Cara Kiraan Membayar Fidyah Ramadhan 2023

  • 5 min read
  • Jun 01, 2023
membayar fidyah (1)

Apakah yang dimaksudkan dengan fidyah puasa? Bagaimanakah cara kiraan untuk membayar fidyah yang betul?

Fidyah merupakan suatu denda ke atas umat Islam yang telah baligh akibat melanggar hukum dalam ibadah puasa, haji dan yang berkaitan.

Dalam artikel ini akan dibincangkan tentang panduan untuk anda memahami fidyah secara lengkap beserta cara kiraan fidyah berdasarkan pelbagai situasi.

Pengertian Fidyah

Fidyah adalah denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehingga tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Fidyah adalah sesuatu yang dibayar untuk menebus diri, baik berbentuk harta atau tindakan lain yang dilakukan kerana kekurangan dalam salah satu amal ibadah .

Kadar fidyah yang dikenakan adalah sebanyak satu mud iaitu satu cupak bersamaan dengan 700± gram bagi setiap puasa yang ditinggalkan.

Digalakkan untuk membayar lebih daripada secupak beras kepada fakir miskin, namun membahagikan satu cupak beras (makanan) kepada dua fakir miskin adalah tidak sah.

Hukum Membayar Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Ia juga akan menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 184 yang bermaksud:

"Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang berbuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa)."

Sebab Dikenakan Fidyah

  1. Uzur Untuk Menunaikan Puasa Wajib
    • Iaitu sakit kuat dan tak mempunyai harapan sembuh, atau golongan tua yang tak mampu berpuasa atau keduanya sekali.
  2. Perempuan Hamil
    • Dengan syarat bimbangkan keselamatan bayinya. Golongan ini mesti membayar fidyah dan juga qada puasa yang ditinggalkan.
  3. Orang Yang Telah Meninggal Dunia
    • Fidyah mesti dibayar oleh waris sebelum pembahagian harta pusaka.
  4. Melambatkan Ganti Puasa
    • Mereka yang melambatkan ganti puasa hingga melangkah Ramadhan yang berikutnya wajib membayar fidyah dan mengqada puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah meningkat mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan.
  5. Ibu Yang Menyusukan Anak
    • Dengan syarat bimbang akan memudaratkan bayi yang disusui. Golongan ini mesti membayar fidyah dan mengqada puasa yang ditinggalkan.

Golongan Yang Dikenakan Fidyah

Dikenakan Fidyah Dan Qada Puasa

Selain dikenakan qada puasa, golongan ini juga diwajibkan untuk membayar fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.

Golongan yang dimaksdukan adalah:

  1. Perempuan yang haid, namun tidak sempat menggantikan puasa sebelum masuk Ramadhan tahun berikutnya.
  2. Individu yang berbuka puasa kerana bimbangkan kemudaratan pada orang lain selain dirinya, seperti untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
  3. Perempuan hamil atau menyusu yang berbuka kerana bimbang anaknya sahaja,
  4. Individu yang tidak qada puasa yang ditinggalkan dalam keadaan dia mampu untuk melakukannya, sehinggalah tiba Ramadhan yang berikutnya.
  5. Orang yang sakit tidak berpanjangan lalu berbuka dan tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadhan berikutnya.

Dikenakan Fidyah Sahaja

Golongan yang termasuk dalam kategori ini ialah mereka yang telah uzur dan tidak mampu lagi untuk berpuasa seperti:

  1. Orang sakit yang tiada harapan sembuh
  2. Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  3. Orang mati yang tidak sempat qada puasa yang ditinggalkannya (sedangkan dia mampu untuk qada puasa ketika hayatnya). Ahli waris boleh memilih salah satu sama ada:
    • Membayar fidyah dengan harta si mati.
    • Qada puasa bagi pihak si mati.

Wajib Ganti Puasa Sahaja

Antara golongan yang wajib ganti puasa tetapi tidak wajib bayar fidyah adalah:

  1. Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadhan. Tetapi jika dia meninggalkan puasa kerana bimbang akan anaknya, maka dia perlu ganti puasa dan bayar fidyah.
  2. Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadhan.
  3. Orang yang musafir dan berbuka kerana musafirnya.
  4. Orang yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa kemudian.

