Cara Semak Saman Trafik Secara Online (TERBARU 2023)

  • 3 min read
  • May 12, 2023
semak saman bg

Jika anda memiliki saman trafik tertunggak samada JPJ, PDRM atau DBKL anda sudah tidak perlu bersusah payah untuk ke kaunter kerana anda hanya boleh semak trafik secara online sahaja.

Jangan tunggak bayaran saman trafik terlalu lama kerana ia akan menyebabkan anda dikenakan penalti yang lebih mahal dari semasa ke semasa.

Pada zaman teknologi ini, anda tidak perlu ke kaunter dan menunggu giliran yang panjang untuk membayar saman trafik kerana anda hanya perlu menggunakan telefon pintar untuk membayar saman trafik tersebut secara atas talian.

Tanpa membuang masa, di bawah ini terdapat pelbagai jenis cara bayaran saman trafik yang anda boleh gunakan.

Semakan Saman Trafik Secara Online

Saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

  • Saman yang dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  • Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

Dimana Saman JPJ Boleh Dibayar?

Saman JPJ boleh dibayar di lokasi berikut:

  • Mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ
  • Melalui perkhidmatan MySikap

Cara Pembayaran Saman Trafik JPJ

  1. Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen.
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  5. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos/Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan eService.

p/s: Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun. Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.

Kesalahan Lalu Lintas Yang Sering Dilakukan

Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu jalan raya:

  1. Memandu melebihi had laju di lebuh raya – perangkap laju seperti Sistem Punguatkuasaan Automatik (AES)
  2. Memakirkan kereta (parking di luar kotak tempat letak kereta yang ditetapkan, di kaki lima dan lorong kecemasan)
  3. Membuat pusingan U haram, memotong barisan di garisan berkembar

Cara Semak Saman Trafik Secara Online

Portal JPJ

mysikap 1

Anda boleh menyemak samada anda mempunyai sebarang tunggakan saman JPJ. Selain itu, anda juga boleh menyemak saman AES.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  1. Layari laman web JPJ dan klik “Semak saman JPJ”
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan anda
  3. Butiran saman anda akan dipaparkan

MyBayar Saman

saman trafik

Portal MyBayar Saman merupakan satu inisiatif oleh PDRM untuk mempelbagaikan saluran pembayaran saman secara atas talian bagi kemudahan orang awam.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  1. Layari lama web MyBayar Saman dan daftar akaun anda
  2. Isikan butiran (nombor kad pengenalan, nama penuh, alamat, dll) untuk tujuan pendaftaran
  3. Selepas pendaftaran, log masuk ke MyBayar Saman menggunakan ID pengguuna anda
  4. Anda akan menerima butiran saman anda yang belum diselesaikan

RILEK

RILEK

Anda boleh menyemak saman PDRM, JPJ dan DBKL menggunakan satu lagi laman web kerajaan iaitu RILEK.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  1. Layari laman web RILEK untuk mendaftar sebagai pengguna baru
  2. Selepas pendaftaran, log masuk ke laman web menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
  3. Klik “Carian” dan pilih semakan saman
  4. Isikan butiran yang diperlukan
  5. Saman anda yang belum selesai akan dipaparkan

SSO PDRM

SSO

Anda boleh menyemak dan membayar saman PDRM secara atas talian menggunakan sistem yang ditubuhkan PDRM iaitu SSO PDRM

Langkah-langkah untuk menyemak:

  1. Layari laman web SSO untuk mendaftar akaun baru
  2. Isikan butiran seperti nombor MyKad, nama penuh, alamat dan lain-lain
  3. Selepas pendaftaran, log masuk ke SSO PDRM menggunakan pengguna ID anda
  4. Klik “Carian” pada menu dan pilih “Status Saman”
  5. Butiran saman tertunggak anda akan dipaparkan

MyEG Services

Anda boleh menyemak saman JPJ dan AES di laman web/portal rasmi MyEG Services

Langkah-langkah untuk menyemak:

  1. Layari laman web MyEG Services untuk mendaftar akaun baru
  2. Login menggunakan nama dan kata laluan anda
  3. Klik pada e-Services pada menu dan sila pilih JPJ. Bagi saman untuk AES pilih JPJ
  4. Pilih pada pautan yang berkenaan bagi menyemak dan seterusnya membayar saman kenderaan anda

Semak saman melalui SMS

photo 2023 05 11 15 34 30

Anda juga boleh menyemak saman JPJ atau polis melalui perkhidmatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Walau bagaimanapun, setiap SMS yang dihantar akan dikenakan bayaran sebanyak 15 sen.

Langkah-langkah untuk menyemak:

  • Saman JPJ
    • Taip JPJ <jarak> SAMAN <jarak> nombor MyKad atau nombor pendaftaran kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728.
  • Saman PDRM
    • Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> nombor MyKad atau nombor pendaftaran kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!