B40: Senarai Bantuan Untuk Golongan Kurang Berkemampuan

  • 3 min read
  • Oct 20, 2022
b40 2

Sejak kebelakangan ini, kita seringkali mendengar istilah B40 dan bantuan-bantuan oleh kerajaan untuk golongan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan B40?

B40 atau Bottom 40 adalah kumpulan isi rumah terendah di mana 40% penduduk Malaysia terdiri daripada golongan ini dengan pendapatan purata bulanan bawah RM4,360.

Disebabkan golongan ini berada paling bawah dalam sistem kelas sosial, maka kerajaan Malaysia lebih banyak memfokuskan bantuan untuk golongan ini.

Senarai Bantuan Untuk Golongan B40

1. bANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

  • BKM adalah pemberian bantuan tunai langsung yang diberikan dari kerajaan kepada kumpulan bersasar yang berpendapatan rendah untuk meringankan beban kos sara hidup.
  • Pembayaran BKM akan dibayar selama 4 kali setahun bermula Mac 2022 atau boleh layari BKM
  • Jumlah bayaran BKM mengikut kategori:
b40

2. BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

  • BAP diperkenalkan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditangguh oleh ibu bapa.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
  • Murid akan menerima bantuan sebanyak RM100.00 secara one-off.
  • Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bantuan ini, boleh baca artikel BAP

Kriteria Kelayakan:

  • Murid warganegara Malaysia.
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang berasal dari isi rumah berpendapatan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

3. PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

  • Perlindungan tenang adalah sebuah inisiatif oleh industri insurans dan takaful yang menyediakan produk insurans dan takaful bagi memenuhi keperluan segmen yang masih tidak dilindungi.
  • Penerima yang layak boleh menggunakan Baucar ini untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan.
  • Program Baucar Perlindungan Tenang akan dinaikkan kepada RM75 daripada RM50.

Kriteria Kelayakan:

  • Layak untuk penerima BPR sahaja.
  • Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan.
  • Satu baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja.

4. MY SALAM SKIM PERLINDUNGAN MASYARAKAT

  • Program My Salam adalah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
  • Kerajaan menyediakan skim ini untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Kriteria Kelayakan:

  • Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
  • Individu bujang yang berumur 40 hingga 65 tahun yang pendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
  • Individu bujang yang berumur 40 hingga 65 tahun yang pendapatan kurang dari RM24,000 setahun.

5. KIT ASAS KEBERSIHAN DIRI

  • Kit Asas Kebersihan Diri diwujudkan oleh sebab isu kemiskinan haid (poverty period)yang berada pada tahap membimbangkan.
  • Kerajaan memperuntukkan kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada anggaran 130,000 remaja wanita.

6. PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

  • Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).
  • Permohonan pakej PerantiSiswa bagi pelajar IPT dibuka bermula 15 April 2022.

Kriteria Kelayakan:

  • Mahasiswa IPT yang berada dalam kelompok B40 ang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

7. sUBSIDI KERUSI KESELAMATAN ANAK-ANAK

  • Program Sistem Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) merupakan program rebat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) kepada golongan B40.
  • Jumlah subsidi yang diberikan adalah sebanyak 50% atau sehingga RM150 daripada harga jualan.
  • Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan anak-anak.

Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara yang menetap di Malaysia.
  • Penerima bantuan dari golongan B40.
  • Ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun.
  • Berkahwin dan mempunyai anak/anak jagaan berusi kurang dari 12 tahun.

8. BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19

  • Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.
  • Jumlah bayaran bantuan khas Covid-19 adalah seperti berikut:

Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara yang menetap di Malaysia.
  • Kategori pendapatan: Miskin tegar / B40 / M40.
  • Klasifikasi: Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *