Hati Ayam: Kebaikan Dan Keburukan Makan Hati Ayam

  • 2 min read
  • Oct 06, 2022
hati ayam

Hati ayam merupakan organ dalaman ayam yang tinggi dengan nutrisi. Banyak negara yang mengiktiraf sebagai makanan istimewa.

Ada juga negara seperti China, Korea dan Jepun yang menganggap bahawa makanan ini dapat membantu mengatasi masalah paru-paru.

Namun, jika makan secara berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan yang buruk untuk tubuh badan.

Perkongsian Dr Fatimah dalam artikel yang ditulis berkaitan dengan hati ayam ini banyak memberi ilmu baru yang kita tidak tahu.

Ikuti penjelasan lebih lanjut oleh seorang ahli kimia, Dr Fatimah berkaitan dengan hal yang dibincangkan.

Pros Dan Cons Makan Hati Ayam

Dah lama hati ayam bersimpan dalam peti sejuk beku kami. Memandangkan esok sudah mahu puasa, saya bersihkan dan masak rendang hati ayam.

Tahukah kawan-kawan yang hati merupakan organ yang paling tinggi jumlah nutrisi? Ya.

Organ hati kaya dengan nutrisi penting seperti zat besi (heme), kuprum, asid folik, riboflavin, protein, vitamin B12, selenium and vitamin A.

Setiap 100 g organ hati ayam mengandungi sekitar 9 mg zat besi yang mana boleh menampung separuh daripada keperluan zat besi harian.

Zat besi sangat penting untuk membina sel darah merah yang penting dalam mengekalkan kandungan oksigen badan.

Namun organ hati ayam juga sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan zat kuprum, melebihi keperluan harian (recommended dietary intake- RDI).

Vitamin A merupakan salah satu vitamin yang larut lemak. Apabila diambil secara berlebihan, ianya akan disimpan dalam badan.

Pengumpulan vitamin A yang banyak dalam badan boleh menyebabkan ketoksikan. Antara gejala ketoksikan vitamin A adalah:

  • Gangguan penglihatan
gangguan penglihatan
  • Sakit pada bahagian tulang
sakit tulang
  • Loya dan muntah
loya

Kandungan zat kuprum yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketoksikan. Antara kesan berlebihan kuprum adalah:

stress
gangguan saraf
Alzheimer

Hati juga tinggi kandungan purines iaitu bahan kimia yang bakal ditukarkan kepada asid urik. Bagi mereka yang mengalami masalah gout, pengumpulan asik urik pada sendi boleh memburukan lagi keadaan sedia ada.

Oleh yang demikian, organ hati boleh dimakan dan boleh menjadi salah satu sumber nutrisi yang bagus. Cuma usah berlebihan kerana ianya berpotensi membawa mudarat. Untuk individu normal, hadkan pengambilan seminggu sekali atau dua kali sahaja. Apa yang penting ialah ambil tahu tahap kesihatan dan timbang tara antara manfaat dan mudarat setiap makanan kepada kesihatan badan.

Nota kaki:

• Organ hati dari jenis haiwan yang berlainan (ayam, lembu, kambing) mengandungi jumlah nutrisi yang berbeza.

• Organ hati berfungsi untuk memproses toksin kepada komponen yang lebih selamat atau lebih mudah dikeluarkan dari sistem badan. Namun, ianya tidak menyimpan toksin.Semoga bermanfaat dan Selamat berpuasa Ramadan kepada yang beragama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *