Jawatan kosong Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA 2021

  • 1 min read
  • Dec 15, 2020
Jawatan-kosong-Pendidik-Masyarakat-TABIKA_TASKA-2021-750x375

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
(TABIKA/TASKA) TAHUN 2021


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti
Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) Tahun 2021

SYARAT PERMOHONAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
iii. Diploma Akademik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; dan
iv. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

TERBUKA KEPADA:

i. TABIKA calon lelaki atau perempuan.
ii. TASKA calon perempuan sahaja.
iii.Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen).
iv.Nilai CGPA 2.70 ke atas.
iiv. Tidak berkhidmat sebagai kakitangan lantikan tetap atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan Kerajaan.

MAKLUMAT ASAS KURSUS

i. Tempat Kursus : Institut / Pusat Latihan KEMAS
ii. Tempoh : Tiga (3) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan
iii.Kursus ini bukanlah satu jaminan kepada calon untuk dilantik sebagai
kakitangan kontrak (contract of service) KEMAS. Sekiranya dilantik, calon akan ditempatkan mengikut keperluan dan kekosongan di seluruh negeri.

CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di kis.kemas.gov.my (Klik sini) mulai 14 Disember 2020 (Isnin).
ii. Calon hanya dibenarkan mengisi satu (1) jurusan TABIKA atau TASKA sahaja.
iii. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mengikut syarat yang dinyatakan akan ditolak.
iv. Hanya permohonan yang dibuat secara atas talian sahaja yang akan diterima.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 4 Januari 2021 (Isnin)

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.

Calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

One thought on “Jawatan kosong Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *