
Sejarah Menara Taming Sari
Tempat menarik di Melaka yang lain adalah Menara Taming Sari.
Menara Taming Sari adalah menara gyro pertama yang diwujudkan di Malaysia.
Nama dari Taming Sari ini diambil sempena dari nama keris yang dimiliki oleh Hang Tuah, iaitu pejuang melayu melaka pada masa dahulu kala.
Lokasi asal menara ini dahulu adalah di tebing Sungai Melaka dan kini telah dipindahkan ke tapak baru atas beberapa sebab.
Ketinggian untuk menara ini adalah setinggi 110 meter dengan pemandangan sejauh 5km dan lebih.
Menara ini dibina menggunakan peralatan canggih dari Switzerland yang dapat menampung 66 orang penumpang dalam satu masa.
Berikut adalah tempat menarik di sekitar Menara Taming Sari yang boleh anda kunjungi dengan berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki kenderaan kerana tempat di situ hanya berdekatan sahaja.
Yang Menarik Di Menara Taming Sari
Menara ini dibuka untuk orang awam pada tahun April 2008 dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada bulan Mei.
Pengunjung boleh menyaksikan pelbagai pemandangan, antaranya adalah Selat Melaka, Kompleks TUDM, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negara bermula dari ketinggian 80 meter.
Menara ini akan berpusing 360 darjah secara berterusan bagi membolehkan pelancong menikmati pemandangan sekitar Bandar Hilir dari atas.
Satu sesi putaran akan mengambil masa selama 7 minit. Ia juga mampu menampung serama 240 penumpang dalam masa satu jam.
Menara Taming Sari dikelilingi oleh tempat-tempat bersejarah seperi Bukit St. Paul, Dataran Pahlawan, Sungai Melaka, Komples TUDM, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri.
ISI KANDUNGAN (Klik untuk terus kepada tajuk).
1. Bukit St. Paul

Gereja St.Paul adalah sebuah banggunan gereja bersejarah yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Ia telah dibina pada tahun 1521 oleh seorang kapten Portugis, Duarte Coelho.
Gereja St.Paul adalah gereja tertua yang ada di Malaysia dan Asia Tenggara. Namun, kini gereja St. Paul ditukar kepada nama asalnya iaitu Bukit Melaka.
Dipercayai bahawa Bukit Melaka dinamakan sejak pemerintahan Sultan Mansur Shah lagi tetapi apabila Portugis menguasai Melaka, nama Bukit Melaka ditukar kepada St. Paul iaitu nama paderi terkenal pada ketika itu.
2. Dataran Pahlawan

Dataran Pahlwan merupakan tempat berlangsungnya perhimpunan yang paling bersejarah dalam negara iaitu menyambut kepulangan rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman.
Perhimpunan ini diadakan pada 20 Februari 1956. Dalam perhimpunan tersebut, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan yang bakal diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
Terdapat sebuah pusat beli belah di bawah dataran iaitu Dataran Pahlawan Megamall. Review ramai orang yang datang berkunjung ke pusat beli belah ini adalah mereka mengatakan harga barangan di sini lebih murah berbanding di pusat beli belah yang lain.
3. Sungai Melaka

Sungai Melaka adalah sungai yang berada di tengah bandaraya Melaka, merupakan sungai yang banyak sejarahnya semasa kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka dahulu.
Sehingga kini sungai Melaka masih mempunyai nilai sejarahnya sendiri dengan mengekalkan penempatan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan, perbandaran dan perkuburan lama.
Kerajaan negeri Melaka juga ada menyediakan beberapa aktiviti yang boleh dinikmati oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negara.
Antara aktivitinya adalah perkhidmatan River Cruise sepanjang sungai, perkidmatan monorel Melaka menyelusuri Sungai Melaka, Marina Melaka di muara sungai Melaka untuk aktiviti rekreasi dan banyak lagi.
Antara aktivitinya adalah perkhidmatan River Cruise sepanjang sungai, perkidmatan monorel Melaka menyelusuri Sungai Melaka, Marina Melaka di muara sungai Melaka untuk aktiviti rekreasi dan banyak lagi.
4. Memorial Kemerdekaan

Memorial Kemerdekaan ini telah dibina pada tahun 1911. Banggunan ini dahulunya dikenal sebagai Kelab Melaka.
Penubuhan memorial ini adalah untuk memperingati dan mengenang jasa pengorbanan para pejuang yang telah membebaskan negara dari cengkaman penjajah luar
Banggunan memorial ini menyimpan pelbagai sejarah tentang perjuangan kemerdekaan seperti dokumen, gambar, cenderamata, keratan akhbar, pakaian rasmi, pen, keris, cop mohor, peti undi dan audiovisual.
Harga Tiket Menara Taming Sari
Tiket | Harga |
Warganegara Malaysia (Dewasa) | RM17 |
Warganegara Malaysia (Kanak-kanak) | RM11 |
Warga Emas (Pelancong Asing) | RM18 |
Pelancong Asing (Dewasa) | RM23 |
Pelancong Asing (Kanak-kanak) | RM15 |
OKU | RM8 |
Warga Emas | RM9 (55 tahun dan keatas) |
Perkara | Butiran |
Lokasi | Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 7500 Melaka |
Hari | Isnin-Ahad |
Waktu Operasi | 10.00 Pagi hingga 11.00 Malam |
Kapasiti penumpang | 66 penumpang untuk sekali perjalanan |