
Tempat menarik di Melaka yang harus anda kunjungi adalah Pantai Klebang Melaka. Pantai Klebang Melaka adalah salah satu tempat paling terkenal dan sering menjadi sasaran popular pelancong.
Pantai Klebang, terletak kira-kira lapan kilometer dari Bandar Melaka, sememangnya menjadi tumpuan ramai sama ada pelancong dalam dan luar negara untuk bersantai di waktu petang.
Mereka datang bersama keluarga untuk menikmati keindahan suasana pantai. Pemandangan matahari terbenam dengan cahaya kuning kemerah-merahan memang sangat menarik dan indah dipandang, atau diabadikan dalam gambar.
Pantai ini dikatakan unik kerana keadaan bukit-bukit pasir yang membuatkan anda akan merasa berada di padang pasir.
Pantai ini berada di kedudukan yang strategik dimana ianya berada dekat dengan Bandar Melaka dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk sampai.
Berikut adalah senarai aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Klebang Melaka:
1. Original Cocunut Shake

Kalau sebut tentang Pantai Klebang, apa yang terlintas dalam fikiran anda? Cocunut shake bukan? Pantai Klebang dan cocunut shake memang tidak dapat dipisahkan.
Ia bahkan menjadi perkara wajib buat pengunjung untuk mendapatkan minuman ini. Dalam cuaca yang panas, sudah tentu coconut shake menjadi menu paling laris yang akan dibeli oleh pengunjung yang datang.
Setelah penat beraktiviti bawah cuaca panas, anda boleh menikmati coconut shake di kedainya atau boleh dibeli dan minum di pantai klebang melaka sambil menikmati pemandangan indah dengan angin sepoi yang bertiup lembut.
Bukan sahaja cocunut shake, malah banyak lagi gerai-gerai yang menjual bermacam-macam makanan di sini.
2. Melihat Sunset

Apa yang menarik di sini adalah pengunjung dapat melihat matahari terbenam atau sunset pada waktu senja. Momen yang berharga ini mestilah dirakam atau difoto bersama kawan-kawan ataupun keluarga.
Sebaik sahaja langit berubah warna dari jingga ke merah dan akhirnya ungu, anda akan disajikan dengan landskap indah langit yang dibentuk oleh tiupan angin. Lebih menenangkan lagi adalah angin yang bertiup lembut dari laut membuatkan suasana menjadi semakin nyaman.
Untuk kelihatan lebih menarik, pengunjung boleh memanjat gunung pasir di situ untuk melihat matahari terbenam. Namun pengunjung harus berhati-hati kerana gunung pasir di situ agak lembut sehingga boleh membuat anda bergeser ke bawah.
3. Aktiviti Menarik

Untuk keseronokan pengunjung ke sini, ada disediakan kereta kuda yang boleh dinaiki dan ada juga kuda yang boleh ditunggang.
Kereta kuda ini dihiasi dengan lampu disekelilingnya yang mana ia menjadikan kereta kuda itu terlihat lebih menarik lagi. Ia akan membawa penumpang menikmati pemandangan sepanjang jalan utama di Pantai Klebang Melaka.
Waktu petang yang tersisa boleh diisi dengan aktiviti bersama keluarga seperti bermain layang-layang, menunggang kuda dan sebagainya. Kemudahan awam juga turut disertakan seperti tandas, surau, taman permainan dan juga bilik mandi.
4. Bustel

Bustel adalah gabungan nama yang diambil dari bus dan hostel. Bustel merupakan sebuah tempat penginapan yang ada di Pantai Klebang.
Bustel adalah sebuah bas terpakai di mana ia dijadikan sebagai tempat penginapan untuk pengunjung yang berkunjung ke pantai klebang melaka. Jika dilihat dari luar pasti tidak menarik perhatian pengunjung kerana basnya yang usang dan lama.
Namun di dalamnya dilengkapi dengan keperluan asas seperti tandas, penghawa dingin, tempat tidur dan TV walaupun ia tidaklah semewah berada di hotel. Harga yang ditawarkan berbaloi untuk pengunjung kerana ianya hanya RM90 pada hari biasa dan RM130 pada hari minggu.
Bagi mereka yang menginap di bustel ini bukan sahaja dapat merasai suasana nyaman pada waktu pagi kerana pada waktu malamnya juga pantai klebang ini meriah. Lampu-lampu di sepanjang jalan dan di sekitar kawasan membuatkan suasana pada malam hari menjadi lebih meriah.
Tetapi, bustel yang dulu dikunjingi ramai orang kini sudah tidak beroperasi atas sebab-sebab tertentu. Padahal keunikannya yang membuatkan ramai pelancong jatuh cinta dengan tempat ini.
Kini hilanglah satu tempat menarik unik yang boleh dikunjungi oleh pelancong di pantai klebang melaka ini. Kini deretan bas yang dahulunya dijadikan sebagai bustel hanya terbengkalai tanpa arah tujuan. Tempat ini tidak beroperasi sudah lebih dari 5 tahun.