APDM atau nama penuhnya Aplikasi Pangkalan Data Murid merupakan Laman Web yang sering dibuka oleh guru.
Ia merupakan aplikasi di mana guru-guru mengisi maklumat murid, maklumat ibu-bapa, penjaga, kesihatan dan juga Kehadiran Murid serta beberapa maklumat penting yang lain lagi.
Tahun-tahun sebelum ditubuhkan sistem ini, semua maklumat mengenai pelajar disimpan secara manual dalam buku kedatangan atau fail peribadi murid.
Kini maklumat murid hanya perlu dimasukkan secara online sahaja dan guru kelas tidak perlu bersusah payah untuk memasukkan maklumat murid menggunakan kaedah manual.
Bukan sahaja maklumat murid, malah guru juga boleh mengisi kehadiran pelajar setiap hari ke sekolah menggunakan eKehadiran secara online.
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Cara Login Masuk ke Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
Untuk log masuk ke laman web ini, anda boleh terus klik ke laman https://apdm.moe.gov.my/

- Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda.
- Kemudian klik hantar.
- Jika terlupa kata laluan, klik pada “Lupa katalaluan” yang tertera di bawah bahagian Hantar.
Cara Kemaskini Maklumat Murid
- Guru kelas perlu log masuk dengan menggunakan maklumat log masuk guru kelas.
- Ini bertujuan untuk semak samada nama murid yang ingin disemak ada dalam maklumat murid bukan warga.
- Kemudian pilih nama murid berkenaan.
- Klik pada kemaskini no KP untuk membetulkan ralat pada maklumat tersebut.
- Langkah terakhir adalah memasukkan no kad pengenalan yang betul.
Cara Memadam Data Murid
- Log masuk ke sistem dengan ID dan kata laluan yang betul.
- Pilih menu “Data Murid” di sebelah kiri paparan menu.
- Halakan tetikus anda ke bahagian “Kelas”.
- Lihat pada bahagian tindakan, tertulis “padam”. Klik jika hendak memadam.
Cara Kemaskini Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga
- Log masuk ke sistem dengan ID dan kata laluan yang betul.
- Klik bahagian “Data Murid”.
- Klik nama murid berkenaan.
- Klik bahagian di atas nama samada ingin kemaskini maklumat ibu/bapa/penjaga.
- Kemaskini maklumat yang diperlukan.
- Klik butang “Kemaskini” setelah semua maklumat selesai diisi.
Cara Kemaskini Maklumat Bantuan Murid
- Log masuk ke sistem dengan ID dan kata laluan yang betul.
- Klik pada bahagian “Bantuan Murid”.
- Tandakan bantuan yang diterima oleh murid tersebut.
- Bantuan berwarna kelabu adalah jenis bantuan yang dipohon melalui Aplikasi Pengurusan Bantuan.