MyKasih: Apa itu MyKasih Foundation?

  • 2 min read
  • Apr 19, 2022
mykasih 1

MyKasih Foundation adalah satu organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya, Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Bagaimana MyKasih Foundation berfungsi?

Setelah penderma mengamanahkan sumbangan wang kepada MyKasih, keluarga penerima yang berpotensi dikenal pasti melalui agensi kebajikan kerajaan atau NGO dan organisasi sosial yang diiktiraf berdasarkan pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM1,500 dan ke bawah.

Kriteria lain seperti bilangan tanggungan dalam keluarga, pemilikan aset, dan lain-lain juga diambil kira dalam menilai kelayakan sesebuah keluarga untuk menerima bantuan.

Apabila keluarga yang berkelayakan dipilih oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan seorang penerima, di mana butiran myKad penerima itu akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem MyKasih.

Penerima bantuan makanan akan menerima elaun bulanan yang telah diberi menggunakan MyKad atau kad MyKasih mereka sendiri di setiap oulet membeli belah yang telah ditetapkan oleh organisasi MyKasih Foundation.

Mereka dibenarkan untuk membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, bahan perasa, tepung, minyak masak, makanan dan minuman dalam tin.

Untuk melindungi daripada disalahguna, pengimbasan kod bar diwujudkan di kaunter bayaran untuk memastikan hanya barangan makanan penting yang diluluskan oleh organisasi sahaja boleh dibeli.

Dengan sistem pembayaran tanpa tunai, MyKasih dapat menyediakan laporan transaksi kepada penderma tentang penggunaan yang telah digunakan oleh penerima dalam Portal Penderma Tertentu.

Bagaimana Cara Menggunakan MyKasih?

Pengguna harus memasukkan 6 digit PIN menggunakan kad MyKasih di kaunter pembayaran dan menyimpan resit supaya mudah untuk menyemak baki yang masih ada selepas penggunaan dalam membeli barang-barangan.

Lebih 200 kedai runcit di seluruh negara terpilih untuk menjadi kedai yang menerima program ini sebagai bayaran. Antaranya adalah Mydin, Giant, Econsave, Lotus(Tesco), 99 Speedmart, The Store, Pacific dan banyak lagi.

Permohonan MyKasih

Tiada permohonan akan dibuka kerana ianya akan menggunakan maklumat daripada sistem e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta data daripada Bantuan Prihatin Rakyat untuk menentukan penerima yang layak.

Penerima akan mendapat SMS yang memaklumkan status penerimaan mereka serta tarikh dan masa untuk sesi taklimat berkaitan bantuan di kedai yang terpilih serta berdekatan dengan anda.

Sekiranya anda tidak layak, sila emel butiran peribadi di halaman hubungi pihak mykasih atau daftar di sistem e-Kasih yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

KASIH JOHOR

KASIH JOHOR adalah inisiatif baucer barangan keperluan sebanyak RM200 kepada isi rumah B40 sempena PRE (3.0) yang telah dimumkan oleh YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad iaitu menteri besar Johor.

KASIH JOHOR diwujudkan untuk meringankan beban dan kos sara hidup golongan B40.

Keluarga yang layak untuk menerima bantuan ini adalah akan dikenalpasti melalui data isi rumah BPR yang berpendapatan bawah RM2500 dan ke bawah.

Penerima KASIH JOHOR yang layak akan menerima SMS untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah inisiatif ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di pasaraya berdekatan.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *