Pewarna Makanan Tartrazine: Adakah Bahaya Atau Tidak?

  • 2 min read
  • Jan 31, 2023
BAHAYA PEWARNA MAKANAN TARTRAZINE
pewarna
Pewarna Makanan

Pewarna makanan sering digunakan dalam masakan seperti membuat pastri, kek dan sebagainya. Ada juga yang meletakkan bahan tersebut ke dalam minuman untuk menceriakan lagi warna air.

Namun, sudah ramai yang tahu bahawa pewarna makanan yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh badan kita kerana ianya mengandungi bahan kimia.

Pewarna makanan ini banyak diletakkan dalam makanan kanak-kanak kerana ia akan menarik minat mereka untuk membeli makanan tersebut.

Ibu bapa harus ingat bahawa pewarna makanan berlebihan yang masuk dalam badan anak-anak anda adalah tidak bagus untuk badan mereka.

Ikuti pencerahan ahli kimia, Dr Fatimah dalam posting Facebook miliknya mengenai kesan dalam pengambilan pewarna makanan yang berlebihan.

Pewarna Makanan Tartrazine

Merujuk kepada ss di bawah, ada yang bertanya mengenai penggunaan bahan kimia perwarna kuning lemon, tartrazine dalam gula-gula yang dimaksudkan.

pewarna makanan
Pewarna Makanan

Baiklah. Mari kita berkenalan dengan molekul tartrazine.

Tartrazine merupakan sejenis bahan kimia pewarna sintetik dari kumpulan azo yang memberikan warna kuning lemon.

Pewarna tartrazine digunakan secara meluas dalam industri makanan pada pelbagai jenis produk seperti aiskrim, gula-gula, gummy bear, pastry, biskut, tepung kastad, minuman berperisa (kordial, bergas, beralkohol), keropok (berasaskan ubi kentang, jagung – Doritos, nachos, popcorn), gula getah, jem, keju, mustard, bijirin, mee dan sebagainya.

makanan ringan
Pewarna Makanan

Selain dalam makanan, pewarna ini juga digunakan dalam ubatan (vitamins, antasid, capsul ubatan, ubat preskripsi), produk penjagaan peribadi (shampoo, sabun, losyen…), kosmetik dan makanan haiwan.

Antara label pada produk yang menggunakan pewarna ini adalah E102, C.I. 19140, FD&C Yellow 5, Acid Yellow 23, Food Yellow 4, dan trisodium 1-(4-sulfonatophenyl)-4-(4-sulfonatophenylazo)-5-pyrazolone-3-carboxylate).

Ianya juga digunakan bersama dengan pewarna Brilliant Blue FCF (FD&C Blue 1, E133) atau Green S (E142) untuk menghasilkan pelbagai warna kehijauan.

Fuh! Nampak tak segala produk yang ada disekeliling kita yang berwarna kuning dan hijau adalah diwarnai oleh tartrazine.

pewarna
Pewarna Makanan

Malangnya, tartrazine adalah satu-satunya pewarna jenis azo yang berisiko memberikan alahan kepada individu sensetif terutamanya penghidap asthma dan aspirin intolerance.

Disebabkan ini, FDA mengharuskan untuk meletakkan label tartazine walaupun sangat-sangat SEDIKIT kandungannya pada setiap produk.

Dilaporkan juga ianya berpotensi menjadi toksik dalam dos yang tinggi. Antara simptom keracunan bahan kimia ini ialah gelisah, migrin, depresi, penglihatan kabur, gatal, gangguan tidur, sesak nafas dan hyperactive pada kanak-kanak. Namun kesan kepada kanak-kanak ini tidak konklusif.

Pun begitu, keracunan tartazine agak mustahil untuk berlaku kerana sangat-sangat sedikit yang digunakan untuk memberikan warna dalam produk-produk makanan yang dinyatakan.

Sebab itu disimpulkan bahawa bahan kimia ini hampir tidak ada kesan ke atas manusia. Namun kepada mereka yang ada penyakit asma dan aspirin intolerance seharusnya mengurangkan pengambilannya kerana boleh menyebabkan sesak nafas dan gatal-gatal. Pastikan baca label pada produk.

Untitled design

Suka diingatkan, pewarna tartazine ini tidak disimpan lama dalam badan setelah dimakan. Badan kita mempunyai mekanisma untuk mengeluarkan bahan-bahan kimia ini daripada badan secara semulajadi.

Mohon maklum, terdapat satu cabang ilmu yang dipanggil pharmacokinetic yang mana mengkaji aktiviti pergerakkan segala bahan kimia yang masuk dalam badan kita termasuklah serapan, pertukaran kimia dan dos yang boleh memberikan kesan sampingan.

Dan dapatan kajian daripada cabang ilmu inilah yang digunapakai sebagai rujukan oleh FDA dalam mengklasifikasikan (selamat atau tidak) satu-satu bahan tambahan dalam makanan.

Suka diingatkan, makanan yang mengandungi pewarna dan pengawet boleh saja dimakan. Mereka bukan racun dan makanan itu bukan juga sampah.

Ingatlah mereka kurang nutrisi, dan lebih kepada suka-suka untuk dinikmati. Seperti yang saya selalu ingatkan, bersederhanalah. Usahlah dijadikan rutin harian. Apa lagi bagi mereka yang memang mempunyai masalah kesihatan.

Related Post :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *