Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & JPA

  • 2 min read
  • Jan 10, 2021
Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & JPA

Kementerian Kesihatan adalah salah satu kementerian yang diwujudkan di bawah kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia.

Kementerian ini diterajui oleh Menteri Kesihatan yang terkini ialah Dato’ Sri Dr. Adham Baba bermula 10 Mac 2020 sehingga sekarang. Manakala Ketua Pengarah Kesihatan pula ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah bermula 2013 sehingga sekarang.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia kini membuka permohonan jawatan kosong bagi Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SEMENANJUNG)

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut:

  • Keterampilan yang baik;
  • Semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan;
  • Bakat kepimpinan;
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan.

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan/mengemaskini permohonan secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my.

Kekosongan : 196
Simpanan : 2000

Tarikh tutup permohonan:
24 januari 2021
Ahad
11.59 malam

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

JADUAL GAJI

Gaji Minimum: RM1,352.00
Gaji Maksimum: RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

(b) Mempunyai kelayakan di perkara 2(d) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan

(c) Had umur pelantikan:
(i) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) Berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Rujukan:
1. Log Masuk Portal SPA9
2. Laman Iklan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
3. Iklan Jawatan (PDF)

Penafian: Artikel ini hanya menyiarkan kembali maklumat dan informasi berkaitan daripada portal asal. Pihak kami juga membantu untuk menyebarkannya bagi memudahkan orang awam untuk mendapat informasi terkini lagi tepat. Sila rujuk kepada portal berkaitan di pautan yang telah dinyatakan bagi membuat sebarang permohonan, semakan dan lain-lain.

Admin lelaki.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!