
Kalau bercakap tentang river cruise, pasti anda sudah terbayang river cruise yang ada di Melaka kan? Melaka River Cruise sudah semestinya akan menjadi tempat kunjungan pengunjung jika datang ke Melaka.
Bandar Melaka juga terkenal kerana kesesakan jalan raya lebih-lebih lagi pada hari cuti sekolah, jadi jika anda ingin melihat keindahan Bandar Melaka boleh lah menaiki Melaka River Cruise ni.
Oleh sebab itu, anda perlu tahu apa yang menarik di Melaka River Cruise ini dan bagaimana anda ingin menaiki cruise yang telah disediakan.
Anda juga akan dikenakan bayaran untuk menaiki Melaka River Cruise dengan harga RM 10.00 sehingga RM 30.00.
River Cruise di Melaka ini beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi sehingga 11.00 malam, tetapi akan ditutup sementara bermula jam 7.00 hingga 8.00 malam dari 3 April sehingga 2 Mei untuk memberi laluan waktu berbuka puasa.
Jika anda ingin membeli tiket dengan lebih mudah dan pantas, anda boleh membeli tiket online di Melaka River Cruise
Sejarah Melaka River Cruise
Saya akan mengulaskan sedikit info ringkas berkaitan tempat ini. Sungai yang mengalir di kawasan bandar Melaka dahulu adalah sebgai titik pertemuan antara Timur dan Barat.
Sungai Melaka penuh dengan kisah sejarah sejak zaman kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu.
Melaka dahulu merupakan tempat yang paling berpengaruh untuk menarik pedagang di seluruh pelusuk dunia untuk datang berniaga dan berdagang.
Ia merupakan tempat strategik untuk melakukan aktiviti-aktiviti berdagang dan disebabkan itu Tome Pires, iaitu sejarawan Portugis menamakan Melaka sebagai “Venice di Timur”.
Namun, hari ini sungai Melaka ini telah dinaiktaraf sebagai tempat pelancongan yang banyak dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun warga asing.
Senarai Tempat Menarik di Melaka River Cruise
1. Wall Art

Pengunjung berpeluang melihat berbagai jenis lukisan mural di dinding-dinding banggunan yang terletak ditebing sungai.
Setiap lukisan yang dilukis mempunyai keistimewaan tersendiri. Berbagai lukisan menarik dan unik dapat diperhatikan dimana ia hanya dapat dilihat dari tepi sungai Melaka.
Selain dari melihat berbagai jenis mural, anda akan melalui beberapa buah jambatan di sungai Melaka. Antaranya adalah Jambatan Datuk Mohd Zin, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Kampung Morten, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng.
2. Kampung Morten

Kampung Melayu Tradisional atau lebih dikenali sebagai “Kampung Morten” adalah tempat yang wajib anda singgah setelah merentasi sungai Melaka.
Nama “Morten” ini diambil sempena dari nama Pesuruhjaya Tanah Inggeris pada ketika itu iaitu Frederick Joseph Morten.
Keunikan di kampung ini adalah ia merupakan perkampungan Melayu asli dengan seni ukiran tradisional atau klasik di badaraya bersejarah, Melaka.
Terdapat 85 kediaman termasuk 52 rumah tradisional Melaka yang ada di perkampungan tersebut untuk dikunjungi orang ramai.
Kampung Morten juga ada menyediakan homestay untuk para pengunjung. Kalau nak rasa duduk di kampung, boleh lah menyewa homestay di sini bersama keluarga atau kawan-kawan anda.
3. Banggunan Lama

Semasa menaiki Melaka River Cruise ini, pengunjung berpeluang untuk melihat banggunan-banggunan lama seperti hotel, cafe, restoren dan sebagainya.
Banggunan-banggunan lama tersebut telah dihiasi dengan berbagai lukisan mural di mana ia akan lebih menarik perhatian para pengunjung.
4. Kincir Air

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat kincir air di tebing sungai Melaka. Kincir air ini dibina dengan ketinggin 13 meter. Kincir air ini merupakan yang terbesar ada di Malaysia.
Pembinaan semula replika kincir air ini adalah untuk melambangkan kehebatan Melaka untuk dipertontonkan dengan lebih dekat kepada para pengunjung.
Pengunjung boleh mengambil gambar di sini dengan berlatar belakangkan sungai Melaka. Momen yang bermakna ini haruslah dirakam bersama dengan keluarga dan sahabat tercinta.
5. Lampu warna-warni

Apa yang menarik di sini adalah apabila menjelang waktu malam, cruise yang membawa penumpang di dalamnya akan membuka lampu warna-warni.
Lampu-lampu akan menghiasi banggunan, taman, jambatan dan pelbagai lagi. Ia akan menghasilkan pemandangan yang unik dan cukup cantik di mata sesiapa yang berkunjung ke situ.
Perkhidmatan Melaka River Cruise dibuka pada setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 11.30 malam dengan kadar bayaran antara RM10 hingga RM25 setiap seorang.