Fantasi Lelaki: Antara Kerjaya Dan Wanita

  • 3 min read
  • Feb 05, 2019
antara kerjaya dan wanita 1 Small

Adakah lelaki menganggap diantara memilih kerjaya dan wanita itu fantasi lelaki atau realiti kehidupannya?

Pernahkah anda bertanya diri anda soalan ini, yang mana satu lebih perlu diutamakan antara kerjaya dan wanita? Hakikatnya, sangatlah sukar untuk memilih antara keduanya bukan?

Namun begitu, disini ingin dikongsikan beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat pilihan.

Apabila diperlukan memilih antara keduanya, ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk diputuskan. Anda mempunyai sisi romantik anda yang sangat menginginkan cinta.

Dalam masa yang sama anda juga memerlukan kerjaya yang kukuh untuk sebagai bekalan hari tua anda. Namun, sedarkah anda, jika anda memilih wanita, anda akan punya seseorang untuk sentiasa menyokong anda dan ini sekaligus akan menjadikan anda lebih bermotivasi untuk mengukuhkan kerjaya anda.

Namun, secara jujurnya, jika masih perlu membuat pilihan, anda masih sukar untuk memilih.

Melainkan jika pilihan yang anda buat itu benar-benar menguntungkan anda seperti jika anda memilih kerjaya, ia mampu menjamin hidup senang buat anda ataupun jika anda memilih wanita, wanita yang anda pilih itu merupakan seorang bidadari dunia.

Sudah tentu mudah buat anda untuk memilih. Walaubagaimanapun, diakhirnya, anda akan tetap kecewa kerana memilih satu dan meninggalkan yang satu lagi.

Jika anda masih perlu memilih lagi antara keduanya, disini dikongsikan beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan:

 Cinta Sejati Sukar Dicari

antara kerjaya dan wanita 2

Cinta itu sangat unik dan istimewa. Dan itulah yang membuatkannya sangat luarbiasa.

Benar bahawa untuk jatuh cinta adalah sangat mudah. Namun, untuk kekal mencintai dan dicintai adalah satu perkara yang rumit. Ia memerlukan teman sejiwa yang benar-benar memahami dan mempercayai antara satu sama lain.

Adakah anda mempunyai hubungan istimewa yang sering membuatkana anda berasa bahawa anda adalah orang paling gembira dan bertuah didunia ini?


Kerjaya Yang Baik Menjamin Kehidupan Yang Baik

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerjaya yang baik akan menjamin kehidupan yang baik buat anda. Namun, ramai jutawan diluar sana yang memiliki kemewahan dan kesenangan hidup, namun tidak pernah mengecap nikmat bahagia.


Cinta Sejati Mampu Menghadapi Apa Sahaja

Penyataan ini sangat benar. Jika masing-masing saling mempercayai dan saling menyayangi, anda tidak perlu risau sekiranya anda berjauhan untuk suatu tempoh tertentu ataupun kurang meluangkan masa bersama-sama.

Berbanding berada didalam dilema untuk memilih diantara wanita dan kerjaya, adalah lebih baik sekiranya fikirkan cara untuk memastikan keduanya bergerak seiringan.

Mampukah kenaikan pangkat memuaskan anda? Adakah anda mampu berbahagia dengan apa yang anda miliki? Kita pastinya mahukan lebih dari itu.


Jika Anda Memilih Wanita

antara kerjaya dan wanita 3

Jika anda memilih untuk mengabaikan kerjaya dan menumpukan pada cinta, ada beberapa perkara penting yang perlu anda tanyakan pada diri anda.

Mampukah anda memaafkan diri sendiri kerana melepaskan peluang kerjaya yang hebat?

Yang mampu menjamin kesenangan hidup anda? Kebnyakan mereka yang memilih cinta berbanding kerjaya berakhir dengan pergaduhan kerana berdepan dengan pelbagai masalah seperti kewangan.

Adakah anda akan berasa semakin bosan? Kebosanan dalam sesebuah perhubungan mampu membawa kepada perpisahan.

Apabila anda mulai menyesal dan memikirkan kesilapan anda kerana memilih cinta berbanding kerjaya, perasaan tersebut akan bertukar menjadi benci terhadap pasangan anda.

Jika Anda Memilih Kerjaya

Adakah peluang kerjaya hanya sekali dalam seumur hidup? Anda mungkin memutuskan hubungan anda dan mampu untuk memiliki kerjaya yang baik.

Namun, harus diingat bahawa suatu hari nanti anda akan merasa menyesal kerana telah menolak cinta yang mana tidak semua orang dapat memiliki cinta sejati mereka.


 Memilih Kerjaya dan Wanita

Anda tidak semestinya harus memilih salah satu diantaranya. Jika masing-masing saling mencintai, anda masih boleh memikirkan cara untuk menguatkan ikatan cinta dan membantu satu sama lain untuk maju dalam kerjaya.

Mungkin yang akan menjadi masalah sekiranya anda baru sahaja memulakan perhubungan. Jika kurang masa yang diluangkan bersama, ia akan membuatkan anda banyak menghadapi ujian pada permulaannya.

Hanya pada saat inilah anda harus menyoal dan memerhatikan samada cinta tersebut mampu untuk berkembang menjadi cinta sejati anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *