
Berikut adalah Jadual Gaji Penjawat Awam bulanan bagi tahun 2022 untuk rujukan serta semakan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri di Malaysia.
Hari untuk menerima gaji adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua pekerja terutama bagi kakitangan awam atau kerajaan.
Pembayaran gaji kepada pekerja adalah mengikut pangkat, jawatan serta kelayakan seseorang. Ianya dibayar dalam bayaran harian dan jam.
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022 yang disertakan ini adalah rasmi diterbitkan menerusi Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Selain gaji, bonus dan OT (over time) atau kerja lebih masa juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu oleh pekerja. Kini penjawat awam boleh mendapatkan e-Penyata gaji di Gaji Penjawat Awam.
Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
Januari | 25.1.2022 | Selasa | – |
Februari | 25.2.2022 | Jumaat | Tahun Baru Cina – 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu) |
Mac | 25.3.2022 | Jumaat | – |
April | 25.4.2022 | Isnin | – |
Mei | 25.5.2022 | Rabu | Hari Raya Puasa – 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu) Hari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa) |
Jun | 24.6.2022 | Jumaat | Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis) |
Julai | 25.7.2022 | Isnin | Hari Raya Haji – 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin) |
Ogos | 25.8.2022 | Khamis | – |
September | 23.9.2022 | Jumaat | – |
Oktober | 18.10.2022 | Selasa | Hari Deepavali – 24 Oktober 2022 (Isnin) |
November | 25.11.2022 | Jumaat | – |
Disember | 19.12.2022 | Isnin | Hari Krismas – 25 Disember 2022 (Ahad) |
Jadual Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2022
BULAN | TARIKH | HARI | CATATAN |
Januari | 20.01.2022 | Khamis | – |
Februari | 22.02.2022 | Selasa | Tahun Baru Cina 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu) |
Mac | 22.03.2022 | Selasa | – |
April | 21.04.2022 | Khamis | – |
Mei | 23.05.2022 | Isnin | Hari Raya Puasa 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu) Hari Pesta Keamatan 30 & 31 2022 (Isnin & Selasa) |
Jun | 21.06.2022 | Selasa | Hari Gawai 01 & 02 Jun 2022 (Rabu & Khamis) |
Julai | 21.07.2022 | Khamis | Hari Raya Haji 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin) |
Ogos | 22.08.2022 | Isnin | – |
September | 20.09.2022 | Selasa | – |
Oktober | 13.10.2022 | Khamis | Hari Deepavali 24 Oktober 2022 (Isnin) |
November | 22.11.2022 | Selasa | – |
Disember | 15.12.2022 | Khamis | Hari Krismas 25 Disember 2022 (Ahad) |
PERATURAN PEMBAYARAN GAJI
Fungsi Pusat Tanggungjawab (PTJ)
- Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
- Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yan diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.
- Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu. Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
- butiran peribadi
- nombor akuan bank
- nombor rujukan:
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Cukai Pendapatan
- Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya
- Memastikan semua pembayaran gaji penjawat awam yang berjawatan tetap dibayar melalui Sistem Gaji Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran gaji melalui baucar bayaran berasingan bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian/Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.
Fungsi Pejabat Perakaunan
- Bayaran hendaklah diproses bermula 1 haribulan atau pada hari bekerja pertama bulan berikutnya.
- Tarikh pembayaran gaji adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.
Semoga perkongsian Jadual Gaji Penjawat Awam 2022 iaitu tarikh pembayaran ini dapat membantu serta memudahkan Penjawat Awam dalam merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelajaan individu termasuk percutian, persekolahan/peperiksaan anak dan aktiviti keluarga yang lain.