Perbezaan Antara Samak Dan Sertu

  • 2 min read
  • Nov 01, 2022
SAMAK VS SERTU
haiwan
samak dan sertu

Samak dan sertu adalah perbuatan yang berbeza dimana ianya sering disalah tafsir serta disalah pakai oleh orang ramai.

samak dan sertu 1
samak dan sertu

Sertu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah menyucikan manamana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

Sertu juga bermaksud menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

Najis mughallazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan satu (1) kali dengan air bercampur tanah dan diikuti enam (6) kali dengan air bersih/mutlak (bukan air musta’mal)

Berbeza pula dengan samak dimana ia bermaksud menyucikan kulit haiwan selain anjing dan babi dengan syarat-syarat tertentu.

Cara Dan Langkah-langkah Samak Dan Sertu

Apabila sesuatu objek atau barang yang terkena najis mughalazzah seperti anjing, babi dan seumpamanya dalam keadaan basah, maka tempat tersebut wajib untuk disertu.

cara sertu 1
samak dan sertu

ISI KANDUNGAN (Klik untuk terus kepada tajuk).

Cara Sertu Najis

  1. Langkah pertama adalah dengan menghilangkan segala najis yang ada sehingga bersih dan tidak kelihatan najis tersebut dengan mata kasar.
  2. Jauhkan diri anda dari orang lain jika najis tersebut ada di pakaian dan juga badan anda bagi mengelakkan terpalit kepada orang lain.
  3. Sediakan air mutlak secukupnya dengan mencampurkan sedikit tanah sehingga air mutlak tersebut bertukar menjadi warna tanah.
  4. Kemudian anda boleh membasuh segala objek, barang atau peralatan yang terkena najis itu dengan menggunakan air tanah tadi.
  5. Selesai membasuh, anda perlu mengulangi prsoses membasuh menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali.
  6. Pada basuhan kali kedua atau ketiga anda dibolehkan untuk mencampurkan agen pencuci seperti sabun atau pewangi.

Cara Samak Haiwan

Samak adalah proses menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak dengan menghilangkan segala yang melekat pada kulit haiwan tersebut termasuk darah atau daging.

Cara yang digunakan untuk samak adalah menggunakan sesuatu alat yang tajam seperti tawas, asam limau, cuka dan seumpamanya.

Perbuatan samak ini tidak dikhususkan kepada orang Islam sahaja, bahkan orang Musyrik juga boleh menyamak asalkan ia mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oeh syarak.

Kata Imam Al-Nawawi berkaitan samak dan sertu:

“Setiap daripada kulit haiwan yang menjadi najis disebabkan mati (iaitu bangkai) boleh disucikan dengan samak kecuali khinzir, anjing atau apa yang lahir dari kedua-duanya. Inilah yang disepakatkan dalam mazhab kami.”

Cara Penyediaan Tanah

Tanah yang hendak digunakan itu mestilah tanah yang suci dari kotoran najis dan bebas dari sebarang kotoran seperti minyak dan bukan tanah yang digunakan untuk tayammum.

Antara cara penyediaan tanah untuk sertu adalah seperti berikut:

  • Tanah yang digunakan perlulah menggunakan tanah liat seperti tanah untuk menghasilkan tembikar, yang diambil sekurang-kurangnya 4 meter dibawah tanah.
  • Tanah yang diambil mestilah dijemur kering terlebih dahulu lalu dihancurkan sehingga menjadi debu dan bebas dari segala kotoran sesuatu najis.
  • Debu yang terkumpul itu dijadikan sebagai bahan utama untuk proses sertu yang hendak dilaksanakan.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya sukar untuk mendapatkan tanah yang baik, maka cukuo sekadar mengambil mana-mana bahagian tanah yang diyakini suci dan bersih sahaja.

Hikmah Sertu Dan Samak

Amalan sertu adalah satu ibadat yang disarankan oleh Baginda Rasulullah SAW melalui hadith-hadith yang telah diriwayatkan.

Amalan in dianggap sebagai perkara ‘li ta’abbudi’ iaitu melakukan sertu seperti mana yang telah disarankan oleh Baginda.

Antara hikmah sertu adalah dapat menghindarkan penyakit dari dijangkiti oleh sebarang kuman yang terdapat pada binatang.

Hikmah yang lain adalah untuk menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dalam penggunaan peralatan harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *