Human Resource Management Information System (HRMIS)
HRMIS adalah sebuah sistem yang telah dibangunkan bagi tujuan memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia untuk semua agensi kerajaan di Malaysia.
Secara keseluruhan, HRMIS adalah:
- Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga tamat perlantikan.
- Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang dalam perkhidmatan akan dimasuk dan disimpan secara digital dalam sistem ini.
- Bagi mempercepatkan proses HR.
Fungsi Yang Ada Dalam HRMIS 2.0
- Formulasi dan Penilaian Strategi
- Perolehan Sumber Manusia
- Pembangunan
- Pengurusan Kerjaya
- Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
- Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
- Penilaian Kompentensi
- Pengurusan Prestasi
- Perkhidmatan Maklumat
- Data Penjawatan
- Pengurusan Rekod Peribadi
- Penamatan Perkhidmatan
Walaupun terdapat pelbagai fungsi di dalam HRMIS ini namun kita mungkin hanya menggunakan beberapa fungsi sahaja antaranya ialah Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran (Pengurusan Cuti).
Sekiranya anda baru sahaja masuk ke dalam sektor kerajaan, anda hendaklah mengemaskini maklumat peribadi anda iaitu dengan masuk ke Fungsi Pengurusan Rekod Peribadi.
Di dalam aplikasi ini anda perlu mengemaskini sendiri kerana maklumat yang diperlukan adalah dari anda sendiri, antara maklumat yang diperlukan ialah:
- Data Peribadi
- Pendidikan
- Keluarga
- Bahasa
- Lesen
- Sejarah Perkhidmatan
- Pengalaman Kerja
- Sejarah Perubatan
- Anugerah
- Profil Perkhidmatan
Cara Login HRMIS 2.0

- Pergi ke laman web Human Resource Management Information System
- Masukkan ID pengguna
- Masukkan kata laluan pengguna
- Tekan “Hantar”
- Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil
- Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan
- Log keluar setelah selesai
p/s : Pengguna boleh klik pada Lupa Kata Laluan untuk set semula kata laluan lama yang pengguna lupa.
Cara Mohon Cuti Secara atas Talian HRMIS:
Langkah 1
Login ke HRMIS dengan memasukkan ID pengguna dan Kata Laluan.
Langkah 2
Pergi ke Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, di bawahnya terdapat Pengurusan Cuti dan anda boleh klik di situ.
Langkah 3
Pergi ke Fungsi – Permohonan Cuti – Pemohon Cuti
Langkah 4
Pilih Jenis Cuti: Contohnya Cuti Kerana Perkhidmatan – pilih Kategori Cuti samada Cuti Sakit, Cuti Kuarantin, Cuti Rehat Khas (CRK), Cuti Tanpa Gaji dan sebagainya.
Langkah 5
Isi maklumat berkenaan cuti seperti tarikh, alamat dan alasan / sebab mohon cuti.
Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Dalam HRMIS 2.0
- Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG
- Saiz fail : Tidak melebihi 204..8kb
- Latar belakang gambar mestilah berwarna putih atau biru
- Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan
- Penampilan pegawai:
- Pegawai Lelaki
- Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)
- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian
- Pegawai Wanita
- Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata
- Berpakaian seragam (uniform)
- Pegawai Lelaki