Waktu Dan Tempoh Pembayaran

Fuqaha bersepakat bahawa waktu yang sesuai untuk bermulanya membayar fidyah adalah sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walaubagaimanapun, tempoh ketetapan adalah tidak terhad pada satu tempoh yang tertentu.

Oleh itu, kita digalakkan untuk menyegerakannya dengan segera untuk membayarnya kerana dibimbangi jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Bagaimanapun, individu yang lambat menggantikan puasanya hingga tiba bulan Ramadhan pada tahun berikutnya juga akan dikenakan bayaran fidyah dan wajib menggantikan qada’ puasa yang ditinggalkannya.

Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun yang ditinggalkan. Manakala, bilangan hari ganti puasa adalah kekal.

Cara Membayar Fidyah Secara Online (Cara Kira & Bayar)

NegeriKalkulator Pengiraan Bayaran Online
Kedahhttp://fidyahkedah.gov.my/kalkulator-fidyah.php
Perlishttps://www.maips.gov.my/index.php?lang=ms
Pulau Pinanghttps://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
Perakhttps://fidyah.maiamp.gov.my/
Selangorhttps://fpx.zakatselangor.com.my/
Wilayah Persekutuanhttps://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
Negeri Sembilanhttps://mains.gov.my/v2/web/fidyah.php
Melakahttps://fidyah.maim.gov.my/
Johor
Pahanghttps://zakatpahang.my/fidyah/
Terengganu
Kelantanhttps://zakat.e-maik.my/v8/kalkulator/kira_fidyah.php
Sabahhttps://baitulmal.sabah.gov.my/service.php
Sarawakhttps://www.tbs.org.my/calc-fidyah/

Cara Kiraan Fidyah Puasa

Formula pengiraan fidyah adalah seperti berikut:

Hari yang ditinggalkan×Tahun semasaTahun puasa yang ditinggalkan×1 Cupak=FIDYAH

Di bawah ini terdapat contoh pengiraan fidyah berdasarkan beberapa situasi:

Contoh 1

Aliah meninggalkan puasa selama 7 hari pada tahun 2017 dan masih belum menggantikan puasa tersebut sehinggalah masuknya Ramadhan tahun 2022.

Kaedah pengiraan:

7 Hari×(20222017)×1 Cupak=35 Cupak

Jika Aliah membayar fidyah dalam bentuk wang ringgit, maka jumlah 35 cupak tadi perlu didarabkan dengan ¼ daripada harga zakat fitrah sesebuah negeri (harga semasa untuk secupak beras).

Contohnya jika di Pahang, nilai zakat fitrah adalah RM7, maka kadar fidyah sehari tinggal puasa adalah RM1.75 (¼ dari RM7.00)

JUMLAH HARIJUMLAH TAHUNHARGA SECUPAK BERASJUMLAH
7 hari×2022 – 2017
(5 tahun)
×RM 1.75
(1/4 harga zakat fitrah)
=RM61.25

Selain daripada membayar fidyah, Aliyah juga diwajibkan untuk mengganti 7 hari puasa yang pernah ditinggalkannya dahulu.

Contoh 2: Jumlah Hari Berbeza Setiap Tahun

Hafiz meninggalkan puasa Ramadhan 3 tahun berturut-turut tanpa diqada’ (ganti) puasa yang ditinggalkan sehingga Ramadhan tahun 2022 seperti berikut:

  • Tahun 2019 tinggal puasa 3 hari
  • Tahun 2020 tinggal puasa 5 hari
  • Tahun 2021 tinggal puasa 4 hari

Bagaimana kaedah pengiraan fidyah Hafiz?

Langkah 1

Kira jumlah tahun puasa yang ditinggalkan oleh Ali, iaitu jumlah dia telah melangkaui Ramadhan berikutnya.

Oleh itu, jumlah tahun ditinggalkan puasa

  1. Dari tahun 2019 hingga masuk Ramadhan tahun 2022 ialah 3 tahun
  2. Dari tahun 2020 hingga masuk Ramadhan tahun 2022 ialah 2 tahun
  3. Dari tahun 2021 hingga masuk Ramadhan tahun 2022 ialah 1 tahun

Langkah 2

Darabkan setiap jumlah tahun tinggal puasa dengan jumlah hari tinggal puasa kemudian didarabkan dengan ¼ nilai zakat fitrah semasa (nilai satu cupak beras).

JUMLAH HARIJUMLAH TAHUNHARGA SECUPAK BERASJUMLAH
3 Hari×2022 – 2019
(3 tahun)
×RM 1.75
( ¼ harga zakat fitrah)
RM 15.75
5 Hari×2022 – 2020
(2 tahun)
×RM 1.75
( ¼ harga zakat fitrah)
RM 17.5
4 Hari×2022 – 2021
(1 tahun)
×RM 1.75
( ¼ harga zakat fitrah)
RM 7.00
RM 40.25

Hafiz juga diwajibkan untuk mengqadakan puasa 12 hari yang ditinggalkan selain daripada membayar fidyahnya.

Contoh 3: Fidyah Untuk Puasa Yang Telah Diganti Sebahagian Daripadanya

Akmal meninggalkan puasa sebanyak 5 hari pada tahun 2015, 6 hari pada tahun 2016 dan 7 hari pada tahun 2017.

Akmal telah menggantikan 5 hari puasa sebelum tibanya Ramadhan tahun 2018.

Akmal dapat berpuasa penuh pada tahun 2018 dan 2019 tetapi dia tidak menggantikan baki puasa yang ditinggalkan pada tahun-tahun sebelumnya.

Persoalannya, berapakah baki puasa yang perlu digganti dan berapakah pula jumlah fidyah yang perlu dibayar oleh Akmal jika telah melepasi Ramadhan 2020?

Kaedah pengiraan:

  1. Kadar fidyah untuk tahun 2015 tidak akan berganda selepas tahun 2018 kerana Akmal sudah pun menggantikan puasa 5 hari tersebut sebelum Ramadhan 2018.
  2. Apabila puasa telah diqada, makan gandaan bilangan cupak / fidyah akan terhenti.
  3. Oleh itu, kadar fidyah puasa tahun 2015 dikira dari tahun 2015 hingga tahun 2017 sahaja.
  4. Kadar fidyah untuk puasa 2016 & 2017 tetap berganda sehingga 2020 kerana Akmal belum menggantikan puasa bagi tahun-tahun tersebut.
TAHUNJUMLAH HARIJUMLAH TAHUNHARGA SECUPAK BERASJUMLAH
20155 Hari×2 Tahun
(2017 – 2015)
*Dikira sehingga tahun 2017 sahaja kerana Akmal telah mengganti puasa untuk tahun tersebut*
×RM 1.75=RM 17.50
20166 Hari×4 Tahun
(2020 – 2016)
×RM 1.75=RM 42.00
20177 Hari×3 Tahun
(2020 – 2017)
×RM 1.75=RM 36.75
RM 96.25
  • Akmal wajib membayar fidyah sebanyak RM 96.25 kepada fakir miskin.
  • Akmal juga wajib untuk ganti sebanyak 13 hari sebelum tiba Ramadhan tahun 2020.

Contoh 4: Fidyah Untuk Orang Sakit & Tiada Harapan Sembuh

Nekjah meninggalkan puasa selama 5 tahun oleh sebab penyakit yang dihadapinya dan doktor mengesahkan bahawa penyakit itu tidak boleh diubati.

JUMLAH HARIJUMLAH TAHUNHARGA SECUPAK BERASJUMLAH
30 Hari ×5 Tahun×RM 1.75=RM 262.5

Contoh 6: Fidyah Untuk Waris Yang Telah Meninggal

Pak Hamid meninggalkan puasa bermula dari tahun 2001 kerana sakit yang tidak boleh sembuh kata doktor.

Kemudian Pak Hamid telah disahkan meinggal dunia selepas Ramadhan pada tahun 2005.

Bagaimanakah kaedah pengiraan fidyah bagi Pak Hamid jika warisnya ingin membayar fidyah si mati selepas Ramadhan 2010.

Kaedah Pengiraan

Tahun tinggal puasa hanya akan diambil bermula dari Pak Hamid meninggalkan puasa sehingga meninggal dunia sahaja.

Oleh itu, ia akan dikira dari Ramadhan tahun 2001 sehingga Ramadhan 2005 sahaja.

Maka, jumlah tahun puasa yang ditinggalkan adalah 4 tahun (2005 – 2001)

JUMLAH HARIJUMLAH TAHUNHARGA SECUPAK BERASJUMLAH
30 Hari×4 Tahun×RM 1.75=RM 210.00

*Jumlah fidyah yang perlu dibayar untuk Allahyarham Pak Hamid adalah sebanyak RM 210.00 sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *