di sebelah barat pusat bandaraya Georgetown dan ia juga merangkumi beberapa bukit dan Western Hill sebagai pucak tertinggi iaitu 833 meter (2,733 kaki) dari aras laut.
Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mempunyai banyak tarikan yang boleh dikunjungi. Umum mengetahui bahawa Bukit Bendera merupakan mercu tanda dan tempat yang wajib anda singgah jika bercuti di Pulau Pinang.
Apa yang menarik di Bukit Bendera? Banyak aktiviti menarik dan tempat untuk bergambar di sini dan anda akan dihidangkan dengan pemandangan latar belakang yang memukau.
Aktiviti Dan Tempat Menarik di Bukit Bendera
1. Keretapi Bukit Bendera

Terdapat beberapa alternatif yang boleh digunakan untuk ke puncak Bukit Bendera samada dengan menaiki keretapi, mendaki atau menggunakan jeep dengan trek jalan yang ekstrem.
Tapi kebanyakan pelancong di sini lebih suka untuk menaiki keretapi berbanding mendaki dan menaiki jeep kerana ia lebih mudah, cepat dan tidak penat.
Masa yang diambil untuk ke puncak memakan masa dari 7-10 minit dengan laluan yang curam lebih-lebih lagi apabila ketika turun dari puncak ke bawah.
2. Astaka Bukit Bendera

Astaka Bukit Bendera merupakan bangunan medan selera di Bukit Bendera dimana terdapat 25 buah gerai yang terletak di dua tingkat.
Mereka menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan, minuman, makanan ringan, dan cenderahati kepada pengunjung.
Astaka Bukit Bendera menempatkan lebih daripada 200 tempat duduk yang beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari dan waktu operasi akan dilanjutkan jika berlangsungnya majlis-majlis khas.
3. Restoren David Brown’s
Terletak di atas Bukit Bendera, terdapat khabar yang jauh dari taman lama yang dilupakan – David Brown di Strawberry Hill, sebuah restoran kolonial British dan Tea Terraces yang sangat klasik.
David Brown sangat sesuai untuk majlis syarikat, seminar, pelancaran produk, latihan, mesyuarat pengurusan, majlis makan malam tahunan syarikat atau makan malam bersama keluarga. Kakitangan yang mesra dan profesional akan memastikan keperluan anda dipenuhi.
Terdapat pelbagai pilihan hidangan pembuka selera, stik dan daging panggang tradisional, puding, pai dan juga menawarkan pilihan hidangan berasaskan sayuran yang enak.
4. The Habitat
The Habitat merupakan tempat menarik di Bukit Bendera yang harus dikunjungi bagi merasai pengalaman hutan hujan yang menyeronokan serta penuh dengan info.
Ia merupakan salah satu tarikan utama di Pulau Pinang. Melalui proses fotosintesis, tanaman menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinaran matahari untuk menghasilkan oksigen yang penting kepada kehidupan.
Hutan hujan juga membantu mengitar semula dan membersihkan bekalan air. Laluan semulajadi yang terdapat di The Habitat membuatkan pengunjung akan lebih menghargai hutan serta hidupan liar.
Bukit-bukau, hutan hujan tropika, kepelbagaian flora, batu-batu granit yang besar dan pemandangan yang indah menjadikan The Habitat di Bukit Bendera sebagai tempat yang harus dilawati.
Eko perlancongan bertaraf dunia yang pertama di Malaysia bertujuan untuk mempromosikan kesedaran dan pemuliharaan alam sekitar.
5. Hillside Retreat
Perjalanan kembali ke masa lalu ketika berada diatas stesen bukit kolonial tertua di Semenanjung Malaysia yang dibangunkan oleh British pada abad ke-18.
Rehatkan minda anda dengan menginap di banglo yang berusia satu abad dan dikelilingi oleh hutan hujan yang berusia 130 juta tahun.
The Hillside Retreat terletak tidak jauh dari George Town, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pihak penginapan menawarkan tempat percutian yang tenang dari kesibukkan kota bertempat didalam biosfera yang subur di Pulau Pinang.
6. Little Village Hill

