Rumah Tangga Bahagia: 5 Tips Penting Untuk Lelaki Bernama Suami

  • 2 min read
  • Dec 09, 2017
rumah tangga bahagia 1

Tips rumah tangga bahagia: Bukan intan permata mahupun kekayaan serta nilai material yang tinggi yang menentukan kebahagiaan sebuah mahligai cinta yang dibina.

Hakiktatnya, perkara yang dirasakan kecil dan tidak penting yang akan menjadikan rumah tangga anda lebih bahagia.

Berikut merupakan 5 tips rumah tangga bahagia yang akan dikongsikan didalam artikel kali ini.

Ringankan Ucapan Terima Kasih Kepada Pasangan Anda

Jika dengan orang lain, walau budi yang diberikan hanyalah sedikit, anda masih memberikan penghargaan dengan menuturkan ucapan terima kasih. Bagaimana pula dengan pasangan anda?

Berapa kali dalam sehari ucapan terima kasih keluar daripada mulut anda kepada insan yang telah berjanji dan mengorbankan segalanya untuk bersama dengan anda sepanjang hayat?

Tidak kira samada apa yang dilakukan oleh pasangan anda merupakan perkara besar atau kecil, jangan lupa untuk mengucapkan kata penghargaan ini kepadanya.

Begitu juga halnya sekiranya apa yang dilakukan oleh pasangan anda tersebut merupakan rutin harian yang sentiasa dilakukannya seperti menggosok pakaian anda, memasak makanan dan sebagainya.

Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih.

Ulang Semula Apa Yang Menjadi Kebiasaan Anda Ketika Bercinta

Masih ingat lagi perasaan dan usaha anda ketika anda masih di fasa awal berkenalan, bercinta dan kemudiannya berkahwin?

Pada saat itu, anda cuba sehabis daya untuk memenangi hati pasangan anda dengan berbagai usaha romantik.

rumah tangga bahagia 2

Apa kata anda ulang semula apa yang anda lakukan tersebut? Anda boleh belikan pasangan anda bunga kegemarannya, anda juga boleh selitkan nota kecil didalam beg kerjanya dan tinggalkan pesanan suara romantis kepadanya.

Sekali sekala lakukan perkara yang lebih besar seperti membawanya untuk “honeymoon”.

Rumah Tangga Bahagia: Melakukan Aktiviti Riadah Bersama-sama

Kenapa ia penting dalam membina sebuah rumah tangga yang bahagia?

Sebenarnya dengan menjaga kesihatan diri anda dan juga pasangan, anda akan dapat mengelakkan masalah yang timbul hasil daripada kesihatan yang tidak menentu seperti masalah kewangan kerana terpaksa menampung kos rawatan dan masalah yang melibatkan zuriat.

Masalah-masalah ini secara tidak langsung akan menjejaskan keharmonian rumah tangga anda.

Selain itu, dengan beriadah anda akan mampu menjadikan diri anda lebih cergas dan minda anda lebih cerdas. Ia sekaligus akan menjadikan fikiran anda dan pasangan lebih tenang serta mengelakkan tekanan perasaan.

Ingat dan Ambil Tahu Kalendar Hidup Pasangan

Perkara-perkara besar dalam kalendar hidup anda bersama sememangnya perkara yang wajib anda ingat.

Ia merupakan perkara yang sangat sensitif sebenarnya jika anda terlupa seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkenalan, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Lebih baik jika anda dapat sediakan hadiah dan sambutnya bersama-sama.


Baca juga: Suami Mithali: 10 Tips Bagaimana Menjadi Lelaki Pilihan


Perkara lain yang anda perlu juga ambil tahu adalah perkara yang berlaku seharian dalam kalendar hidup pasangan anda seperti peperiksaan kenaikan pangkat, mesyuarat, kursus dan sebagainya.

Apabila anda mengambil tahu sekecil-kecil perkara seperti ini, anda akan membuatkan pasangan anda akan rasa lebih dihargai.

Belajar Untuk Tidak Memperbesarkan Isu

Benda-benda kecil seperti pakaian bersepah, pakaian tidak sempat dibasuh dan sebagainya usahlah diperbesarkan sehingga menimbulkan pergaduhan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ia agak merimaskan dan menyakitkan hati, tetapi anda perlu belajar untuk bersabar. Anda boleh mengubahnya dengan menggunakan pendekatan yang lebih lembut dan bersifat sedikit formal.

rumah tangga bahagia 3

Sebagai contoh, pada waktu hujung minggu, anda boleh duduk berbincang tanpa gangguan televisyen, radio dan telefon bimbit mengenai perkara-perkara yang anda rasakan perlu bagi pasangan anda mengubahnya.

Usaha untuk berkomunikasi secara lembut dengan menjaga bahasa dan intonasi anda.

Jika anda dan pasangan anda sama-sama memberikan sedikit usaha dalam hal-hal ini, rumah tangga anda akan menjadi lebih bahagia.

Anda juga akan mempunyai sebuah rumah tangga yang tidak bersifat dingin dan segala komunikasi dapat dilakukan dengan sistematik dan efisien tanpa mengabaikan nilai romantis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!