Cara Daftar BSN Online Untuk Pengguna Baru

  • 3 min read
  • Mar 07, 2023
bsn online

Daftar BSN Online adalah langkah pertama yang mesti dilakukan oleh setiap pelanggan agar dapat menikmati kemudahan perkhidmatan internet banking.

Ini juga mesti dilakukan oleh pelanggan Bank BSN. Salah satu bank dari Malaysia juga telah menjalin kerjasama dengan pelbagai bank besar di Malaysia.

Oleh itu, bagi Anda warga Malaysia yang ingin membuat transaksi. Anda boleh menggunakan perkhidmatan internet banking.

Daftar BSN Online

Kini kita dah tak perlu ke kaunter lagi untuk daftar BSN online melalui portal myBSN.

Seperti mana bank-bank lain di Malaysia, Bank Simpanan Nasional atau BSN juga menyediakan khidmat perbankan online yang mudah dan cepat.

Selain digunakan untuk menjalankan transaksi kemasukan, pengeluaran dan pemindahan wang, BSN online juga biasa digunakan untuk tujuan pembelian pin Unik UPU.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang myBSN serta langkah pendaftaran yang lengkap dan mudah.

Cara Daftar Akaun myBSN Internet Banking

  1. Buka laman sesawang web rasmi myBSN.
  2. Jika anda pengguna baru yang hendak mendaftar, pilih menu “Register”.
daftar bsn online
Daftar BSN Online

3. Selepas itu terma & syarat akan dipaparkan di skrin dan anda perlu memeriksa butiran syarat dan klik pada butang “Accept”.

4. Selepas baca dan menerima segala syarat, anda dikehendaki klik pada butang “Next”.

bsn 2 1
Daftar BSN Online

5. Masukkan data yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan.

6. Pada ruangan “Step 1”, anda dikehendaki untuk mengisi data kad debit anda. Jika anda keliru dengan nombor kad debit dan CVV2, anda boleh rujuk contoh dibawah.

7. Pada ruangan “Step 2” pula, anda dikehendaki mengisi data mengenai maklumat peribadi anda dalam bentuk Kad Pengenalan (warganegara) dan nombor Passport bagi bukan warganegara Malaysia.

contoh bsn
Daftar BSN Online

8. Setelah selesai mengisi semua maklumat berkaitan, anda boleh klik pada butang “Next” untuk ke halaman seterusnya.

9. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda sendiri. Pastikan anda ingat nama dan kata laluan anda sendiri atau boleh notakan di buku untuk memudahkan anda.

10. Seterusnya anda dikehendaki untuk memilih image yang anda inginkan. Ia adalah bertujuan untuk mengenalpasti diri anda semasa proses log in ke myBSN.

Cara Daftar Akaun myBSN Internet Banking

Cara daftar akaun menggunakan PC atau telefon pintar adalah sama sahaja. Sekiranya anda tidak mempunyai kemudahan seperti PC atau laptop, anda boleh menggunakan telefon pintar anda untuk daftar akaun BSN.

  1. Sila klik pada website myBSN
  2. Kemudian, klik pada “Register”
  3. Selepas itu terma & syarat akan dipaparkan di skrin dan anda perlu memeriksa butiran syarat dan klik pada butang “Accept” dan tekan “Next”.
bsn 1 1
Daftar BSN Online

4. Masukkan data yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan.

5. Pada ruangan “Step 1”, anda dikehendaki untuk mengisi data kad debit anda. Isikan maklumat terperinci no kad ATM Debit/Kad Kredit bank BSN Anda.

6. Masukkan no CVV2, nombor CVV2 boleh Anda lihat pada bahagian belakang kad debit/kredit Anda.

7. Pada ruangan “Step 2” pula, anda dikehendaki mengisi data mengenai maklumat peribadi anda dalam bentuk Kad Pengenalan (warganegara) dan nombor Passport bagi bukan warganegara Malaysia.

8. Setelah selesai mengisi maklumat anda, klik “Next”.

bsn 2 2
Daftar BSN Online

9. Kemudian masukkan username, password, OTP number dan pilih salah satu online image yang anda inginkan.

10. Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya.

bsn 3
Daftar BSN Online

Login BSN Online

Kini anda sudah punya akaun BSN Online sendiri, sekarang cuba untuk log masuk ke app atau website myBSN untuk memastikan akaun anda aktif.

Untuk memudahkan pengguna yang menggunakan telefon pintar, anda boleh terus muat turun aplikasi myBSN di Google atau Apple Stor.

  1. Masuk ke laman web rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
  2. Isikan Username, Password dan Online Image kemudian klik “Login”
  3. Masukkan data peribadi yang diminta di kotak bertanda *
  4. Kini anda sudah boleh membuat sebarang transaksi seperti bayar bil, topup, ambil penyata bank, melakukan transaksi duit dan sebagainya.

Sekiranya terdapat pemberitahuan yang menyatakan permintaan anda tidak dapat diproses (Unable to process your request), itu bermakna anda pernah mendaftar internet banking tetapi tidak meneruskannya.

Jangan risau, anda boleh terus hubingi customer service BSN untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *