Minum Susu Kambing Dapat Meningkatkan Zat Besi Dalam Tubuh

  • 2 min read
  • Nov 15, 2022
kelebihan susu kambing
minum susu kambing
minum susu kambing

KELEBIHAN MINUM SUSU KAMBING

Siapa suka minum susu kambing?

Ya, susu kambing memang berbau kuat disebabkan kandungan bahan kimia semulajadi asid kaproik. Namun, rugi jika susu yang padat dengan nutrisi dan kebaikan ini ditolak begitu sahaja hanya kerana baunya!

Kenapa? Mari kita ambil tahu antara kelebihan susu kambing jika dibandingkan dengan susu lembu:

• kurang menyebabkan alahan kerana kurang kandungan protein alpha s1 casein.

• Kandungan oligosakarida susu kambing juga signifikan yang mana boleh menjadi sumber prebiotik (makanan kepada bakteria baik dalam usus besar) untuk kesihatan usus.

• walaupun susu kambing tinggi kandungan lemak tepu, gumpalan saiz lemaknya adalah lebih kecil kerana kurang kandungan agglutinin. Maka ianya mudah dihadam.

• kurang sekitar 12% kandungan gula laktosa daripada susu lembu. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah menghadam laktosa (lactose intolerance).

• tinggi kandungan asid lemak penting omega-6 dan omega-3 yang sangat penting untuk imuniti, menyeimbangkan kolesterol darah dan kesihatan jantung.

• tinggi kandungan 7 daripada 10 jenis asid amino penting threonine, leucine, lysine, cystine, tyrosine, phenylalanine dan valine.

• mengandungi antioksida seperti flavanoids, gallic acids dan diterpens.

• kaya dengan mineral (macro dan micro) seperti potassium, magnesium, selenium, calcium, phosphorus, dan sodium.

• membantu metabolisma zat kalsium dan fosforus dalam badan.

• komposisi komponen kimia yang lebih stabil.

susu kambing

Juga berbeza dari sifat susu lembu yang menghalang serapan nutrisi terutamanya zat besi, susu kambing sebaliknya membantu serapan badan (bioavailabilities) nutrisi seperti zat besi, kuprum, asid amino, vitamin larut lemak… daripada makanan lain jika diambil bersama.

Begitu juga jika zat besi tambahan seperti dalam bentuk ferrous sulfate yang diambil bersama dengan susu kambing juga menunjukkan peningkatan dalam serapan badan.

Kesan ini disebabkan oleh susu kambing yang kaya dengan rantaian-sederhana triglycerides atau triacylglycerides, vitamin A, vitamin C dan mineral yang mungkin membantu dalam jumlah serapan nutrisi tersebut dalam badan.

Pengambilan susu kambing juga boleh membantu badan memanfaatkan penggunaan zat kalsium kerana kurang berlakunya interaksi antara kalsium dan zat besi.

Maksudnya di sini sekiranya susu kambing diambil bersama makanan yang kaya nutrisi (terutamanya zat mineral), contoh kurma, boleh membantu mereka-mereka yang memerlukan tambahan mineral seperti zat besi dalam diet harian.

minum susu kambing2
minum susu kambing

Aha! Rugi tidak minum susu kambing kan? Namun, pesanan keramat seperti biasa: USAHLAH berlebihan. Berpada-padalah…

Ambil tahu tahap KESIHATAN diri anda supaya mudah untuk mempertimbangkan manfaat atau mudarat sesuatu makanan terhadap kesihatan anda. Ingat, segala yang berlebihan boleh membawa mudarat.

Nota:

Secara perbandingan susu kambing SEGAR dua kali ganda lebih tinggi manfaat serapan nutrisi dibandingkan dengan susu kambing skim.

Sifat mudah hadam susu kambing juga adalah sebab ianya dijadikan sebagai susu formula bayi. Rasa sedap susu kambing juga disumbangkan oleh asid glutamik (MSG? Ya!)

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *