Bulan puasa telah pun berlalu bulan lepas, jadi adakah pembaca semua sudah mengganti puasa yang telah ditinggalkan?
Bagaimana cara untuk niat ganti puasa Ramadhan? Bagaiman pula jika ingin niat ganti puasa dengan puasa sunat dengan serentak?
Qadha (ganti) puasa merupakan amalan yang wajib dilakukan bagi sesiapa yang meninggalakan puasa secara tidak sengaja.
Jika anda tidak sempat untuk ganti puasa, anda diwajibkan untuk membayar fidyah dan juga mengganti puasa yang telah ditinggalkan.
Dalam artikel ini akan dibincangkan tentang tajuk berkaitan dengan ganti puasa dan bayaran fidayah bagi umat ISlam.
ISI KANDUNGAN (Klik untuk terus kepada tajuk).
Pengenalan
Puasa merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh seluruh umat Islam di dunia dan kewajipan puasa pada bulan Ramadhan juga merupakan rukun Islam ketiga.
Pada bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan untuk menahan diri daripada makan dan minum dari terbit matahari (subuh) sehingga terbenam matahari (maghrib).
Bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum, malah kita juga digalalakkan untuk menahan diri dari melakukakn perbuatan yang boleh menyumbang kepada dosa seperti berbohong, mengumpat, berkata kasar dan banyak lagi.
Selain itu, umat Islam juga digalakkan untuk membanyakkan ibadat lain seperti membaca al-quran, berzikir, menunaikan solat Terawih, bersedekah serta berbuat baik kepada orang lain.
Bagi sesiapa yang tidak puasa pada bulan Ramadhan secara sengaja atau tidak, diwajibkan bagi mereka untuk qadha (ganti puasa).
Hukum ganti puasa atau qadha puasa pada bulan Ramadhan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.
Jenis-jenis Lafaz Niat Ganti Puasa
Lafaz Niat Ganti Puasa
Lafaz bagi niat puasa ganti, niatnya adalah seperti di bawah:

Nawaitu Shouma Ghodin ‘An Qodoo’in Fardho Romadoona Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku niat puasa esok hari kerana mengganti fardhu ramdhan kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Ganti Puasa Digabung Puasa Sunat Enam Syawal
Jika anda ingin menggabungkan puasa ganti tersebut dengan puasa sunat Syawal, maka niatnya adalah seperti di bawah:

Nawaitu Sauma Ghodin ‘an Qodho’ie Romadoona Ma’a SitTati SyawWaaLi Lillahi Taala
Maksudnya
:
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadhan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Ganti Puasa Digabung Dengan Puasa Sunat Yang Lain
Jika anda ingin menggabungkan puasa ganti dengan puasa sunat yang lain (selain puasa enam Syawal), maka niatnya boleh dilafazkan dalam Bahasa Melayu sahaja.
Contoh niat:
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha (ganti) fardhu Ramadhan bersama puasa sunat hari Isnin/Khamis kerana Allah Taala.
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha (ganti) fardhu Ramadhan bersama puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Waktu Untuk Qadha (ganti) Puasa Ramadhan
Qadha puasa atau ganti puasa boleh dilakukan seawal 2 Syawal sehinggalah sebelum masuk Ramadhan pada tahun berikutnya.
Secara tepatnya, anda mempunyai masa selama satu tahun untuk mengganti puasa yang anda tinggal pada Ramadhan sebelumnya.
Anda harus mengganti puasa secepat mungkin kerana ia wajib ditunaikan sebelum tibanya bulan Ramadhan seterusnya.
Hari Yang Diharamkan Untuk Berpuasa
Sepanjang masa setahun yang dibenarkan untuk ganti puasa, ada juga hari-hari yang diharamkan untuk anda berpuasa.
Antara hari yang haram untuk berpuasa adalah:
- Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 1 Syawal
- Hari Raya Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah
- Hari Tasyriq iaitu pada 11,12 dan 13 Zulhijjah
Bagaimana Jika Gagal Ganti Puasa Dalam Tempoh Setahun?
Qadha atau ganti puasa harus dilakukan sebelum masuk bulan Ramadhan seterusnya. Namun, jika anda gagal ganti dalam tempoh tersebut, maka anda wajib untuk membayar fidyah.
Fidyah dikeluarkan mengikut bilangan hari berpuasa yang ditinggalkan dan diberikan kepada fakir miskin.
Maksud fidyah:
Fidyah merupakan denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasa di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan yang berikutnya.