Mengupas bawang adalah suatu perbuatan yang tidak digemari ramai orang kerana ia boleh mengakibatkan mata menjadi pedih.
Apa punca pedih mata semasa kupas bawang? Enzim yang terdapat di setiap lapisan bawang akan merembes ke udara ketika dikupas dan boleh menyebabkan pedih sampai mengalir air mata.
Namun, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan mata pedih ketika mengupas bawang, bukan semata-mata dengan memakai kaca mata. Ikuti tips di bawah ini!
Ikuti Tips Di Bawah Untuk Mengurangkan Pedih Mata Semasa Kupas Bawang

KENAPA KUPAS BAWANG MATA BOLEH PEDIH?
Mengupas bawang dan pedih mata tidak dapat dipisahkan. Sebenarnya situasi ini bukan saja-saja terjadi.
Ianya disebabkan oleh kehadiran gas kimia pemedih mata semulajadi yang di namakan syn-propanethial S-oxide di dalam bawang.
Syn-propanethial S-oxide atau dikenali juga dengan thiocarbonyl-S-oxide adalah sejenis bahan kimia dalam bentuk cecair dari kumpulan organosulfur.
Ianya mempunyai tekanan vapor yang tinggi menyebabkannya senang menjadi gas dan terlepas dari bawang semasa proses memotong.
Sebenarnya melepaskan bahan kimia ini adalah mekanisma (cara) pertahanan bawang dari serangan kuman dan haiwan.
Kiranya supaya ianya tidak diusik lah. Bagaimana Syn-propanethial S-oxide terhasil dalam bawang?
Seperti tumbuhan dan haiwan hidup lain, bawang juga terdiri dari banyak sel-sel yang bersatu membentuk tisu.
Di dalam sel bawang terdapat bahan kimia pencetus yang dipanggil asid amino sulfoxide dan enzim alliinase yang terpisah dalam ruang masing-masing.
Semasa proses memotong bawang, sel-sel akan dimusnahkan menyebabkan kedua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing lalu bertindak balas.
Enzim alliinase mengubah asid amino sulfoxide membentuk asid propenesulfenik yang kemudiannya diolah oleh enzim lachrymatory factor synthase (LFS) kepada bahan kimia syn-propanethial S-oxide.
Kedua tindak balas ini berlaku dengan sangat pantas. Bagaimana mata menjadi pedih dan berair? Syn-propanethial S-oxide yang terhasil ini akan meruap dan terbebas ke udara.
Apabila gas ini mencapai mata kita, ianya membuat ikatan dengan tisu mata yang mana akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa sakit/pedih lalu menghantar maklumat ke otak.
Otak kemudiannya akan mengarahkan lacrimal gland untuk mengeluarkan air mata sebagai mekanisma untuk membersihkan mata dari bahan kimia penyebab pedih ini.
Dengan mengetahui bagaimana bahan kimia punca pedih mata ini terbentuk dan faham sifatnya, sebenarnya kita boleh mengelakkan berlakunya pedih mata semasa mengupas bawang.
Antara Tipsnya:
1) Pakai cermin mata
- Boleh meminimalkan bahan kimia tadi terkena mata

2) Kupas bawang di tempat yang sejuk
- Aktiviti gas akan berkurangan apabila suhu menjadi rendah – ideal gas menjadi real gas. Ini akan meminimalkan jumlah bahan kimia pemedih yang sampai ke mata.

3) Kupas bawang dalam air
- Ini akan mengurangkan proses pengwapan bahan kimia pemedih mata tadi.

4) Elakkan dari mencalarkan atau mencederakan sel bawang
- Bagi mengelakkan tindakbalas antara bahan kimia pencetus (kupas kulit tipis yang kering sahaja).

Semoga bermanfaat!