Kualiti yang Perlu Diperhatikan Atas Seorang Suami Muslim oleh Shaykh Luqman Ahmad
Jangan katakan anda inginkan lelaki yang kuat, dan kemudianya anda membenci kekuatannya apabila dia cuba memimpin kamu, atau mengatakan anda ingin seseorang lelaki yang berilmu, dan inginkan dia mengabaikan ilmunya dan mengikut segala kemahuan anda atau orang lain sesuka hati, dan jangan katakan anda inginkan seorang lelaki yang soleh, dan kemudiannya menentangnya apabila dia mengarahkan keluarganya kepada ketakwaan.
Jika seorang wanita inginkan seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat yang baik ini, maka dia perlu mendapatkan lelaki sedemikian, dan jangan dipengaruhi oleh rupa parasnya, keegoannya, keretanya, gaya dia berjalan atau kata-katanya.
Jika seorang wanita mencari lelaki yang tidak memiliki ciri-ciri lelaki yang baik, dia akan mendapat seorang pelawak. Perkara pertama yang perlu diperiksa akan seorang bakal pasangan yang berpotensi adalah solatnya, dan jika anda memeriksa solatnya, periksalah juga solat anda.
Jika anda seorang wanita Islam yang tidak mengutamakan untuk mengahwini lelaki yang soleh, atau seorang lelaki yang rajin berdoa, atau menyuruh kamu berdoa, membayar zakat, puasa dan menyuruh kamu berpuasa, dan mengikuti gaya hidup Islam yang sihat, maka itulah pilihan anda.
Ini bukanlah soal menyalahkan seseorang itu ini akan bagaimana mereka ingin hidup dan apa yang mereka anggap penting. Walau bagaimanapun, marilah kita bersikap jujur, jika anda tidak benar-benar ingin hidup dalam gaya Islam sebenar sebagai seorang isteri atau seorang wanita, janganlah buang masa lelaki yang serius tentang perhubungannya dengan anda, dan anda perlu jelas dengan diri anda tentangnya.
Begitu juga, jika anda sebagai seorang wanita Islam, tahu bahawa anda inginkan gaya hidup Islam yang serius dan tenang, dan membesarkan anak-anak anda dengan sewajarnya, maka janganlah diperdayakan oleh budak lelaki kacak, yang pandai bermain kata, memandu kereta mewah, memakai pakaian berjenama, tetapi tidak memiliki apa yang anda cari.
Setiap wanita tahu apa yang ingin dilakukan dirumahnya, apa yang dia sanggup lakukan, apa yang dia tidak bersedia lakukan, dan betapa seriusnya dia akan agamanya, dan Allah adalah hakim terbaik.
Walau bagaimanapun, bagi wanita yang baru dan yang tidak seberapa baru sebagai wanita Islam, yang ingin berkahwin dan hidup cara Islam sebaik mungkin, adalah penting untuk mencari dan berkahwin dengan lelaki yang boleh dan akan menyokong cara hidup yang sedemikian.
Dengan pemikiran itu diletakkan dalam fikiran, di sini adalah beberapa perkara yang anda perlu cari dalam diri seorang lelaki Islam yang sebenar. Kualiti ini tidak akan membuat seseorang lelaki itu sempurna, kerana hal seperti ini adalah seperti fantasi semata-mata.
Namun, jika ada lelaki yang memiliki kualiti ini, dan anda memiliki masalah dalam perkahwinan seperti mana ramai di kalangan kita hadapi, seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat yang dinyatakan di bawah, memerlukan anda bekerja keras. Wallahul Musta’aan.

Anda perlu tahu akan latar belakangnya, keluarganya, bagaimana dia dibesarkan, sejarah hidupnya. Latar belakang keluarga adalah amat penting. Anda ingin tahu daripada keluarga bagaimanakah dia datang, samada dia dijaga oleh kedua-dua ibu bapanya, atau dari ibu/ bapa tunggalkah dia, atau dia dibesarkan di rumah anak yatim piatu.
Anda perlu mengetahui adakah dia berasal dari latar belakang penjenayah, atau keluarga yang porak poranda, dari bandar atau kampung. Juga, ketahui bagaimanakah gaya hidup jahilliahnya yang dahulu dibuang dan digantikan dengan pemikiran Islam, tabiat Islam, dan ciri-ciri Islam?
