MyJPJ: Cara Pendaftaran & Semakan Road Tax Digital

  • 2 min read
  • May 04, 2023
myjpj

Aplikasi MyJPJ ini merupakan inisiatif kerajaan yang dilakukan bagi memudahkan urusan rakyat, yang seterusnya membantu dalam mengurangkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan.

Kerajaan telah mengumumkan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian menerusi aplikasi MyJPJ, yang telah dilaksanakan mulai hari ini, 10 Februari 2023.

Cara Semak Dan Daftar MyJPJ

Apa Itu MyJPJ?

MyJPJ adalah sebuah portal dalam talian yang diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan berkaitan dengan pengangkutan jalan raya di Malaysia.

Melalui portal MyJPJ, pengguna dapat mengakses pelbagai perkhidmatan seperti memohon atau memperbaharui lesen memandu, membuat tempahan ujian komputer lesen memandu, membuat semakan dan pembayaran saman trafik, memeriksa kebolehpercayaan kenderaan, dan lain-lain.

Portal MyJPJ dapat diakses oleh pengguna secara dalam talian melalui laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Cara Pendaftaran

Terdapat beberapa cara untuk pendaftaran aplikasi ini. Pengguna boleh mendaftar secara atas talian menggunakan ID Awam MySikap iaitu melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ.

Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar MyJPJ:

  1. Layari laman web rasmi MyJPJ di https://www.jpj.gov.my/web/guest/home.
  2. Klik pada pautan “Log Masuk” di bahagian atas halaman utama.
  3. Klik pada butang “Daftar” di bahagian bawah halaman log masuk.
  4. Isikan maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat emel, dan nombor telefon.
  5. Pilih jenis pengguna, sama ada individu, syarikat, atau agensi kerajaan.
  6. Isikan kata laluan yang diinginkan dan sahkan kata laluan tersebut.
  7. Klik pada butang “Daftar”.
  8. Sekiranya maklumat yang diisi betul, anda akan menerima emel pengesahan pendaftaran MyJPJ.
  9. Klik pada pautan pengesahan dalam emel tersebut untuk mengesahkan pendaftaran MyJPJ anda.

Setelah mendaftar, anda boleh log masuk ke akaun MyJPJ anda menggunakan alamat emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda boleh mengakses pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh JPJ melalui portal MyJPJ ini.

Soalan Lazim (FAQ) Tentang Cukai Jalan & Lesen Memandu Digital

  1. Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?
    • Tidak. Ia adalah pilihan sahaja untuk mendapat salinan digital untuk roadtax dan lesen memandu.
  2. Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk roadtax digital, adakah saya akan disaman?
    • Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status roadtax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
  3. Adakah roadtax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
    • Ya. Perlu dibayar. Hanya stiker tak perlu ditampal.
  4. Bagaimana pula dengan warga emas yang tidak ada smartphone dan kawasan yang tidak ada rangkaian internet ?
    • Jangan bimbang, digital format tidak diwajibkan. Masih boleh dapatkan stiker roadtax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.
  5. Bagaimana cara untuk tunjukkan roadtax digital jika kereta yang dipandu adalah bukan kereta sendiri?
    • Roadtax digital boleh dicetak dalam kertas dan simpan di dalam kereta. Namun tidak mengapa jika tak dapat menunjukkan bukti kerana pihak penguatkuasa akan memeriksa butiran dalam gadget mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!