SPA9 merupakan satu portal kerajaan yang memberi peluang kepada pemohon yang layak bermula dari lulusan SPM. SPA adalah singkatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Namun, ada juga dalam kalangan masyarakat kita yang masih dengan ayat “Apa itu SPA”, “Macam mana nak mohon SPA ni”.
Sekarang anda hanya perlu membaca artikel ini sampai habis sahaja kerana penulis akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang SPA dan cara memohon jawatan dalam SPA.
SPA bukan sahaja tertumpu kepada alam pekerjaan, namun ia juga ada menyediakan satu latihan bertaraf diploma iaitu Kursus Separa Perubatan.
Apa Yang Ada Dalam SPA9
Cara Memohon SPA9 (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
Sebelum anda membuat permohonan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, anda harus mendaftar terlebih dahulu dalam laman web rasmi SPA9
- Untuk pemohon yang baru pertama kali ingin memohon jawatan dalam SPA, anda boleh klik “Pendaftaran Pengguna” yang dibulatkan seperti dalam gambar di bawah.
- Jika anda sudah mendaftar dalam SPA, anda hanya perlu log masuk seperti biasa sahaja.

- Berikut adalah contoh bagi pengguna yang mendaftar akaun baru. Anda perlu mengisi semua maklumat yang bertanda * dengan benar dan tepat.
- Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda sama seperti yang tertera dalam kad pengenalan anda sendiri.
- Masukkan nombor telefon dan email yang aktif kerana segala notis dan pemberitahuan tentang SPA akan dikirim melalui email anda yang aktif.
- Setelah siap mendaftar, anda perlu klik pada kotak “Persetujuan” bagi mengesahkan bahawa anda bersetuju dengan segala syarat yang diberi oleh pihak SPA.
- Kemudian anda perlu klik pada butang “Daftar” yang ada di bawah sekali.
- Tahniah! Anda sudah sah mendaftar sebagai salah satu pemohon SPA9.

7. Selepas siap membuat pendaftaran, anda perlu log masuk semula untuk mengisi borang menggunakan laman web yang sama seperti tadi.
8. Borang kamlumat diri anda adalah seperti contoh di bawah ini. Anda hanya perlu mengisi semua kotak kosong ini dengan maklumat yang benar dan tepat.
9. Siap mengisi semua maklumat pemohon, anda perlu klik pada butang simpan di bawah dan boleh klik seterusnya untuk mengisi borang lain.


Syarat Permohonan Borang SPA9 (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
- Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada 5 tahun kepada 1 tahun. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong Kerajaan sekali lagi jika telah tamat tempoh permohonan.
- Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada 15 jawatan sahaja.
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Closer iaitu :
- calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan kosong di peringkat Ijazah sahaja
- pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM sahaja.
- Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM juga boleh memohon jawatan/kerja di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
- Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja.
- Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
- Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.