Iodin merupakan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam jumlah yang sedikit namun kehadirannya dalam badan amat penting.
Iodin kebanyakan ada dalam kandungan garam yang dimakan. Namun iodin dalam garam boleh mendatangkan penyakit jika ambil secara berlebihan.
Kekurangan iodin dalam boleh memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan manusia. Tambahan pula iodin sendiri tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
Pakar Kimia Ini Menjawab Persoalan Berkaitan Iodin Dalam Garam Yang Boleh Membahayakan Kesihatan! Ikuti Pencerahan Di Bawah

IODIN DALAM GARAM
Iodin merupakan nutrien penting yang diperlukan untuk pembentukkan hormon tiroid yang berfungsi mengawal aturan suhu badan, kadar metabolik asas, pembiakan dan pertumbuhan otak serta badan.
Jumlah pengambilan iodin yang disarankan oleh FDA adalah 0.15 mg sehari.
Kekurangan iodin di dalam diet dikenali sebagai Iodine Deficiency Disorders (IDD) yang mana akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Kesan kekurangan iodin yang berpanjangan:
- Muka Sembab


Ianya boleh menyebabkan kerosakkan intelektual hingga terencat akal yang teruk di kalangan kanak-kanak dan hipotiroidisme (di mana pengeluaran hormon tiroid di bawah paras normal) pada golongan dewasa.
Iodin boleh diperolehi melalui pemakanan harian seperti kebanyakkan makanan laut seperti ikan, udang dan rumpai laut, produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju serta telur.

Iodin juga ditambah ke dalam garam komersial biasanya ianya berbentuk bahan kimia potassium iodate, potassium iodide, sodium iodate, atau sodium iodide.
Jumlah yang ditambah adalah bergantung kepada pengeluar (5-25 mg/ kg garam).
Bagi mengurangkan kadar kemeruapan iodin dan pengumpalan serta retakan pada struktur garam, ianya juga ditambah dengan bahan kimia dextrose dan sodium silicoaluminate.
Garam dijadikan sebagai bahan yang sangat berkesan untuk menyampaikan iodin kepada umum kerana ianya tidak mudah rosak dan merupakan keperluan asas dalam memberikan rasa kepada makanan.
Pun begitu, keberadaan iodin yang ditambah dalam garam ini adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah:
• Jumlah iodin yang ditambah semasa proses pengiodinan
• Ketidakseragaman taburan iodin dalam garam di antara batch dan setiap paket bungkusan.
• Kehilangan/ degradasi iodin disebabkan oleh bahan asing seperti magnesium klorida, pembungkusan dan faktor persekitaran semasa pengendalian dan penghantaran.
• Kehilangan iodin dalam garam boleh berlaku semasa penyimpanan paket yang telah dibuka disebabkan suhu persekitaran dan kelembapan yang tinggi melalui proses pengoksidaan dan pemejalwapan (sublimation).
• Jumlah iodin daripada garam juga akan berkurangan dalam proses memasak makanan.
Kadar kehilangan iodin dalam proses memasak adalah bergantung kepada kaedah memasak dan durasi garam dimasukkan dalam masakan.
Semakin lama dan tinggi tekanan masakan yang digaram dimasak, semakin banyak iodin termusnah.
Dapatan kajian menunjukkan kaedah memasak menumis seketika (1 minit 15 saat) adalah paling kurang jumlah kehilangan iodinnya (6.58%), manakala memasak dengan periuk tekanan tinggi selama 26 minit memusnahkan lebih daripada separuh kandungan iodin garam (51.08%).
Untuk durasi masakan dengan kaedah memasak merebus, memanggang, menggoreng, dan penggunaan ketuhar gelombang mikro adalah masing-masing 40.24%, 10.57%, 10.40% dan 27.13%.
Kesimpulannya, bagi mereka yang ingin mendapatkan khasiat iodin secara optimun daripada garam yang diiodin, perlulah memasukkan garam dalam masakan di akhir proses memasak.
Garam juga perlu disimpan dalam bekas yang kedap udara untuk mengurangkan pengoksidaan iodin.
Nota: Selain daripada iodin, di sesetengah negara, garam juga boleh ditambah dengan zat lain seperti asid folik, zat besi, florida dan diethylcarbamazine untuk menghalang penyakit yang berkaitan.