Apa Jadi Kalau Hiris Isi Ikan Sebelum Goreng?

  • 2 min read
  • Jun 27, 2022

Ikan goreng memang sedap untuk diratah bukan? Tapi macam mana nak dapatkan ikan goreng yang senang digoreng dan rangup?

Salah satu caranya adalah dengan hiris isi ikan dahulu sebelum mula menggoreng. Ia juga dapat mengurangkan minyak meletup semasa menggoreng.

Satu perkongsian oleh pakar kimia, Dr Fatimah di Facebook telah menarik perhatian saya berkaitan hiris isi ikan ini. Tips yang diberikan ini dapat kita gunakan sewaktu ingin memasak di dapur.

Hiris Isi Ikan Sebelum Goreng Dapat Mengurangkan Ikan Melekat Di Kuali! Ikuti Tips Dari Pakar Kimia Ini

hiris isi ikan
hiris isi ikan

Siapa biasa hiris isi ikan yang banyak tulang macam ini πŸ‘‡πŸ»?Tulang-tulang dalam isi akan terpotong. Bila digoreng garing, makan pun tidak risaukan tulang.

Jom ulangkaji sains disebalik ikan goreng:

Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya.

Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?

Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan β€˜juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam).

Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan ini. Kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng?

Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.

Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat.

Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali.

Bagaimana untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali?

  • Panaskan minyak sehingga betul-betul panas
hiris isi ikan minyak
hiris isi ikan minyak

Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.

Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.

Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup.

Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat. Bagaimana untuk mendapatkan isi ikan yang juicy?

Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.

  • Goreng ikan sekejap sahaja
hiris isi ikan goreng
hiris isi ikan goreng

Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu.

Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak. Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras.

Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.

Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published.