Kahwin Muda: Perkara Yang Perlu Diketahui Sebelum Berkahwin & Nasihat Berguna Untuk Anak Muda

  • 3 min read
  • May 30, 2020
Kahwin Muda 2

Kahwin muda atau berumahtangga pada usia yang muda adalah normal pada zaman datuk nenek kita dan mula berhenti beberapa tahun lepas. Namun, pada era globalisasi ini, trend kahwin awal sekitar umur 18-24 tahun ataupun berkahwin ketika masih belajar nampaknya kian menjadi kebiasaan anak-anak muda zaman ini.

Tidak ada salahnya berkahwin pada usia yang awal selagi mana pasangan tersebut mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan isteri atau suami.

Allah SWT pernah berfirman:

“Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Ayat di atas merupakan janji Allah bahawa apabila lelaki dan perempuan itu berkahwin, Allah akan murahkan rezeki mereka. Ya, memang.

Rezeki tidak akan turun dari langit, tetapi Allah akan memberikan rezeki sama ada dari segi harta, anak tanpa kita sedari sekiranya sesuatu pasangan itu berkahwin semata-mata untuk mendapat rahmat dan keredhaan dariNya.

Oleh itu, pasangan muda yang ingin berkahwin tidak perlu terlampau gusar memikirkan kewangan anda selepas kahwin sehinggakan sanggup hidup bergelumang dengan maksiat tanpa menjalinkan ikatan yang sah. Itu adalah lebih dimurkai oleh Allah.

Antara kelebihan berkahwin ialah menenangkan jiwa:

“Allah telah berfirman:“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.

Surah Ar-Rum ,ayat 21

Jika seseorang pemuda telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikannya permaisuri di hati mereka, ajaklah mak ayah berbincang untuk melanjutkan hubungan mereka ke alam perkahwinan.

Adalah lebih baik jika mereka menjalinkan hubungan yang sah daripada sang lelaki berkhayal yang bukan- bukan tentang wanita yang dia minati.

Hati akan lebih tenang apabila sah menjadi suami isteri, dan setiap pandangan juga mendapat pahala daripada Allah SWT.

Yang paling penting, perkahwinan menewaskan musuh kita syaitan daripada terus menghasut kita untuk teringat- ingat akan wanita yang belum sah menjadi milik kita.

Lelaki yang ingin menjadi suami pada usia yang muda perlu ingat, bahawa tanggungjawab anda lebih berat berbanding sang isteri.

Anda pelu memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri, membimbing isteri menjadi manusia yang lebih baik dan pada masa yang sama anda mungkin masih perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran anda.

Oleh itu, lelaki yang ingin menamatkan masa bujang pada usia yang muda dan berhajat untuk kahwin muda harus sentiasa sedar akan tanggungjawab sebagai suami kelak dan lebih mematangkan diri untuk mengemudi nakhoda perkahwinan.

kahwin muda

Suami perlu matang untuk mendidik dan mengawal isteri kerana wanita muda selalunya mempunyai fikiran yang kurang matang dan rasional. Jadi, lelaki harus memainkan peranan untuk membimbing isteri ke jalan yang Dia redhai dengan penuh hikmah dan sabar.

Wahai para pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan”

Sabda Nabi SAW

Kahwin muda dapat menjaga pandangan dan kehormatan. Sekiranya seorang pelajar yang sudah mempunyai pasangan tetapi tidak mampu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat, dan puasa masih tidak mampu menghalang mereka tidak membuat maksiat, maka wajib mereka itu berkahwin.

Buat apa mengusung anak dara orang ke sana ke sini seandainya tiada niat untuk berkahwin? Ia hanya menambah dosa dan merendahkan martabat lelaki dan wanita tersebut.

Berkahwin pada usia yang muda tidak ada salahnya kerana dalam perkahwinan mempunyai banyak barakah malah pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berkahwin.

rahsia lelaki kahwin muda

Perbuatan maksiat seperti zina juga dapat dielakkan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang kian berleluasa di sana sini.

Oleh itu, ibu bapa perlu turut menyokong sekiranya anak anda mahu berkahwin dan anda pasti anak anda layak dan mampu memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri pada usia yang muda.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“..Apabila datang meminang seorang lelaki yang engkau redhai agamanya, akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia, jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas.”

HR Tirmizi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *