Larangan Mencampur Makan Durian Hanya Mitos!

  • 3 min read
  • Jun 27, 2022
MITOS

Larangan mencampur makan durian bersama dengan air bergas terutamanya amat terkenal dalam kalangan rakyat di negara ini.

Pada pendapat mereka, dengan melakukan hal demikian akan memberi kemudaratan kepada badan serta boleh mneyebabkan loya dan pening kepala.

Namun, bagi Dr Fatimah iaitu seorang ahli kimia menidakkan tentang larangan mencampur makan durian bersama minuman bergas tersebut dengan mengatakan hal itu sebagai mitos.

Larangan Dalam Mencampur Makan Durian Adalah Tidak Benar. Baca penjelasan dari Pakar Kimia ini!

mencampur makan durian
mencampur makan durian

LARANGAN MENCAMPUR MAKAN DURIAN ADALAH MITOS

Kita sering mendengar dan membaca tentang pantang makanan yang tidak boleh diambil bersama dengan durian contoh seperti ss di atas kerana dibimbangi berlakunya tindak balas komponen durian dan makanan lalu memberikan risiko kepada kesihatan badan.

Contoh larangan memakan durian bersama dengan kopi, coke, susu, ketam, daging (kambing dan lembu) dan sebagainya.

Kebimbangan dan larangan ini semuanya adalah mitos yang sudah lama tertanam dalam minda. Jika kita ‘google’ pun, banyak sangat ‘hits’ sebegini.

Cerita-cerita sebegini biasanya terjadi disebabkan ada individu yang mungkin ‘kebetulan’ berhadapan dengan masalah kesihatan berkaitan, dan ada juga yang pakat ikut tanpa asas selain perasaan takut.

Sebenarnya mencampur makan durian dengan makanan TIDAK akan mencetuskan sebarang penyakit tertentu jika diambil secara bersederana sesuai dengan tahap sensitiviti badan individu (threshold). Apa-apa pun, seperti yang selalu dipesan ialah mohon ambil tahu tahap kesihatan badan sendiri.

Sedar diri kita macam mana. Jadilah seorang yang kritikal terhadap pemakanan jika anda adalah individu yang sensetif, mudah sakit dan telah disahkan menghidap sesuatu penyakit.

Bilamana doktor atau dietitian melarang anda mengambil makanan tertentu, pastinya kerana kandungan signifikan bahan kimia semulajadi dalam makanan itu yang berpotensi memberikan risiko kepada masalah kesihatan sedia ada anda.

Contoh mereka yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis yang memang boleh terkesan dengan durian kerana kandungan bahan kimia potassium yang tinggi.

campur makan durian
mencampur makan durian

Potassium yang berlebihan dalam badan akan mengganggu fungsi kontraksi otot jantung, seterusnya boleh membawa kematian.

Selain itu, durian kaya dengan bahan kimia mudah meruap bersulfur yang berkumpul dalam bentuk gas di perut lalu menyebabkan senak dan pedih ulu hati (heartburn).

Mereka yang mempunyai masalah GERD boleh terkesan. Bahan kimia jenis ini juga boleh mengaktifkan protein tertentu pada sistem penghadaman yang bertanggungjawab menyebabkan sensasi ‘panas’ (burning sensation), jika diambil dalam kuantiti signifikan.

Keadaan ini membuatkan kita merasa ‘panas’, kesan sama boleh berlaku dengan mengambil bawang putih, halia dan cili.

Durian juga kaya dengan bahan kimia sukrosa, glukosa, glukosa dan maltosa (aka gula) yang banyak. Gula ini boleh menaikkan paras gula dalam darah apabila diserap badan.

Maka pesakit kencing manis kronik perlu berwaspada dengan jumlah pengambilan durian.

Gula semulajadi dan bahan kimia bersulfur yang tidak berjaya dihadam atau diserap dalam darah kerana terperangkap dalam serat tidak larut durian pula akan difermentasi oleh bakteria dalam usus besar.

Proses fermentasi ini akan menghasilkan gas hidrogen sulfida, hidrogen, karbon dioksida dan metana.

Pengumpulan gas-gas yang berlebihan dalam usus besar ini akan menyebabkan kembung (bloated) jika tidak dikeluarkan sebagai kentut.

Inilah yang juga dipanggil dengan istilah ‘angin’. Untuk mereka yang sihat dan tidak sensetif pula, tidak ada masalah untuk menggabungkan makanan tersebut.

Tidak akan berlaku tindak balas kimia yang berbahaya dalam sistem penghadaman. Makanan yang tidak sesuai untuk anda, belum tentu tidak sesuai kepada orang lain.

Oleh itu, usahlah pukul sama rata melarang atau mengiakan semua. Sebenarnya sudah ada banyak produk yang dihasilkan melalui gabungan komponen durian dengan makanan larangan diambil sama di bawah, contoh aiskrim (susu +durian), kopi durian dan sebagainya.

Pun begitu, ingatlah setiap yang berlebihan itu boleh membawa mudarat. Maka, bersederhanalah… Jika anda mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan, berjumpalah dengan doktor perubatan.

Ini kerana setiap kesakitan yang kita rasa adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia pada bahagian itu dan mungkin menjadi ‘signal’ kepada masalah yang lebih serius.

Tips untuk mengurangkan kesan ‘gas’ dan ‘panas’ dari durian:

1) Minum air sejuk secukupnya. Air berupaya menyerap haba dari badan dan mengeluarkannya dalam bentuk kencing.

minum air
mencampur makan durian air kosong

2) Makan durian bersama dengan susu. Susu mengandungi casein yang boleh meneutralkan bahan kimia bersulfur dalam durian.

minum susu
mencampur makan durian susu

3) Minum air kelapa segar. Ia juga boleh membantu menurunkan ‘panas’ badan dengan menyeimbangkan elektrolit dalam sel. Dan ambil tahu yang air kelapa juga mengandungi gula semulajadi.

air kelapa
mencampur makan durian air kelapa

Nota tambahan: Durian mungkin boleh melambatkan proses pertukaran kimia alkohol dalam badan. Maka, elakkan mengambil minuman beralkohol (contoh arak) bersama dengan durian terutamanya mereka yang memang ada masalah kesihatan sedia ada.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *