Rahsia Lelaki: 10 Perkara Utama Yang Anda Patut Ketahui

  • 2 min read
  • Jun 02, 2018
rahsia lelaki 10 utama yang anda patut ketahui 1

1. Lelaki dan wanita cantik

Buat para wanita, jangan mudah cembura apabila lelaki memuji wanita lain sebagai cantik.

Ini bukanlah kerana mereka sengaja, tetapi memang sudah menjadi fitrah lelaki tidak mampu untuk tidak melihat atau memuji wanita cantik. Tetapi jangan risau ia hanya sekadar memuji.

2. Lelaki mudah cemburu melihat pasangannya dengan lelaki lain

Meskipun lelaki yang memuji wanita cantik hanyalah sekadar memuji, tetapi mereka sendiri tidak mampu menahan rasa cemburu seandainya pasangan mereka itu berbual ataupun berkongsi cerita dan masalah apatah lagi memuji lelaki lain.

Maaf. Mereka hanya ingin menjadi the only man dalam hidup anda.

3. Lelaki Mahukan Wanita Memerlukannya

Ia bukanlah bermaksud wanita tidak boleh untuk berdikari. Namun, lelaki sangat suka jika wanita membuatkan mereka rasa berguna.

rahsia lelaki 10 utama yang anda patut ketahui 2

4. Lelaki, kurus dan tegap

Bagi kebanyakan wanita, mereka suka jika memiliki lelaki yang berbadan tegap. Nampak lebih macho. Kadangkala, lelaki diperlekehkan kerana berbadan kurus.

Mereka sanggup menghabiskan wang dan masa di gimnasium untuk mendapatkan badan yang tegap.

Namun, buat para wanita, sebagaimana anda mahukan lelaki mempunyai badan yang tegap, anda juga perlu menjaga berat anda.

5. Lelaki dan menipu

Lelaki pandai menipu. Boleh jadi baik atau buruk. Namun lelaki mudah untuk mengetahui samada seseorang wanita itu menipu atau tidak.

Mereka tidak tahu apa yang disembunyikan oleh wanita, tetapi mereka tahu wanita itu sedang bersikap tidak jujur dengan mereka. Ini akan membuatkan berbagai persoalan di dalam fikiran lelaki dan mungkin akan menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan.

Jadi adalah lebih baik buat para wanita berterus terang.

6. Wanita harus sentiasa menyebelahinya

Bergantung pada situasi. Namun, jika ia melibatkan sesuatu di kawasan awam, anda harus menyebelahinya, jika tidak,anda tidak mungkin akan dimaafkannya.

7. Wanita perlu berterus terang

Jika wanita mahukan sesuatu, anda perlu berterus terang. Lelaki sukar untuk memahami maksud tersirat disebalik kata-kata atau perbuatan anda.

rahsia lelaki 10 utama yang anda patut ketahui 3

8. Wanita perlu membiarkan lelaki menang sekali-sekala

Jika wanita lebih hebat dari lelaki dalam perkara yang dia minati, maka para wanita perlu untuk mengalah dan membiarkan mereka menang. Ini kerana lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi.

9. Lelaki perlukan masa untuk bersendiri

Kadangkala jika anda melihat lelaki senyap saja, anda perlu biarkan dia terus begitu. Cukuplah sekadar ada disampingnya. Janganlah menambah keserabutannya dengan sembang-sembang kosong. Senyap dan senyum.

10. Lelaki tidaklah serumit wanita

Jika anda melihatnya gemar melakukan sesuatu secara ringkas, janganlah anda menganggap diri anda lebih hebat darinya. Ini kerana lelaki sukakan sesuatu yang cepat dan mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *