Kesan Toksin Dalam Makanan Laut Yang Ramai Tidak Tahu

  • 4 min read
  • Nov 17, 2022
lindungi pantai

Makanan laut sememangnya menjadi makanan harian atau lauk yang wajib ada dalam menu harian di rumah.

Toksin dalam makanan laut yang anda makan mungkin akan menjejaskan kesihatan, namun bagi yang penggemar makanan laut pasti tidak boleh untuk tidak makan makanan laut untuk dijadikan lauk.

Adakah betul ia akan menjejaskan kesihatan bagi si pemakan? Ikuti penecrahan daripada Pakar Kimia dari Dr Fatimah tentang kesan toksin dalam makanan laut.

toksin dalam makanan laut
Toksin Dalam Makanan Laut

TOKSIN DALAM MAKANAN LAUT?

Setiap daripada kita pastinya menggemari makanan laut seperti udang, sotong, ketam, siput, kerang… dan yang paling utama ialah IKAN.

Semestinya makanan ini tidak boleh lari dari menjadi sebahagian daripada diet harian kita. Lagilah bagi mereka yang bergantung sepenuhnya dengan makanan dari hasil laut ini.

Apakah kandungan kimia ikan?

Ikan kaya dengan bahan kimia seperti protein, iodine, vitamin (terutamanya vitamin D dan B12), mineral dan yang paling penting asid lemak omega-3 perlu (essential fatty acids) iaitu eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan pelbagai fungsi badan termasuk jantung, mata, sendi, otak dan kulit.

Selain daripada itu, ikan juga mungkin dicemari oleh logam berat (heavy metal). Sebahagian daripada logam berat (dalam kuantiti yang cukup) diperlukan sebagai zat mineral untuk mengekalkan keseimbangan fungsi sel-sel badan.

makanan laut
Toksin Dalam Makanan Laut

Apakah itu logam berat?

Logam berat merupakan mana-mana bahan kimia logam yang mempunyai perbandingan ketumpatan yang tinggi yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur (Periodic Table). Senarai yang biasa dijumpai mencemari air laut dan kehidupannya adalah seperti copper (Cu), iron (Fe), zinc (Zn), molybdenum (Mo), manganese (Mn), cobalt (Co), nickel (Ni), cadmium (Cd), lead (Pb), chromium (Cr), selenium (Se), mercury (Hg), uranium (U), cesium (Cs), silver (Ag), aluminium (Al), strontium (Sr) dan arsenic (As).

Senarai 6 terawal diperlukan dalam kuantiti yang cukup (tidak berlebihan) untuk menjalankan fungsi tubuh kita, manakala yang selebihnya tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada badan.

Bagaimana logam berat ini terkumpul dalam air laut?

Logam berat merupakan komponen semulajadi kerak bumi yang mana disebabkan oleh perubahan suhu (weathering), kakisan (erosion), letusan gunung berapi dan aktiviti perlombongan menyebabkan mereka mengalir keluar ke laut.

Namun penyumbang utama pencemaran logam berat dalam air laut ialah dari aktiviti industri dan pembuangan sisa bahan. Secara keseluruhan, paras logam dalam laut telah meningkat disebabkan aktiviti tersebut.

pencemaran
Toksin Dalam Makanan Laut

Bagaimana logam berat ini boleh berada di dalam ikan?

Logam berat yang telah mencemari air laut ini secara tidak langsung akan masuk ke dalam badan ikan melalui insang atau mulut ketika mereka berenang, bernafas dan makan.

Selain daripada pencemaran logam dalam bentuk asal ini, terdapat juga logam berat yang telah diubah sifat kimianya oleh microorganisma seperti contoh β€˜methylmercury’ yang mana merupakan struktur kimia mercury yang paling bahaya kerana kadar serapannya yang tinggi dalam badan.

Bagaimana logam berat ini memasuki badan kita?

Logam berat yang telah mencemari hidupan laut terutamanya ikan tadi akan memasuki badan melalui diet pemakanan kita.

Bergantung kepada kekerapan pengambilan, sistem penghadaman dan proses pengnyah-toksin badan individu, logam berat ini boleh berkumpul dalam tisu badan.

