Kuali Hitam Legam Punca Penyakit Kanser?

  • 2 min read
  • Jun 28, 2022
kuali hitam

Pernah tengok tak kuali atau periuk yang permukaannya berkerak di bahagian dalam?

Ada yang berpendapat bahawa kuali hitam legam ini adalah kuali legend. Namun apa yang dikatakan oleh pakar kimia ini lain pula.

Kuali yang berkerak ini jika dibiarkan tidak bersental akan menyebabkan ia menjadi sukar untuk dicuci pada masa akan datang.

Jika dibiarkan ia berterusan, hal ini akan mendorong kepada penyakit yang merbahaya seperti kanser. Seorang pakar kimia, Dr Fatimah ada membahaskan tentang hal ini di Facebook miliknya.

Bersihkan Kerak Di Permukaan Kuali Hitam Legam! Ini Apa Yang Dikatakan Oleh Pakar Kimia

kuali kotor
kuali hitam legam

ADA APA DENGAN KUALI HITAM LEGEND??

Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya. Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?

YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.

Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans.

Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.

Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan.

Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.

Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:

• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit.

didihkan air
kuali hitam legam

Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.

• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit.

baking powder
kuali hitam legam

Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran.

panas air
kuali hitam legam

Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.

• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping…

sental kuali
kuali hitam legam

Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda. Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.

Nota:

1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.

2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam.

Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!