Jika dia adalah seorang Islam, tetapi masih suka keluar malam, melepak di kedai-kedai, pergi ke kelab-kelab malam, menghisap dadah, berjudi, minum arak, tidak mengamalkan solat, maka dia masih belum benar-benar berpindah dalam cara hidup Islam.
Manusia boleh berubah, dan akan berubah, dan perubahan itu mengambil masa. Namun, hari ini, manusia sukar berubah. Mereka hanyut menjauh dari landasan Islam dalam jumlah yang sangat ramai.
Adakah dia bersolat atau tahu bagaimana untuk bersolat? Jika dia tidak tahu bersolat, maka hendaklah mereka aktif belajar solat, dan memiliki buku solat di dalam poket mereka, atau beg mereka.
Dia harus ke Masjid, bersolat di belakang seseorang yang tahu bagaimana untuk bersolat. Solat bukan satu pilihan melainkan kewajipan. Jika dia tidak tahu bagaimana untuk bersolat, dan tidak aktif belajar bagaimana untuk bersolat, maka dia adalah seorang pelawak; dan dia tidak menganggap Islam sebagai sesuatu yang serius, dan begitu juga terhadap anda.
Solat yang paling sukar bagi golongan munafik ialah solat Fajar (Subuh) dan Isyak.
Nabi SAW berkata,”jika orang yang mengetahui apa yang ada di dalam Isya dan Fajr (solat berjemaah), mereka akan menghadiri kedua-duanya, walaupun mereka terpaksa merangkak.” [Bukhari]
Jika seseorang itu tidak boleh bangun dari katil untuk Fajr, atau tidak boleh meletakkan alat kawalan jauh untuk Isyak, maka kemungkinan bahawa dia tidak akan mendirikan sembahyang di rumah.
Adakah dia tahu tentang penyucian? Adakah dia tahu bagaimana dan bila untuk mandi wajib, cara yang patut untuk mengambil wuduk (air sembahyang), dan istin’jaa (membersihkan diri selepas menggunakan tandas)?
Jika dia tidak tahu akan hal di atas, maka segala kelengkapan sembahyangnya dalam keadaan tidak teratur, dan tidak berfungsi, tanpa mengira bahawa dia mungkin dalam keadaan berhadas.
Rasulullah SAW bersabda, “Bersuci adalah separuh daripada iman”. Oleh itu dia tidak memahami dan mengamalkan kesucian, dia ketandusan separuh imannya. Sebaliknya, jika dia mengambil berat akan pembersihan diri, maka dia lebih cenderung untuk bertakwa berkenaan dengan solat, maka dia sama dalam penerimaannya kepada agamanya.
Adakah dia bekerja? Adakah dia mendapat pendapatan yang halal? Jika dia suka melepak, berkemungkinan besar pendapatannya adalah dari sumber yang tidak halal. Mereka yang suka melepak dan keluar rumah jarang mengambil berat akan keluarga mereka.
Jika dia bekerja, adakah dia membayar zakat, atau menjaga anak-anaknya jika dia memiliki anak? Jika dia bekerja, adakah dia berkorban demi kerja dan kerjayanya, dengan mengorbankan agamanya? Adakah dia mengintegrasikan solat kedalam jadual kerjanya, adakah dia menghadiri solat Jumaat?
Jika dia mengorbankan agamanya untuk mencari nafkah maka kemungkinan besar bahawa anda akan mendapat lelaki yang membawa pulang wang, tetapi tidak menjadi imam di rumahnya, tidak akan membesarkan anak-anaknya sebagai orang Islam, dan menjadi kurang cenderung untuk menegakkan nilai-nilai moral Islam di tempat dia bekerja, atau di rumah.
Terdapat perkara yang dikenali sebagai keseimbangan; walau bagaimanapun mengimbangi antara agama dan kerja haruslah dilakukan sebaiknya dan jika gagal hanya akan membawa kepada kerosakan.
Adakah dia lari dari kemuliaan bulan Ramadhan? Jika dia tidak serius akan Ramadhan, maka dia adalah seorang pelawak. Dia tidak mengambil Islam sebagai sesuatu yang serius.
Dimanakah dia semasa bulan Ramadhan? Adakah dia bersama umat Islam yang lain, berada di Masjid megamalkan solat berjemaah, adakah dia bersarapan, adakah dia berada dalam barisan solat semasa Terawih?
Atau, adakah dia lelaki yang bertanyakan orang-orang Islam yang lain tiga minggu sebelum Ramadhan dan bertanya, ‘Biakah Ramadhan bermula?’ Dimanakah dia pada waktu fajr? Adakah dia tidur, atau adalah dia sibuk dengan Sahur dan solat. Ini adalah perkara yang anda perlu lihat di dalam memilih seorang lelaki Muslim yang baik.
Pemeliharaan Ramadhan adalah salah satu perkara yang memisahkan manusia daripada budak lelaki sejauh mana deen itu dikira. Beri perhatiaan kepada bagaimana dia mengendalikan Ramadhan dan dia akan memberikan gambaran akan dari mana asal usulnya.
Adakah dia menjaga dirinya? Adakah dia memiliki tempat tinggalnya sendiri, bil sendiri, kereta sendiri, membeli makanan sendiri, membeli pakaian sendiri, membayar tiket bas sendiri?
Tidak mengapa jika dia menjaga dirinya sendiri kerana zaman ini adalah zaman yang agak sukar, dan anda perlu memahami bahawa menjaga dirinya sendiri adalah sesuatu yang lelaki harus miliki, dan jauh daripada menjadi anak mak, atau sekadar ‘budak’ yang mengaku dirinya lelaki dewasa dan matang.
Siapakah kawan-kawannya? Adakah mereka juga orang Islam?
Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang itu berada di atas agama kawan rapatnya (khalil)”.
Jika kawan-kawannya sambil lewa, tidak tahu apa-apa, melepak dan tidak berbuat apa-apa, maka lelaki pilihan anda berpotensi untuk menjadi seperti mereka. Jika dia masih bergaul dengan bukan Islam, maka sudah pasti, dia masih berfikiran seperti mereka.
Jika dia lebih suka bermain dengan kanak-kanak dan bukan dengan lelaki dewasa, dia mungkin masih seorang budak di dalam jiwanya.
Adakah dia memiliki Imam, atau sheikh yang dijadikan guru kepadanya? Adakah dia seorang musafir? Jika dia tidak memiliki Imam, maka Imamnya berkemungkinan besar adalah Iblis.
Jika dia tidak dikatikan dengan kepimpinan, atau tajaan, (dan saya tidak berbicara mengenai internet), maka dia akan membawa anda berpusing-pusing dalam gaya hidupnya itu. Ini tidaklah benar dalam semua keadaan, namun ianya berkemungkinan besar berlaku.
Bagaimanakah hubungannya dengan ibunya? Jika dia tidak menghormati ibunya, maka dia berpotensi untuk tidak menghormati anda sebagai isterinya. Jika dia tidak menghormati ibunya, maka dia sudah terlibat dengan dosa besar sejak awal-awal lagi.
Anda boleh berbincang dengan ibunya. Seorang ibu amat mengenali anak-anaknya, jika dia berkata anaknya bukan seorang yang baik, pasti ada kebenarannya.
Adakah dia menghadiri solat Jumaat atau adakah dia memberi alasan? Jika seseorang lelaki muslim tidak menghadiri Solat Jumaat tanpa alasan yang sah, lebih daripada 3 kali berturut-turut, maka dihatinya sudah tepu menjadi batu.
Abu Ja’d al-Dhamri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang merindukan tiga solat Jumaat dengan mengambil ringan perkara itu, Allah akan menutup hatinya. “[Sunan Abu Dawud, Sunan Tirmidhi, Sunan Nasa’i, Sunan Ibn Majah and al-Darami]

Ini adalah antara beberapa perkara yang wanita-wanita kita perlu ambil kira dalam memilih pasangan. Jika anda sudah berkahwin, maka anda perlu menggalakkan suami anda untuk menerima pakai beberapa sifat-sifat ini dan tidak membuat alasan untuk dia atau menjadi seorang lagi ibu kepadanya (dalam konsep anak mak).
Tentunya, tidak ada perkara seperti perkahwinan yang sempurna, dan tidak ada manusia yang sempurna, sama seperti tidak ada wanita yang sempurna. Namun, terdapat perkara yang dinilai sebagai kualiti yang baik dan tidak baik dalam seseorang lelaki, dan juga sebagai seorang wanita.
Cubalah untuk memilih seseorang yang tergolong dalam kualiti yang baik ini melebihi yang buruk. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.