Buat Sambal Selalu Merecik? Ikuti 5 Tips Ini!

  • 2 min read
  • Oct 05, 2022
sambal merecik

Makanan yang berasaskan sambal tumis adalah kegemaran kebanyakan orang tetapi ia menjadi sangat leceh apabila hendak mula menumis cili yang sudah dikisar.

Hal yang selalu berlaku apabila menumis adalah sambal selalu merecik ke dinding dan membuatkan dinding jadi kotor.

Kadangkala ada juga apabila sedang menumis tetapi ia merecik ke tangan. Pedihnya tu hanya Tuhan je yang tahu.

Namun, jika anda gunakan teknik yang dikongsikan oleh Dr Fatimah, seorang ahli kimia pasti ia tiada lagi percikan yang berlaku.

Ketahui Tips Yang Berguna Untuk Sambal Selalu Merecik Apabila Sedang Masak

sambal merecik
sambal selalu merecik blender

SAINS DI SEBALIK SAMBAL TUMIS KURANG MERECIK

Selain daripada gaya menggaul yang cermat, percikan sambal semasa memasak berlaku disebabkan ketidaklarutan bahan-bahan dalam masakan.

Terutamanya air dan minyak. Suhu yang panas akan meningkatkan pergerakan (kinetik) molekul-molekul dalam komponen masakan.

Namun yang paling banyak terkesan ialah molekul-molekul air dan molekul-molekul minyak kerana keduanya tidak larut bersama.

Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik molekul-molekul ini. Maka, semakin tinggi daya percikan kerana minyak dan air ingin menjauhi antara satu sama lain.

Dan jangan main-main, dengan ‘pergaduhan’ molekul-molekul air dan minyak ini, boleh jadi ‘mini bomb’! Baiklah…

Tips Yang Dipraktikan

Disebabkan kita tahu asas daya percikan adalah suhu serta keterlarutan minyak dan air, maka antara tips yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan daya percikan semasa memasak sambal adalah:

1) Kisar bahan-bahan dengan minyak (untuk mengurangkan air dalam tumisan)

blend
sambal selalu merecik blender

2) kecilkan api (untuk mengurangkan tenaga kinetik molekul-molekul dalam masakan)

api
sambal selalu merecik blender

3) Pilih kuali kalis lekat. Ini kerana selaput kalis lekat mengurangkan kadar pengaliran haba ke komponen masakan

non stick
sambal selalu merecik blender

4) Gunakan kuali yang lebih besar (untuk menampung luas permukaan percikan)

besar
sambal selalu merecik blender

5) Atau jika komponen tumisan tetap mengandungi banyak air, maka tumis tanpa minyak dahulu sambal sehingga sebahagian air tersejat. Kemudian baru masukkan minyak dan tumis seperti biasa

sambal
sambal selalu merecik blender

Api yang kecil akan menyebabkan air lambat meruap daripada masakan, maka proses pecah minyak akan berlaku lambat.

Bagi mereka yang tiada pilihan, bolehlah menutup sambal yang dimasak. Namun gunakan penutup jenis yang ada lubang yang mana boleh membebaskan wap air.

Sekiranya tiada, boleh juga membuka penutup beberapa kali dan lap permukaan dalam penutup untuk memberikan ruang kepada wap air lain meruap pada penutup.

Dan pastikan api dikecilkan semasa penutup dibuka. Menambahkan bahan berasid seperti asam jawa, asam keping, cuka… juga boleh mempercepatkan kadar air tersejat daripada masakan lalu cepat pecah minyak berlaku.

(Nota: para pelajar kimia organik, ingat tindak balas dehydration) Namun usah berlebihan kerana bahan berasid yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan rasa sambal daripada mencapai kokumi.

Nota: Warna sambal akan menjadi lebih gelap setelah penambahan gula. Ini disebabkan oleh berlakunya tindak balas Maillard antara komponen protein dalam bahan sambal dan gula tadi.

Ulangkaji: Terdapat 4 cara untuk mengetahui berlakunya tindak balas kimia iaitu berubahnya rupa, warna, bau dan rasa. Best kan kimia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!