Dari viewing deck menuju ke Dataran Bukit Bendera anda akan berjumpa dengan sebaris 10 biji teropong-teropong berwarna-warni yang pasti membuatkan anak-anak ingin mencuba.
Sekiranya anda membawa teropong sendiri, tidak perlulah susah-susah untuk menghabiskan RM 1 untuk 2 minit bagi menggunakan teropong-teropong di sini.
Namun kalau anda ingin melihat dengan lebih dekat bandaraya Penang dan kapal-kapal yang berlabuh di tengah lautan, bolehlah mencubanya.
Bagi mereka yang bercuti ke Bukit Bendera untuk berbulan madu, sangat sesuai untuk singgah di Little Village Penang Hill untuk bergambar di mercu hati berlampu LED dan melawat beberapa taman-taman bunga.
7. Nature Walks
Nature Walks akan memberikan pengunjung peluang untuk menyertai sukarelawan di sepanjang tiga laluan menarik di puncak Bukit dengan percuma.
Perkhidmatan Nature Walk adalah inisiatif Perbadanan Bukit Bendera di bawah kendalian persendirian dan ia sebahagian daripada misi menggalakkan pengunjung untuk meneroka dan mengetahui lebih tentang Bukit Bendera.
Ketiga-tiga laluan akan melintasi lokasi tumpuan bergambar yang menarik di Bukit Bendera. Anda berpeluang melihat beberapa banglo gaya-kolonial serta menikmati keindahan flora dan fauna.
Jika anda bernasib baik, anda berkesempatan menemui Lotong Kelabu dan Tupai Gergasi Hitam yang sinonim di Bukit Bendera.
8. Taman Periuk Kera
Menjadi yang pertama di Barat Malaysia, Taman Periuk Kera adalah satu taman yang mempunyai lebih daripada 100 jenis tumbuhan termasuk spesis dari tanah rendah hingga tanah tinggi di rantau ini.
Dengan suasana dan cuaca semulajadi yang nyaman pengunjung dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan serta haiwan-haiwan seperti glugor,tupai, burung, monyet, mengkarung, rama-rama, kala jenking dan sebagainya dengan jarak terdekat.
Apa yang lebih menarik di Bukit Bendera ini apabila pengunjung juga dapat menikmati suasana alam semula jadi di hutan rizab.
Pengunjung dapat merasai dan menhayati kawasan hutan hijau di Bukit Bendera serta berpeluang untuk menghirup kopi di sini.
9. Hotel Bellevue
Hotel Bellevue merupakan satu-satunya hotel di Bukit Bendera. Ia terletak berhampiran Stesen Atas Bukit Bendera. Hotel gaya banglo kecil ini hanya mempunyai 12 bilik.
Dari anjung hotel, anda boleh menikmati pemandangan George Town yang sangat menakjubkan, terutamanya dari waktu siang hingga malam.
Hotel ini juga mempunyai sebuah taman botani yang dihiasi dengan koleksi tumbuh-tumbuhan tempatan yang jarang dijumpai dan terancam yang dikumpulkan untuk program penyelidikan.
10. Kuil Sri Aruloli Thirumurugan
Sri Aruloli Thirumurugan, atau lebih dikenali sebagai Penang Hill Hindu Temple, adalah salah satu kuil hindu yang tertua di Pulau Pinang.
Ia telah dibina sejak tahun 1800-an sebagai kuil kecil untuk penganut Dewa Murugan (dewa yang dikaitkan dengan Thaipusam) oleh masyarakat India yang kebanyakkannya adalah pembawa tandu.
Kuil ini mengikut gaya seni bina Dravidian yang mengandungi 4 bahagian utama. Pertama, bahagian dalaman kuil, atau vimana, adalah ruang sembahyang dengan menara.
Bahagian kedua, adalah Mandapa, atau anjung. Ketiga, gopurams atau menara pintu gerbang. Bahagian terakhir adalah chawadis, atau dewan tiang. Disamping itu terdapat sebuah tangki air digunakan dalam upacara suci untuk pembersihan diri.
11. Masjid Bukit Bendera
Penang Hill Mosque atau Masjid Bukit Bendera, adalah satu-satunya masjid di puncak bukit. Ia didirikan untuk kegunaan orang Islam yang berkunjung, tinggal dan bekerja di atas bukit.
Masjid ini terletak tidak jauh dari rumah agam Bel Retiro dan Kuil Hindu. Majoriti pengguna masjid ini adalah mereka yang bekerja di gerai berhampiran stesen keretapi Bukit Bendera, pegawai kerajaan yang bekerja di pejabat pos dan jabatan lain yang terletak di puncak Bukit Bendera.
Masjid Bukit Bendera mempunyai seni bina Islam yang berlainan jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Bukit Bendera.
Menara dan kubah masjid itu dapat dilihat dari jauh oleh penggunjung yang berada di dataran Bukit Bendera.
12. Monkey Cup Garden
Terdapat satu taman dimana ia dikhaskan untuk menanam, memelihara dan mengumpul koleksi tumbuhan-tumbuhan.
Dalam Monkey Cup Garden ini juga terdapat sebuah taman periuk kera dimana ianya mempunyai lebih daripada 100 jenis tumbuhan termasuk spesies dari tanah rendah hingga tanah tinggi.
Pelancong dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan danjuga haiwan-haiwan yang ada di sini seperti glugor, tupai, burung, monyet dan banyak lagi dengan jarak yang dekat.