Kesan pengumpulan jangka panjang logam berat ini boleh menjadi toksin yang akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius terutamanya lead (plumbum), cadmium dan mercury.

sakit
Kesan Toksin Dalam Makanan Laut

πŸ‘‰πŸ» menyebabkan kesakitan pada sendi (join pain)

πŸ‘‰πŸ» gangguan saraf (numb) pada jari bibir, tangan, dan kaki.

πŸ‘‰πŸ» mengganggu tumbesaran otot pada kanak-kanak (lambat berjalan dan bercakap)

πŸ‘‰πŸ» meningkatkan kadar serangan jantung (tekanan darah tinggi)

πŸ‘‰πŸ» gangguan sistem saraf kepada bayi dalam kandungan (birth defect)

πŸ‘‰πŸ» menggangu proses perkembangan otak (intellectual disabilities) anak kecil seperti daya focus, ingatan

πŸ‘‰πŸ» kerosakkan buah pinggang dan hati

πŸ‘‰πŸ» mengubah genetik (genetic mutation) dan meningkatkan risiko kanser

πŸ‘‰πŸ» merosakkan fungsi otak (brain damage)

Bagaimana membandingkan jumlah logam berat dalam ikan?

Secara umumnya, semakin besar saiz dan usia ikan tersebut, semakin banyak kandungan logam berat yang dikumpulnya.

ikan
Toksin Dalam Makanan Laut

Maksudnya lebih lama ianya terdedah kepada pencemaran. Selain daripada itu, faktor lain juga harus di ambil kira seperti

β€’ jenis ikan seperti (β€˜bottom feeder’ lebih tercemar kerana makanan mereka terdiri daripada logam berat yang termendak di dasar laut),

β€’ tempat tangkapan ikan (air yang tinggi kadar pencemaran akan mengandungi jumlah logam berat yang banyak), dan

β€’ tempat tinggal ikan (habitat yang tinggi kandungan logam berat)

Ikan pemangsa (bersaiz besar) yang terletak di bahagian atas rantaian makanan laut biasanya mengandungi lebih banyak logam berat kerana pengumpulan melalui pola pemakanannya.

Proses penyingkiran semulajadi logam berat dalam badan ikan ini lebih lambat jika dibandingkan jumlah yang dikumpul daripada makanannya.

Bagaimana untuk menghalang/ mengurangkan kesan toksik logam berat dari makanan?

Untuk mengurangkan jumlah pengambilan logam berat daripada ikan, kurangkan atau elakkan ikan jenis pemangsa dan bersaiz besar seperti ikan parang , jerung, tenggiri dan tuna.

Untuk mengurangkan jumlah serapan logam berat dalam badan pula, biasakan makan makanan laut dengan sayuran hijau atau buah yang kaya dengan serat tidak larut serta komponen fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan.

sayur
Cara Hindar Toksin Dalam Makanan Laut (makan sayur segar)
buah
Cara Hindar Toksin Dalam Makanan Laut (makan buah segar)

Makanan sebegini boleh membantu badan mengeluarkan logam berat ini secara semulajadi dari badan.

Serat tidak larut boleh bertindak sebagai pemerangkap logam berat dalam sistem penghadaman dan dibuang bersama di dalam najis.

Antioksidan pula boleh bertindak sebagai agent pengepit (chelates) yang mengikat logam berat ini seterusnya membantu untuk mengeluarkannya dari badan secara semulajadi.

Risau makan ikan sebab kandungan logam berat?

Usah begitu. Logam-logam berat ini sememangnya tidak boleh dielakkan sepenuhnya kerana hampir kesemua makanan dan produk harian kita mengandungi logam berat, namun dalam kuantiti yang sangat sesikit.

Apa yang perlu dan boleh kita lalukan adalah dengan melatih diri dan anak-anak untuk biasakan makan sayuran hijau yang mana boleh membantu mengurangkan dan menyeimbangkan kesan toksin logam berat. Nikmatilah hidup dan usah keterlaluan sehingga sentiasa rasa tidak selamat.

Yang penting, ambil tahu tahap kesihatan diri kerana badan kita adalah amanah Allah yang wajib dijaga sebaiknya.

Makan lah apa pun yang halal dan baik, namun bersederhana lah… Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *