Jenis Minyak Zaitun Dan Kegunaannya

  • 3 min read
  • Nov 14, 2022
Jenis jenis Dan Kegunaan Minyak Zaitun 1
minyak zaitun

Minyak zaitun merupakan minyak yang termahal di dunia. Ia digunakan untuk tujuan memasak atau lebih kerap digunakan sebagai salad dressing.

Kenapa ia merupakan minyak yang tersenarai paling mahal di dunia? Salah satunya adalah kerana ia terbuat dari lemak buah zaitun yang diperah.

Umum mengetahui bahawa harga sesuatu jenama itu mahal oleh sebab pihak pengeluar mengambil kira cara pemprosesan minyak zaitun, kaedah estrak dan kos pengimportan.

Dr Fatimah iaitu seorang ahli kimia ada berkongsi tentang khasiat dari penggunaan minyak terbaik di dunia ini. Baca selanjutnya di bawah ini

Kegunaan Jenis-jenis Minyak Zaitun

Kajian demi kajian menunjukkan minyak zaitun adalah makanan superfood yang boleh memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan umum badan.

Ini kerana minyak zaitun kaya dengan pelbagai bahan kimia semulajadi seperti dari kumpulan asid lemak mono tidak tepu (MUFA) yang mana kebanyakkannya adalah asid oleic, asid lemak poli tidak tepu (PUFA) contoh omega-3 dan omega-6, vitamin (A, D, E, K) dan antioksida (terutamanya polifenol).

Ada yang bertanya mengenai kegunaan jenis-jenis minyak zaitun yang berada di pasaran. Umumnya terdapat 4 jenis minyak zaitun iaitu extra virgin olive oil, virgin olive oil, refined oil / pomace oil, dan pure oil.

Setiap jenis minyak zaitun ini tidak sama dari segi kualiti, khasiat dan maanfaat kegunaannya. Setiapnya berbeza dari segi kualiti buah, pemprosesan minyak, dan standard kandungan asid (asid oleic sebagai bahan aktif).

Dan selebihnya adalah bergantung kepada reputasi jenama. Ketiga ciri ini akan menentukan kualiti, sifat, keaslian dan kegunaan minyak zaitun itu.

Disebabkan harga minyak zaitun yang mahal, maka elok rasanya kita ambil tahu jenis-jenis minyak zaitun ini agar pelaburan membeli tidak menjadi sia-sia.

Di sini saya kongsikan sedikit maklumat yang mungkin membantu anda membuat pilihan yang bijak.

Extra Virgin Olive Oil

minyak zaitun

– Diekstrak tanpa penggunaan haba dan tanpa proses kimia tambahan (cold-pressed). Ianya merupakan minyak zaitun asli yang paling berkualiti.

– Warnanya hijau keemasan, lebih beraroma dan padat dengan rasa buah zaitun.

– Kandungan asid oliec tidak lebih daripada 0.8% dan berasa sedikit pahit disebabkan bahan kimia semulajadi oleocanthal.

– Tinggi kandungan antioksida, mineral dan vitamin. Dikatakan kandungan manfaat akan diperolehi secara optimum apabila digunakan dalam tempoh 12-18 bulan daripada tarikh ianya dipek.

– Harga paling mahal kerana ianya dianggap minyak paling sihat di dunia.

– Rendah titik asap (smoke point). Maka, elakkan diguna untuk memasak. Sangat sesuai diambil begitu saja, dijadikan salad dressing, tuangkan pada masakan yang telah sejuk atau suam, atau dijadikan sapuan pada roti sebagai bahan perasa.

Virgin Olive Oil

minyak zaitun
minyak zaitun

– Sama seperti extra virgin oil. Cuma secara perbandingan ianya sedikit tinggi kandungan asid oleic (tidak lebih daripada 2%). Ini menjadikan rasa dan aromanya kurang kuat.

– Sedikit tinggi titik asap daripada jenis extra virgin olive oil. Boleh digunakan untuk memasak dengan api sederhana seperti menumis, baking, ditambahkan kepada masakan panas dan juga salad dressing.

– Elakkan penggunaan pada suhu memasak yang tinggi seperti menggoreng.

Refined Olive Oil/ Refined Pomace Olive Oil

minyak zaitun

– Diekstrak daripada hampas perahan virgin olive oil atau buah zaitun yang kurang berkualiti (lampante virgin).

– Minyak zaitun ini diproses dengan menggunakan agent seperti alkali, asid dan haba. Harganya lebih murah kerana rendah kualiti dan gred.

– Kurang nutrisi dibandingkan jenis minyak zaitun yang lain, namun tetap lebih baik jika dibandingkan dengan jenis minyak masak seperti kacang soya dan canola.

– Kandungan asid oliec kurang daripada 0.3 % dan rasa lebih ringan.

– Lagi tinggi titik asap daripada virgin olive oil. Sesuai digunakan untuk memasak dengan api kuat seperti menggoreng.

Pure Olive Oil

minyak zaitun

– Biasanya pada produk akan tertera ‘olive oil’, ‘classic olive oil’ atau ‘regular olive oil’.

– Walaupun namanya ‘pure’ (tulin), namun minyak ini sebenarnya adalah campuran extra virgin (atau virgin) dengan refined dan pomace olive oil. Nisbah gabungan biasanya 50/50, 75/25, 80/20 dan 90/10, bergantung kepada tujuan produk.

– Kaedah mencampurkan ini dilakukan untuk mengubahsuai/ menambahbaik rasa dan kualiti minyak.

– Kandungan asid oleic tidak lebih daripada 1%. Rasa dan aroma adalah bergantung kepada nisbah campuran.

– Minyak zaitun pelbagai guna dan yang paling popular di kalangan chef dan pengilang produk makanan.

Tips: Walaupun umumnya kandungan kimia utama minyak zaitun adalah stabil, namun untuk mengekalkan manfaat (terutama jenis virgin oil), elakkan penyimpanan di kawasan yang terkena cahaya matahari terus dan pastikan penutup ditutup rapat untuk mengelakkan pengoksidaan.

Nota: Semakin murni/tulin kandungan kimia jenis minyak, semakin tinggi titik asapnya. Ini kerana proses pemurnian mengurangkan kandungan asid lemak.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *