Tempat Menarik Di Kota A Famosa Melaka (TERKINI 2022)

  • 2 min read
  • Sep 30, 2022
kota a famosa
kota-a-famosa

Sejarah Kota A Famosa

Salah satu tempat menarik di Melaka yang paling popular adalah Kota A Famosa. Kalau tak pergi ke A Famosa, tak boleh kata melancong ke Melaka lah kan?

Kota A Famosa diambil dari bahasa Portugis iaitu yang bermaksud “Yang Termasyur” dan kota ini telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja mereka dapat menawan Melaka.

Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina tempat ini sehingga ada di antara mereka yang mati disebabkan kerahan tenaga yang melampau tanpa makanan yang mencukupi dan dalam keadaan cuaca yang sangat panas.

Mereka mengambil masa selama 5 bulan untuk menyiapkan pembinaan ini.

Bahan-bahan yang digunakan untuk membina kota tersebut adalah dari runtuhan masjid dan banggunan yang lain.

Kota A Famosa adalah salah satu tempat yang wajib anda pergi supaya anda dapat melihat secara nyata tentang apa yang terdapat di kota ini.

Selain dapat mencuci mata, anda juga dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah Kota A Famosa ini.

Anda juga boleh membaca serba sedikit sejarah yang ada dipaparkan di dalam tempat tersebut.

Bagi sesiapa yang suka travel bersendirian atau bersama kawan-kawan, anda boleh membaca tips dari artikel Travel Backpack: Tips Untuk Travel Yang Ringan untuk memudahkan urusan kalian.

Banggunan Bersejarah Yang Ada Di Kota A Famosa

ISI KANDUNGAN (Klik untuk terus kepada tajuk).

1. Bangunan Gereja Christ

kota a famosa gereja

Gereja Christ merupakan gereja Protestan tertua yang dibina di Malaysia pada tahun 1741 dan siap dibina pada tahun 1752.

Ia dibina bersempena dengan 100 tahun mereka menjajah Melaka dengan menggunakan seni reka bentuk Belanda yang asli.

Gereja ini dibina dengan berukuran 82 kaki panjang x 42 kaki lebar x 40 kaki tinggi. Di dalamnya dilengkapi dengan bangku gereja yang sepenuhnya buatan tangan.

Gereja ini dibina atas desakan orang Kristian pada masa itu kerana mereka kurang senang untuk menggunakan gereja lama yang terletak di atas bukit.

Gereja lama yang berada di atas bukit dahulunya dinamakan sebagai Gereja St Paul yang telah dibina oleh orang Portugis dari mazhab Roman Katolik.

2. Bangunan Stadhuys

kota a famosa banggunan

Banggunan Stadhuys yang dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi merupakan Dewan Bandaran semasa pemerintahan Belanda di Melaka.

Banggunan Stadhuys ini mempunyai 4 tingkat dengan keluasan banggunan 49,200 kaki persegi. Banggunan ini telah dibina sekitar tahun 1650-an setelah diambil alih oleh Belanda dari tangan Portugis.

Banggunan ini pernah menjadi tempat kediaman Gabenor Belanda sehingga awal kurun ke-18. Ia juga telah digunakan oleh pihak British sebagai pusat pentadbirannya pada zaman pemerintahan Inggeris.

LokasiThe Stadhuys, Bandar Hilir, 7500 Melaka
Harga lawatanRM10 (dewasa), RM4 (kanak-kanak)
Pemegang Mykad/Mykid – RM5 (dewasa) , RM2 (kanak-kanak)
Operasi

3. Istana Kesultanan Melaka

kota a famosa muzium

Istana Kesultanan Melaka adalah sebuah replika sahaja dan ia dibina dengan menggambarkan kisah menarik dan unik dengan campuran budaya yang ada di Melaka.

Muzium ini terketak di kaki bukit St.Paul dan ia merupakan satu-satunya Istana Melayu pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dahulu.

Muzium ini dibina menggunakan 80 peratus kayu berkualiti seperti cengal, resak dan kepingan ayu berlian di bahagian atapnya.

LokasiBukit St Paul, Banda Hilir Melaka
Harga lawatanPemegang Mykad/Mykid – RM3 (dewasa) , RM2 (kanak-kanak)
Pelawat asing – RM5 (dewasa) , RM2 (kanak-kanak)
OperasiSetiap hari kecuali hari Jumaat

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *