Kenali Lebih Lanjut Tentang Tarikh Luput Sesuatu Produk

  • 1 min read
  • Oct 21, 2022
tarikh luput
tarikh luput2

TARIKH LUPUT: GUNA SEBELUM vs BAIK SEBELUM

Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)? 🤔

Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi.

Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja. Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini.

Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.

Guna Sebelum” (Use by) 👇🏻

use by

Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya.

Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

Baik Sebelum (Best Before)👇🏻

best before

Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.

Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.

Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada

  • Perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair)
tarikh luput rupa
  • Perubahan warna (berubah dari yang asal),
tarikh luput warna
  • Perubahan bau (tengit disebabkan oksidasi)
tarikh luput bau
  • Perubahan rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.
tarikh luput rasa

Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:

👉🏻 Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *