Punca minyak masak berbuih

  • 3 min read
  • Apr 19, 2022
punca minyak masak berbuih

Artikel ini adalah berkaitan punca minyak masak berbuih. Minyak masak adalah satu lemak tulen berasal samada daripada tumbuh-tumbuhan atau pun haiwan, berada di dalam keadaan cecair pada suhu bilik.

Terdapat pelbagai jenis minyak tumbuhan termasuk; minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak canola, minyak jagung, minyak biji bunga matahari, minyak kacang, minyak argan dan minyak beras, dan lain-lain.

Minyak masak selalunya adalah cecair pada suhu bilik, minyak masak kadang-kadang ditambah semasa penyediaan makanan diproses.

Ia juga digunakan untuk menggoreng makanan dan membuat sos (dressing) salad. Ini menunjukkan bahawa minyak adalah asas untuk kebanyakan resepi kegemaran dan memainkan peranan utama dalam pelbagai teknik memasak.

Adakah anda pernah mengalami keadaan dimana anda sedang masak menggunakan minyak yang banyak di dalam kuali, tiba-tiba minyak tersebut bertukar jadi buih?

Terdapat pelbagai andaian yang dapat disimpulkan kepada punca minyak masak berbuih seperti itu.

Punca Minyak Masak Berbuih Menurut Pakar Kimia

Dalam artikel yang ditulis oleh Dr Fatimah Salim, beliau ada menyatakan sebab kenapa minyak masak bertukar jadi buih. Di bawah telah disertakan artikel mengenai bagaimana buih dalam minyak boleh wujud.

Punca minyak masak berbuih boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu

• degradasi/ perubahan struktur kimia yang membentuk minyak

• kontaminasi/ pencemaran minyak dengan benda asing

Punca Minyak Masak Berbuih Akibat Pemanasan Berulang Kali

Perubahan stuktur minyak boleh berlaku disebabkan oleh pemanasan berulang kali minyak masak yang sama atau pendedahan suhu terlalu tinggi yang melepasi titik asap minyak.

Pemanasan berulang kali dan suhu yang tinggi akan mencetuskan tindakbalas seperti pengoksidaan, pempolimeran, dan pemecahan molekul-molekul yang membentuk struktur minyak masak.

Setiap jenis dan jenama minyak masak akan mempunyai titik asap yang berlainan disebabkan perbezaan komponen minyak dan rawatan (proses dan bahan tambahan) pada minyak masak itu.

Punca Minyak Masak Berbuih Akibat Pencemaran Minyak Masak

Pencemaran minyak pula berlaku dengan tercampurnya komponen bahan masakan dengan minyak masak semasa proses menggoreng seperti telur yang mengandungi protein yang mudah memerangkap udara lalu menyumbang kepada pembentukan buih dalam minyak.

Selain daripada itu, tindakbalas bahan masakan dengan komponen asid lemak minyak seperti asid oleik, laurik dan palmitik melalui proses saponification (peneutralan) juga menyumbang kepada menghasilkan buih yang banyak pada minyak masak.

Penambahan (berlebihan) bahan berasid seperti cuka contoh menggoreng ikan bilis atau bahan berbes seperti baking soda/ baking powder/ air abu contoh menggoreng rempeyek, juga boleh menyebabkan tindakbalas peneutralan saponifikasi kepada komponen minyak lalu menghasilkan banyak buih.

Punca Minyak Masak Berbuih Akibat Daripada Peralatan Memasak

Sesetengah peralatan memasak seperti senduk silikon yang dibiarkan lama terendam dalam minyak menggoreng juga boleh mencemari minyak masak lalu menyebabkan terhasilnya buih pada minyak masak gorengan.

Buih-buih dalam minyak masak terbentuk disebabkan peningkatan suhu minyak masak yang memaksa penolakan cemaran (yang terhasil daripada proses tindakbalas tadi) ke permukaan minyak.

Baiklah kembali kepada kisah bawang putih cincang tadi. Bawang putih sebenarnya bersifat sedikit asidik dengan pH sekitar 5.8.

Ini disumbangkan oleh komponen bahan kimia bersulfur dalam bawang putih.

Semasa mengoreng proses pengoksidaan berlaku kepada komponen bawang putih ini lalu membebaskan elektron yang kemudiannya mencetuskan proses peneutralan asid lemak dalam komponen minyak.

Proses peneutralan ini membebaskan gas yang menjadi punca kepada minyak berbuih.

Makanan yang dimasak dalam keadaan minyak masak berbuih umumnya adalah selamat dimakan. Cuma elakkan menggunakan minyak masak berulang kali.

Kajian menunjukkan kandungan peroksida minyak masak gorengan meningkat 2 kali ganda dengan 5 kali ulangan menggoreng.

Bahan kimia peroksida ini berpotensi membawa risiko kepada kesihatan badan.

Tekstur Dan Warna Minyak Masak

Perhatikan tekstur dan warna minyak masak gorengan anda.

Sekiranya teksturnya sudah menjadi likat dan warnanya sudah menjadi gelap, apa lagi jika minyak lambat memanas, maka tukarlah.

Minyak yang digunakan di dalam masakan haruslah selalu ditukar supaya ia tidak memberi kesan buruk kepada si pengguna.

Minyak yang sering digunapakai juga adalah salah satu faktor kenapa minyak berbuih.

Anda boleh juga membaca artikel tentang cara mengatasi minyak berbuih ketika menggoreng dan mengelak daripada punca minyak masak berbuih.

One thought on “Punca minyak masak berbuih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!