Kacang Kuda Penyebab Kentut??

  • 2 min read
  • Oct 05, 2022
kacang kuda

Kacang kuda atau nama saintifiknya Cicer arietinum merupakan sejenis tumbuhan renek yang terawal di tanam oleh manusia senagai makanan.

Kacang kuda merupakan makanan kegemaran ramai rakyar Malaysia lebih-lebih lagi jka direbus. Sambil menonton televisyen pun boleh mengunyah kacang kuda yang direbus atau goreng sehingga menyebabkan kita jadi leka.

Tapi tahukah anda bahawa jika makan terlalu banyak kacang kuda boleh menyebabkan kita banyak kentut? Apa yang ada dalam kacang kuda sehingga ia boleh mengeluarkan gas yang banyak jika dimakan terlalu banyak?

Dr Fatimah, seorang ahli kimia ada menjawab persoalan tersebut dalam akaun Facebook miliknya tentang kenapa makan banyak kacang kuda boleh menyebabkan kentut yang banyak.

Kentut Busuk Apabila Banyak Makan Kacang Kuda

Merujuk kepada ss ahli MaMa di bawah yang bertanya kenapakah memakan kacang kuda biasanya akan kentut banyak.

Tumbuhan kekacang (legumes) seperti kacang kuda ini mengandungi karbohidrat kompleks jenis oligosakarida yang tidak boleh dicerna oleh tubuh manusia kerana kekurangan atau ketiadaan enzim alfa-galactoside.

Dan keberadaan enzim ini adalah bergantung kepada genetik dan peningkatan usia. Maka, usahlah hairan jika dulu kita makan kacang ini kurang kentut dan kini kerap pula kentutnya.

Disebabkan ketiadaan enzim khusus ini, maka tugas pencernaan ini akan diambil alih oleh bakteria yang ada dalam usus besar kita melalui fermentasi.

Semasa proses fermentasi, bakteria akan menghasilkan bahan kimia berbentuk gas seperti gas hidrogen dan metana. Gas ini kemudiannya akan dikeluarkan dari sistem usus besar sebagai kentut.

Selain daripada terhasilnya gas, fermentasi oligosakarida ini juga menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids -SCFA) yang baik untuk kesihatan usus.

Menariknya, sesetengah individu tidak akan kentut disebabkan memiliki kepelbagaian jenis bakteria dalam usus yang boleh saling ‘meneutralkan’ gas yang dihasilkan.

Kenapakah kentut berbunyi?

Kentut berbunyi disebabkan oleh getaran otot dubur semasa gas-gas ini dikeluarkan. Bunyi kentut yang kuat adalah disebabkan oleh isipadu gas yang besar sekaligus menerjah keluar.

Kenapa kentut berbau busuk?

Bau dan jumlah kentut adalah berbeza untuk setiap individu bergantung kepada jenis makanan yang diambil dan tahap kesihatan.

Contoh makanan yang boleh menyebabkan kentut berbau adalah makanan yang tinggi kandungan sulfur seperti telur, kubis, cheese, bebawang, durian dan lain-lain akan menghasilkan gas hydrogen sulfide (bau tembelang).Bau kentut yang busuk juga disebabkan oleh najis yang terkumpul dalam rektum.

  • Telur
  • Kubis
  • Cheese
  • Bawang
  • Durian

Tips memudahkan penghadaman karbohidrat kompleks:

  1. Rendam Kekacang
rendam-kacang

• Rendam secukupnya makanan jenis kekacang ini terlebih dahulu untuk memudahkan proses memasak dan penguraian karbohidrat. Ini akan mengurangkan aktiviti fermentasi oleh bakteria.

2. Kunyah makanan

kunyah

• Kunyah makanan jenis ini lama-lama untuk mengecilkan saiz makanan. Air liur mungkin mengandungi enzim alpha-galactoside yang boleh membantu dalam proses penguraian bahan kimia karbohidrat ini dan mengurangkan fermentasi oleh bakteria dalam usus besar.

3. Kurangkan ambil gula /makanan terproses

makanan-proses

• Kurangkan pegambilan makanan terproses dan gula tersedia (gula putih, sirap tinggi fruktosa). Ini boleh mengurangkan populasi bakteria baik dalam usus.

4. Tingkatkan makanan difermentasi mikro yang baik

yogurt

• Boleh tambahkan makanan difermentasi yang mengandungi mikrob baik (sumber probiotik) seperti yogurt, tempoyak, cencaluk, tapai… untuk mempelbagaikan flora bakteria dalam usus. Perlu diketahui bahawa probiotik ini biasanya akan mati dengan suhu memasak. Maka, eloklah diambil mentah.

5. Senaman yang sesuai

senaman

• Amalkan senaman yang bersesuaian untuk mengaktifkan sel-sel badan termasuklah dalam sistem penghadaman. Bakteria yang baik sukakan badan yang sihat untuk ditumpang (win win situation).

Nota: Sesungguhnya kentut adalah aktiviti yang sihat, namun kentutlah dengan berhemah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!