Aktiviti & Tempat Menarik Di Janda Baik (TERKINI 2023)

  • 5 min read
  • Sep 07, 2022
janda baik
tempat menarik di janda baik
Tempat Menarik di Janda Baik

Janda Baik merupakan sebuah daerah yang terkenal di Bentong, Pahang. Tempat yang dingin dan tenang membuatkan ia menjadi tumpuan orang ramai tidak kira bangsa dan agama.

Apa yang menarik di Janda Baik ini adalah terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama dengan keluarga mahupun rakan-rakan anda.

Kawasan kampung yang dijaga rapi di sini membuatkan ramai yang datang berkunjung untuk menenangkan fikiran dan bersantai jauh dari kesibukan kota.

Aktiviti-aktiviti di sini seronok apabila dilakukan secara berkumpulan, bersama keluarga atau rakan-rakan. Jadi, di bawah ini ada disertakan tempat dan aktiviti menarik di Janda Baik.

Senarai Aktiviti Dan Tempat Menarik Di Janda Baik

1. Saufiville Boutique Resort

Saufiville Boutique Resort merupakan salah satu resort tercantik yang ada di Janda Baik dan disebabkan itu ia menjadi tempat menarik di Janda Baik yang harus anda kunjungi.

Lokasi menarik di Janda Baik ini mempunyai tanag yang berkeluasan 12 ekar dan terletak pada ketinggian 1800 kaki dari aras laut.

Jika anda ke sini memang tidak rugi kerana ia menawarkan pemandangan yang sangat menarik kerana ia dikelilingi oleh flora dan fauna di sekeliling resort ini.

Inginkan pengalaman mandi kolam sambil menikmati keindahan alam yang terbentang luas di depan mata? Di sini adalah tempat yang sesuai untuk merasai pengalaman tersebut.

AlamatLot 1223, Kg Chempuruh, Janda Baik
HargaSila berhubung dengan Saufiville Boutique Resort
No. Telefon017-279 8003

2. Canopy Villa Glamping Park

Canopy Villa Glamping Park menawarkan tempat penginapan yang bertemakan kanopi tertutup dengan kelengkapan seperti katil yang selesa.

Seperti nama yang diberi, Kanopi Villa menawarkan tempat penginapan yang berbumbungkan kanopi yang lengkap dengan kemudahan seperti katil yang selesa.

Di samping itu, Kanopi Villa turut memiliki pusat aktiviti yang terbahagi kepada banyak bahagian untuk memberikan anda privasi sewaktu bersantai.

Di pusat aktiviti ini, anda boleh bermain bermacam permainan papan, menonton TV atau sekadar menikmati minum petang sambil melihat pemandangan hutan hujan yang terbentang luas di hadapan mata.

AlamatPlot 25929, Kg Janda Baik, Bentong (Di Hadapan Balai Bomba)
HargaSila berhubung dengan Canopy Villa Glamping Park
No. Telefon013-333 8122

3. Dawn Haven

Dawn Haven merupakan sebuah villa peribadi dan ianya sangat sesuai untuk aktiviti hari keluarga atau aktiviti yang beramai-ramai.

Kawasan yang nyaman, tenang, bersih, selesa dan jauh dari kesibukan kota ini menjadikan ia lokasi menarik di Janda Baik.

Villa menarik di Janda Baik ini boleh memuatkan lebih 20 orang pada satu masa. Villa yang merangkumi 9 bilik, 15 katil dan 10 bilik air ini pasti akan membuatkan anda selesa untuk menginap di sini.

Kolam renam yang besar di sini juga dapat memberikan kegembiraan buat anak-anak kecil terutamanya kerana mereka dikenali sebagai yang sukakan air.

Apa yang lebih menarik di sini adalah kebun buah-buahan di sekitar villa ini. Jika anda berkunjung ke sini pada musim buah-buahan, anda boleh petik segala buah yang ada di sini.

AlamatLot 5261, Lorong Padang Ragut, Kg, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
HargaSila berhubung dengan Dawn Haven
No. Telefon011-3262 1111

4. Suria Hills Country House

Suria Hills Country House yang terletak di tanah berkeluasan 3 ekar ini dapat memberikan anda pengalaman percutian yang membawa ketenangan. 

Bayangkan anda seperti menginap di sebuah hotel, tetapi dikelilingi suasana kampung yang menyegarkan.

Dikelilingi oleh taman berlanskap indah, air sungai yang mengalir jernih dan pohon-pohon yang berbuah segar, Suria Hills Country House adalah sebuah penginapan yang tepat bagi anda yang termimpi-mimpi akan suasana sebegini.

AlamatLot 8567 Kampung Janda Baik, 28700 Mukim Bentong, Bentong
HargaSila berhubung dengan Suria Hills Country House
No. Telefon03-7806 4752

5. Happy Paradise

Terletak di Kampung Cherenging, Janda Baik, Happy Paradise sememangnya adalah syurga bagi keluarga yang datang menginap. Rasanya, dah datang sekali, memorinya pasti akan sentiasa terngiang-ngiang di ingatan.

Penginapan indah ini memiliki pohon-pohon berbuah mekar yang boleh dipetik untuk dinikmati dengan segar, zoo mini, taman permainan, kolam renang, kandang kuda, kawasan bbq dan banyak lagi.

Anda dapat meluangkan masa berkualiti yang penuh santai sepanjang penginapan. Percayalah, seminit pun tak akan berlalu tanpa keseronokan.

AlamatLot 5596, Kg Cherenging Pahang, 28750 Kampung Janda Baik
HargaSila berhubung dengan Happy Paradise
No. Telefon012-257 7440

6. Sailor’s Rest Resort

Rumah percutian yang terletak pada ketinggian 600 meter di Banjaran Titiwangsa ini menawarkan atmosfera yang cukup menyegarkan dalam lanskap yang megujakan pandangan mata.

Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda.

Jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.

AlamatLorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, 28750 Kampung Janda Baik
HargaSila berhubung dengan Sailor’s Rest Resort
No. Telefon012-360 9227
011-2104.1659

7. Cheringin Hill Janda Baik

Cheringin Hill terletak di bukit Janda Baik, jadi ia merupakan tempat wajib anda singgah jika berkunjung ke sini.

Cuacanya sungguh sejuk dan nyaman. Jika nak rasa suasana sejuk seperti di Cameron, Cheringin Hill adalah resort yang patut anda pilih.

Di sini juga terdapat kemudahan untuk anda melakukan aktiviti seperti bersukan, memanah dan menembak.

Ada juga kuda disertakan di sini dan kuda di sini bukan calang-calang kuda kerana pihak Cheringin Hill menggunakan kuda besar seperti kuda untuk aktiviti sukan polo.

Menarik bukan? Jadi jom isi masa lapang anda di Cherangin Hill untuk menenangkan fikiran dari kesibukan kerja di pejabat.

AlamatLot 5540 & 5936, 28750, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
HargaSila berhubung dengan Cheringin Hill Janda Baik
No. Telefon09-233 0999

8. Pineyard Cafe

Pineyard Cafe merupakan sebuah kafe tersorok yang ada di sini dan menjadikan ia sebagai tempat makan yang menarik di Janda Baik.

Bukan sahaja di Restoren Lemuni yang mempunyai pemandangan menarik dengan kehijaun pokok, malah kafe Pineyard ini juga tidak kurang hebatnya dengan pemandangan semula jadinya.

Kebanyakan pengunjung sanggup untuk memandu jauh semata untuk ke sini hanya untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi dan makanan yang sedap dan berbaloi di sini.

Kafe yang menjadi lokasi menarik di Janda Baik ini terletak sedikit jauh ke dalam dan mengambil masa selama lebih kurang 15 minit dari simpang masuk Kampung Bukit Tinggi.

Kafe ini menyediakan pelbagai makanan barat yang sedap dengan harga yang berpatutan. Makan sambil menikmati pemandangan semulajadi di sini pasti akan membangkitkan lagi selera makan.

Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar atau ber’selfie‘ dalam kawasan kafe ini dan anda boleh memuat naik ke dalam instagram atau media sosial anda.

AlamatC1, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu OperasiSetiap hari kecuali hari Selasa: 9.00 am – 6.00 pm
No. Telefon09-233 0340

9. Istana Lemuni

Istana Lemuni merupakan sebuah tempat makan popular di Janda Baik yang terletak di Hutan Simpan Lentang dengan pemandangan yang menakjubkan.

Restoren ini menyediakan hidangan ala-ala kampung seperti nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang, roti canai, kopi kampung dan pelbagai lagi.

Sambil menghirup kopi, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan menarik di Janda Baik yang dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau.

Bukan sahaja makanan pagi, malah restoren ini turut menyediakan makanan untuk tengahari sehingga jam 5.00 petang

Alamat Lot 9756, Kg Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu OperasiIsnin – Khamis: Tutup
Jumaat – Ahad: 8.00 am – 5.00 pm
No. Telefon012-3265966

10. Tiarasa Escapes Glamping Resort

Tarikan glamping paling menarik di Janda Baik setakat ini adalah di Tiarasa Escape Glamping Resort yang merupakan milik Pengarah terkenal iaitu Puan Sri Tiara Jacquelina.

Lebih uniknya adalah bilik inapnya dibina dari khemah safari dengan dekorasi gaya mewah dan pelbagai kemudahan di dalamnya.

Tempat menarik di Janda Baik ini menawarkan pemandangan semula jadi yang indah dengan udara yang segar dan dikelilingi oleh tumbuhan pokok-pokok besar di sekitarnya.

Lokasi ini mempunyai 20 buah khemah mewah ala safari dan 5 buah rumah pokok dengan harga yang berbeza.

Hanya 40 minit dari bandaraya Kuala Lumpur, tempat ini pasti akan memberi ketenangan jiwa dan minda anda dari kesibukan kerja dan kesesakan yang ada di bandar.

Alamat Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
HargaSila berhubung dengan Tiarasa Escapes Glamping Resort
No. Telefon012-887 7777

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!